Bab 5

81 7 0
                                    

♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 5♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪

Even the darkness we see is so beautiful
Please believe me
Looking only directly at you
So you don't go away

•••••••••

Mia mencapai ipadnya setelah mendapat panggilan video dari Keisha. Papan skrin disentuh untuk menjawab panggilan itu.

"Mia!" Suara Keisha yang sedikit nyaring menyapa Mia. Mia tersengih gembira.

"Kei,"

"I miss you, Mia. It's so lonely here without you" rungut Keisha.

"Miss you too. You kata nak pindah Malaysia. So, when?" soal Mia. Keisha sudah boleh berbahasa melayu walaupun agak kekok.

"Next two weeks, babe. I need to sort out my parent's stuff. There's a lot of things going on here. That annoying granny of mine keep on asking about my parent's inheritance. Dad was just passed away last two weeks and here, they keep on bugging me about all the money that he owned as well as the house I'm staying right now." Ujar Keisha.

Wajah kawan baik Mia itu kelihatan sangat serabut. Dua tahun lepas, ibu Keisha meninggal dunia disebabkan kanser payudara. Bapa Keisha yang terlalu sayangkan isterinya itu mengalami depresi yang amat teruk hinggakan dia mengambil keputusan untuk membunuh diri, dua minggu lepas.

Sebaik saja Mia mendapat berita itu, dia terus berangkat ke Korea. Dia tahu betapa sedihnya Keisha dengan kejadian itu. Namun, Mia hanya mampu memujuk gadis itu dan menemani Keisha selama 3 hari saja. Mia terikat dengan tanggungjawab di syarikatnya.

"I'm sorry, Kei. I wasn't there for long."

"Don't be sorry Mia. I understand. Don't worry. I'm okay. I tak sabar nak pindah Malaysia. But before that, I need to make sure that the 'witch' won't get my parent's stuff."

Wajah Keisha yang tersenyum sinis itu ditenung oleh Mia. Mia kenal sangat dengan keluarga Keisha. Ibu Keisha merupakan wanita berdarah Dutch manakala ayahnya adalah pure Korean.

Keluarga Keisha mempunyai jaringan bisnes restaurant ramen yang terkenal di Korea. Ibu bapa Keisha lah yang berusaha dengan titik peluh mereka sendiri untuk membangunkan jaringan bisnes itu hingga berkembang di seluruh Korea. Dan disebabkan itu jugalah, keluarga bapa Keisha yang pada mulanya benci pada ibu Keisha mula ikut masuk campur.

Lagilah selepas kematian kedua ibu bapanya Keisha, makin teruklah perangai mereka. Mia pasti, Keisha akan buat apa saja untuk memastikan harta keluarganya itu tidak jatuh ke tangan manusia tamak seperti itu.

"Nanti you tinggal dekat rumah I jelah, Kei. You don't have to search for other places. Just come here."

"Ay ay chief! I'll do as you said."
"Hey, by the way. How about you? Any stories wanna share? It always be me who's the one that need to be cared about." Soal Keisha.

Sebab inilah Mia suka berkawan dengan Keisha. Walaupun gadis itu mempunyai banyak masalah, Keisha tetap prihatin padanya.

"I'm okay je. Cuma..."

"Ha, what? What?" Laju saja Keisha memotong.

"I met that guy"

"Guy? Who?" Ujar Keisha keliru. Lelaki mana pula yang Mia maksudkan.

"My crush"

"Oh, shit! He's living in KL?" terbeliak mata Keisha. Memang terkejut beruk gadis itu.

Dah lebih 5 tahun Mia suka pada lelaki itu. And obviously Keisha tahu lelaki mana yang dimaksudkan.

"Yes, he's living here. And you know what, I bet he doesn't recognize me."

IT'S YOU ✔️Where stories live. Discover now