♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 24♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪
Under your slightly big cardigan
Your falling, long, straight hair is so pretty
Your shy eye smile, the look on your face
When you space out
It all looks so pretty to me, it makes my heart tremble•••••••••
Cuti kahwin mereka sudahpun tamat, nampaknya Arman dan Mia perlu kembali kepada tugas masing-masing. Seminggu masa yang mereka luangkan cukup membuatkan mereka rapat bagaikan belangkas. Dalam pada itu, Mia rasa tak mahu berpisah dengan suaminya itu.
"Bukan students cuti semester ke sekarang ni?" soal Mia apabila Arman memaklumkan yang dia akan ke UKM.
"Tu undergraduate je, postgraduate belum cuti. So ada several classes, but harini satu kelas je." Balas Arman sambil menyalurkan Nutella pada roti untuk Mia.
Mia menyambut huluran roti yang disapu oleh Arman. Selepas berkahwin dengan lelaki itu, Arman terlalu memanjakan dia.
"Hmm. Hantar Mia pergi kerja boleh?" Mia menggeselkan badannya pada lengan Arman, meminta perhatian.
"Anything for you" ujar Arman. Nafas berat dihela. Tak sangka pula Mia ni pakar menggoda.
"Yeay thanks baby. I love you" pipi Arman dicium sekilas.
Seleaps selesai bersarapan, Arman memandu kereta ke office Mia sebelum dia ke UKM. Sempat jugalah Mia bermesra dengannya, sampaikan Nana terkejut melihat bosnya yang dingin tu senyum girang.
~
"Dr. Lama tak nampak?" soal Zara sebaik saja dia terserempak dengan Arman yang menuju bangunan akademik. Bukanlah terserempak sangat, lebih kepada sengaja.
Arman menghentikan langkahnya seketika sebelum kembali menegur.
"Zara? Undergraduate patutnya cuti kan?" Arman meliarkan matanya ke sekeliling. Dia tak selesa dengan cara Zara yang nampak pura-pura itu. Lain betul dengan sikap comel Mia.
"Haha. Zara datang sebab tolong Dr Fatini. Dr Arman free ke?" Nampak fake sangat ketawa si Zara ni.
Arman mencebik. 'apa yang kelakar? fake betul' getus hati Arman. Dari dulu dia tak gemar dengan Zara namun atas dasar mendidik, dia melayan Zara sekadar professional.
"Nope. Saya ada kelas" jawab Arman sebelum berlalu pergi tanpa sempat menunggu reaksi Zara. Malas berlama-lama dengan perempuan gedik macam tu.
Zara menghantar pemergian Arman dengan geram. Tak sangka lepas berkahwin, Arman langsung tak beri muka padanya. Ni semua salah Mia. Zara menghentakkan heelsnya sebelum berlalu pergi.
~
"Dr. Fatini. Saya nak tanya boleh?" Ujar Zara sambil mengemaskan kertas-kertas yang selesai ditanda.
"Tanya apa? Kalau saya tahu, saya jawab" balas Fatini mesra, Zara sudah dianggap seperti adiknya. Mungkin kerana gadis itu rajin membantunya.
"Dr kenal ke isteri Dr Arman? Baik tak?" Soal Zara takut-takut.
"Isteri Dr Arman? Hmm, cik Mia tu?" Zara membalas dengan anggukan. Dia sememangnya curious dengan Mia.
"Saya attend wedding Dr Arman, untuk decide dia tu baik ke tak, saya tak pasti. Tapi dari cara layanan dia pada tetamu, she seems nice. Lagipun, masa wedding dorang sumpah tu first time saya pergi wedding yang heavenly sangat." Fatini bercerita dengan excited.
"Heavenly?" Zara mengerutkan dahi.
"Yup, wedding dorang nampak memang classy gila lah. Nampak sweet sangat, sesuailah cik Mia yang cantik tu dengan Dr Arman. Bagai pinang dibelah dua gitu." Zara menelan liur pahit, dia tak dapat menghadam kenyataan itu.
YOU ARE READING
IT'S YOU ✔️
Roman d'amourSequel MR. SWEET MILIK HANA Jatuh cinta pandang pertama. Cliche? Pertemuan Mia Annissa dan Arman Alif di Seoul National University dulu tidak menyatukan mereka. Perasaan yang berputik di zaman belajar hanya dibiar tertangguh. Pertemuan semula mere...