♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 14♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪
Words I couldn't say until now
I'm sorry, I'm not good enough
Sorry for being so small till the end
I couldn't fill you up••••••••••
Hujung minggu yang dinantikan oleh keluarga Mia dan Arman telah pun tiba. Hari pertunangan Mia dan Arman yang diadakan di rumah Mia.
Disebabkan tradisi keluarga ibu Mia, Arman tidak dapat menyertai hari pertunangan mereka sepenuhnya. Keluarga Mia meminta agar mereka mengurangkan perjumpaan sepanjang tempoh pertunangan. Ini bertujuan untuk menaikkan lagi seri pengantin.
Arman hanya sempat berjumpa dengan Mia sekejap, sekadar bertanya khabar. Dalam hati, dia turut memuji keayuan Mia dalam persalinan kurung riau berwarna biru cair.
"Cantik" puji Arman pendek sebaik saja Mia datang berjumpa dengannya.
"Really?" Mia agak tak percaya. Wajah gembira Arman itu dipandang sekilas. Tipulah kalau dia kata yang dia tak gembira dengan pertunangan mereka. Malah, hingga ke hari ini dia masih ragu-ragu adakah ini semua hanya mimpi.
"Cantik, the most beautiful version of Mia Annissa I've ever seen" tambah Arman lagi, mewujudkan rona merah di kedua belah pipi Mia.
Selesai bertanya khabar, Mia meloloskan dirinya ke dalam rumah memandangkan ramai tetamu yang hadir dan ingin bergambar dengannya. Kebanyakkan tetamu hanyalah kaum kerabatnya saja.
Arman berjalan ke bawah khemah kanopi untuk berjumpa dengan Nazri, memandangkan lelaki itu turut hadir.
"Man, kau ek. Bukan nak bagitahu kitorang. Ni kalau Hana tu bukan sepupu Mia, sampai kesudah aku tak tahu" bebel Nazri sebaik saja Arman melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
"Hehe, sorry. Aku pun tak expect pun weh." Arman menggaru kepalanya.
"Kau dengan Mia ni arranged marriage juga ke?" Soalan Nazri itu dibalas gelengan dari Arman.
"Nanti malam aku cerita. Kita pergi mamak lah, susah nak cerita ulang-ulang ni"
Nazri hanya setuju. Lagi senang kalau Arman ceritakan pada Niel dan Dariel sekali.
Puan Aisha menggamit Arman, tangan anaknya itu ditarik. Dia ingin mengajak anaknya itu pulang memandangkan majlis sudah pun tamat bagi pihak lelaki. Arman mengangguk setuju sebelum dia dan keluarganya berpamit.
Semasa Arman ingin masuk ke dalam keretanya, mata Arman tertancap pada 'lelaki' sama yang memeluk Mia di airport. Dia masih tak sempat bertanya dengan Mia tentang lelaki itu.
'siapa dia sebenarnya ni?' getus hati Arman.
~
"Mia. You look so fabulous, baby!" Puji Keisha. Sepanjang hari ini, dah berbakul-bakul pujian yang diterima oleh Mia. Terutama dari kawan baiknya itu. Melebih-lebih betul pujian dia.
Selesai majlis pertunangan, Mia bersama Keisha dan Halisya duduk berborak di gazebo rumahnya.
Tak habis-habis usikan dilemparkan pada Mia.
~
Dariel yang baru sampai ke kedai mamak yang sering mereka kunjungi itu terus duduk dihadapan Arman. Ketiga-tiga rakan baik Arman itu memandangnya dengan penuh minat.
Gaya mereka tak ubah seperti makcik- makcik bawang yang sedang bergossip.
"Cerita sekarang. Tak guna kau, Man. Kau tinggalkan aku membujang sensorang ye." Sedih pula hati Dariel bila melihat satu persatu kawannya itu membina keluarga. 'bila turn aku ni?'
YOU ARE READING
IT'S YOU ✔️
RomanceSequel MR. SWEET MILIK HANA Jatuh cinta pandang pertama. Cliche? Pertemuan Mia Annissa dan Arman Alif di Seoul National University dulu tidak menyatukan mereka. Perasaan yang berputik di zaman belajar hanya dibiar tertangguh. Pertemuan semula mere...