Bab 11

79 8 0
                                    

♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪Bab 11♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪

To the person I loved too much
To the red thread that got too entangled in itself
I couldn't reach you, so I'll walk a separate path
For that reason, I'll say goodbye

•••••••••

Arman mencapai iPhone nya dan membuka kiriman WhatsApp dari Mia. PDF agreement mereka berdua. Arman meneliti seketika sebelum matanya tertancap pada tanda tangan Mia.

Disebelah tanda tangan gadis itu, terdapat initial nama Mia iaitu M.A <3. Arman tak pasti kenapa, tetapi huruf itu seperti sudah biasa dia lihat.

Arman berfikir sejenak mengenai huruf itu namun dia masih tak pasti.

"Hmm, nanti jelah aku fikir. Now better aku siap cepat. Kang lambat pula pergi futsal."

~

"Lama tak lepak. Korang busy ke apa?" Sapa Dariel sebaik saja mereka berkumpul di gelanggang futsal.

"Dah kahwin, busy lah" balas Nazri berserta sengihan. Niel mengangguk setuju.

Dariel mengeluh. Bila semua kawan dah kahwin, yang single memang terasa betul kesunyiaannya.

"Hmm, kalau korang berdua logik tapi yang kau ni, Man. Aku jarang dah dapat lunch dengan kau sejak dua menjak ni. Busy bukan main, kelas kau full ke apa?" Soal Dariel lagi.

Nazri dan Niel turut memandang Arman yang nyata terkejut dengan pertanyaan itu.

"Haah, busy." Jawab Arman sepatah. Takkanlah nak cerita pula yang dia ada kerja baru iaitu boyfriend upahan Mia. Mereka kemudian menukar topik dan terus memanaskan badan sebelum bermain futsal.

Lebih kurang 1 jam kemudian, mereka bercadang untuk sambung melepak di kedai mamak memandangkan malam itu ada perlawanan bola sepak.

"Niel, aku nak tanya kau" ujar Arman.

"Apa?" Arman menghulurkan iPhonenya yang memaparkan tanda tangan Mia.

"Kau ingat tak ni siapa punya? Aku macam pernah nampak tapi aku lupa." Soal Arman lagi.

"Hmm, pernah nampak. Tapi aku tak sure lah. Nanti kalau aku ingat aku bagitahu. Asal kau tanya?"

"Oh tak, aku terjumpa. So saja tanya." Dalih Arman.

Malam itu, mereka berempat meluangkan masa bersama setelah hampir dua minggu tak bersua muka. Banyak cerita yang dibualkan sehingga larut malam barulah mereka pulang ke kediaman masing-masing.

~

"Mia, I need to survey for my new restaurant. Can I borrow your car?" Soal Keisha sewaktu mereka bersarapan.

"Oh, okay. But hantar I pergi office dulu." Keisha mengangguk setuju.

"Kei tahu ke jalan dekat area KL ni?" Puan Rania menyoal.

"I know lil bit, don't worry ibu. My manager will give me the location, nanti jumpalah jalannya" balas Keisha.

"Okay, be careful ya"

Selesai bersarapan, Keisha memandu kereta Mia untuk menghantar gadis itu ke officenya sebelum berangkat ke restaurantnya. Sampai saja di office, Mia turun dari kereta dan terus melangkah masuk.

~

"Assalamualaikum" Arman memberi salam. Terjegul wajah Tuan Razin di muka pintu rumahnya.

"Waalaikumussalam, meh masuk" Tuan Razin menjemput Arman masuk. Puan Rania yang sudah maklum dengan kehadiran Arman itu menatang dulang berisi kopi.

IT'S YOU ✔️Where stories live. Discover now