Tingkat 3

1.3K 95 14
                                    

Bella berdiri memandang ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Dia benar-benar berharap semua jawapan akan ditemuinya. Sofia duduk dengan wajah yang penuh kekusutan. Dia tidak tahu apa yang kini sedang terjadi. Fatimah duduk di sebelahnya sambil menarik nafas panjang. Dia kini rasa bersalah yang teramat sangat kerana dia yang mencadangkan tempat itu kepada mereka. Dayang sedang bersandar pada rak berdekatan dengan tingkap tempat Bella berdiri. Wajahnya agak tenang berbanding yang lain. Nadya pula duduk bersama Fiza betul-betul berhadapan dengan Sofia dan Fatimah. Kedua-dua mereka kini duduk dengan wajah yang risau.

"Ke mana pula budak berdua ni dah pergi?" Bella menggerutu. "Jangan cakap mereka lagi yang hilang?"

Tiada seorang pun yang membalas.

"Apa sebenarnya yang dah jadi??" Dayang menarik nafas panjang. "Ini permainan ke apa?"

"Satu-persatu hilang." ujar Bella. "Saya tak rasa tempat ni selamat."

"Saya minta maaf." ucap Fatimah tiba-tiba. "Saya yang cadang tempat ni. Saya tak tahu pula akan jadi macam ni."

"Bukan salah sesiapa." ujar Sofia. "Awak pun tak tahu tempat ni macam ni."

"Ingatkan boleh lah berseronok." Fiza mencelah. "Macam ni pula yang jadi. Apa lah nasib."

"Tak payah nak fikir menyesal tu dulu." Bella menderam. "Kita kena fikir macam mana nak cari mereka semua."

"Ada harapan lagi ke mereka tu masih hidup??"

Kata-kata Nadya membuatkan semua orang tersentak memandangnya.

"Apa kau merepek ni?" Fatimah mengerutkan dahinya.

"Yalah." Nadya membetulkan kedudukannya. "Contoh macam Reena. Kalau lah dia hilang. Atau pun Hidayah. Dari mana mereka nak cari makan?"

Tiada seorang pun yang membalas.

"Ataupun mereka dah dibunuh." selamba Nadya bersuara. "Mana kita tahu tempat ni tempat apa. Tempat puaka kot."

"Nadya!!" tempik Bella membuatkan semua orang terdiam. "Mulut kau tu jaga sikit!"

Nadya hanya mendengus tidak membalas.

"Apa-apa pun..." Dayang menyampuk. "Kita kena cari mereka sehingga lah ada bukti kukuh yang mengatakan kita tak perlu cari lagi."


*****


"Fiza..."

Fiza yang sedang menepuk-nepuk bantalnya segera memandang Mira. Mira kini sedang duduk di katilnya sambil merenung ke lantai.

"Ada apa?"

"Kau rasa..." Mira merenung gadis itu. "Mereka semua yang hilang ni... Masih hidup ataupun tak?"

Fiza terus memandang Mira. "Apa kau merepek ni?"

"Aku tanya je." Mira bersuara.

Fiza mendengus perlahan kemudian segera duduk di katilnya. "Entah lah, Mira. Bila aku fikir-fikir balik... Apa yang Nadya cakap tu ada betulnya."

"Yang mana?" Mira mengangkat keningnya. "Pasal mereka tu kemungkinan dah mati?"

Fiza mengangguk teragak-agak.

Mira segera mendengus perlahan. "Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang dah jadi ni."

"Kita kat sini datang nak bercuti." ujar Fiza. "Bukannya nak dapat mimpi ngeri macam ni."

"Aku harap aku sekarang ni tengah bermimpi." Mira memandang telefon bimbitnya yang langsung tidak dapat digunakan di tempat itu.

"Semua orang berharap macam tu, Mira." Fiza menarik nafas panjang. "Tapi kita sekarang ni berada di dunia nyata."

Percutian Ngeri ✔Where stories live. Discover now