Bab 1

227 12 0
                                    

♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 1♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪

Those eyes are like diamonds
More beautiful than any other gem
Repeatedly mesmerized by you
Can't take my eyes off you, no more

••••••••••••

Arman mengangguk-angguk mendengar permintaan kawannya itu.

"Hmm okay. Aku try uruskan sikit. Tapi kau bagitahulah, kau nak arrangements macam mana. Nanti aku inform budak-budak kat sana." 

Selesai berbincang dengan Nazri  di Starbucks, Arman bergerak pulang ke rumah. Tangan dimasukkan ke dalam kocek sambil bersenandung sendiri. Dia terfikir sendiri, umur dia sudah 30 tahun, tapi tak pernah langsung bercinta.

Bila dia berbincang dengan Nazri tadi, dia kagum melihat kawannya itu. Nazri berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kejutan untuk isterinya. Nampak bahagia saja kawannya itu. Sekarang hanya tinggal dia dan Dariel saja yang masih bujang. Tapi sekurang-kurangnya Dariel tu adalah juga kawan-kawan perempuan walaupun tak pernah bercinta juga sepertinya.

"Hmm, entah bila lah aku ni nak berbini" bebel Arman sendirian.

Sedang dia menuju ke keretanya, lehernya dijerut dari belakang. Arman cuba menepis pelaku itu, namun tidak berjaya. Sakit juga leher dia dijerut sebegitu. 

Dompet Arman yang berada di kocek belakang diambil dan kunci kereta milik Arman dirampas oleh pencuri itu. Arman merentap tangan pencuri itu kuat sehingga lehernya terlepas dari jerutan. Tangannya meraba sedikit bahagian leher yang terasa perit.

Dia menghadiahkan sepakan pada betis pencuri itu, namun hampa kerana tiada kesan langsung. Mungkin kerana tendangannya tidak kuat memandangkan dia tak pernah terlibat dalam seni mempertahankan diri. Pencuri itu masih mencuba untuk melawan kembali.

"Woi!" Ujar satu suara. Belum sempat Arman menoleh ke arah suara itu, pencuri yang cuba melarikan diri tadi telah tertiarap di depan bonet kereta Arman.

Meringis pencuri itu menahan perit apabila kuku Mia mencengkam batang lehernya. Rasa seperti hampir putus saja.

Mia yang kebetulan ingin masuk ke keretanya ternampak Arman dan pencuri itu. Tanpa berlengah dia berlari dan menghempas badan pencuri itu ke atas bonet kereta Arman. Mia sendiri tak sangka yang pencuri itu lembik saja.

Terkejut betul si Arman melihat Mia yang jauh lebih kecil darinya membelasah pencuri. Betullah orang kata, kecil-kecil cili padi.

"Dah takde keje lain ke? Sampai nak mencuri macam ni?" Jerkah Mia kuat. Pantang betul dia kalau melihat orang yang menggunakan kekasaran untuk mendapatkan keuntungan. Bagi Mia, lebih baik mengemis daripada melakukan perkara terkutuk seperti itu.

Makin terkulat-kulat Arman mendengar jerkahan Mia. 'wow, badan kecil, suara macam singa' kata hati Arman. Bukan dia mahu menghina ketinggian Mia, cuma mungkin kerana ketinggian Arman sendiri pun mencecah 187cm, jadinya Mia yang berketinggian 169cm itu nampak kecil saja padanya.

"Maaf kak, saya tak de duit kak" jawab si pencuri. Pencuri itu berhenti bergelut, sakit betul lehernya bila ditekan melekat pada bonet kereta. Rasa patah semua tulang. Menyesal pula dia cuba merompak Arman, tak tahu pula ada orang yang akan tolong lelaki itu.

IT'S YOU ✔️Where stories live. Discover now