Lelaki Misteri

1.3K 92 10
                                    

Dayang membuka matanya perlahan-lahan. Keadaan kelihatan agak gelap dan samar-samar baginya. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Perlahan-lahan dia bangun dari situ bagaimanapun sesuatu menghalang.

BUKK!!

"Ouch!" Dayang mengerang kesakitan ingin memegang dahinya bagaimanapun tangannya pula yang terlanggar sesuatu. "Argh!!"

Dayang menarik nafas sedalam-dalamnya sambil membuka mata seluar-luasnya. Dia memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. "Kat mana aku ni?"

Dia segera memandang ke sebelah kanannya.. Ada cahaya yang kelihatan di sebalik kain berwarna putih. Dia memegang kayu yang berada di hadapan mukanya kemudian menolak dirinya untuk keluar dari situ. Apa yang membuatkan dia berasa aneh, dia sebenarnya berada di bawah katilnya.

"Apa aku buat kat situ?" Fikir Dayang sambil memegang kepalanya yang terasa sedikit sakit. Dia bingkas bangun kemudian keluar dari bilik itu apabila terdengar bunyi orang bercakap di luar.

"Dayang!!" serentak Bella dan Nadya bersuara apabila terpandang wajah gadis itu muncul tiba-tiba.

"Apa yang jadi?" Tanya Dayang masih kebingungan.

"Fiza, Mira dan Fatimah dah hilang entah ke mana." jawab Nadya dengan wajah yang kelihatan berpeluh.

"Hilang??" Ulang Dayang sambil mengerutkan dahinya. "Tapi... Kejap! Kenapa aku ada kat bawah katil tadi?"

Serentak Bella dan Nadya membesarkan mata mereka.

"Kau kat bawah katil ke?" Nadya merenung wajah gadis itu.

Dayang mengangguk-angguk.

"Kami pun." ujar Nadya.

Dayang membesarkan matanya.

"Tak tahu pula aku kau kat bawah katil kau juga." Nadya bersuara lagi. "Aku pun keluar je terus. Jumpa Bella kat sini."

"Kita kena pergi dari sini." ujar Bella kemudian berlari menuruni anak tangga disusuli oleh Dayang dan Nadya. Mereka memandang sekeliling untuk mencari jika ada tanda-tanda kawan mereka yang lain berada di situ.

NGITT... NGITTT... NGITT...

Serentak ketiga-tiga mereka berpandangan. Bunyi itu kedengaran sayup-sayup entah dari mana.

"Bunyi apa tu?" Nadya memandang sekeliling mula tidak sedap hati.

Bella dan Dayang tidak membalas sebaliknya mengerutkan dahi cuba meneliti dari mana datangnya bunyi itu. Perlahan-lahan Dayang membuka langkah mengikuti bunyi itu. Dia berhenti di hadapan sebuah pintu. Pintu yang dia tidak pernah buka sebelum ini. Pintu bilik yang mana mereka di larang masuk ke situ. Dia memandang Nadya dan Bella yang tidak berganjak sekali imbas kemudian membuka pintu itu perlahan-lahan.

Bunyi itu semakin jelas kedengaran dan—

"AAAA!!!!!!!!!"

Dayang terduduk di lantai sambil menekup mulutnya apabila ternampak sesuatu yang dia sendiri tidak pernah nampak di depan matanya selama hayatnya. Bella dan Nadya segera mendekati Dayang dan melihat apa yang ada di dalam bilik itu.

"Aaaaa!!!!" Nadya menekup mukanya dengan tangan. Bella pula hanya berdiri tercengang tidak memberi sebarang reaksi seolah-olah rohnya sudah keluar dari jasad apabila ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

Fiza kini sedang terapung-apung di udara. Tali tergantung di lehernya yang mana ia diikat pada sebatang kayu yang menjadi tiang siling di bilik itu. Wajahnya sudah pucat membiru dan matanya terpejam rapat.

"Apa dah jadi?!!!!" Dayang menjerit tertekan. Airmatanya kini sudah mengalir perlahan-lahan.

"Dia dah mati ke??" Nadya menangis sambil memandang Bella. Dia langsung tidak mahu melihat keadaan Fiza.

Percutian Ngeri ✔Where stories live. Discover now