Seorang demi seorang pergi meninggalkan dia...
Sunyi dan sepi...
Ditemani dengan malam yang gelap dan angina yang sejuk...
Bulan dan bintang menjadi saksi dalam kejadian pahit itu.
Yang tidak dapat dia lupakan sehingga nyawanya ditarik oleh malaikat maut.
Air mata mengalir dengan begitu deras...
Tertanam rasa benci dalam dirinya...
-------
Setahun kemudian
Hongjoong sibuk menguruskan kerjanya yang masih lagi tertimbun di atas meja. Satu persatu helaian mukasurat diselaknya untuk mengisi mana-mana bahagian yang kosong. Matanya tidak lepas memandang skrin laptop yang dari tadi terpacar cahaya dan tidak terlelap itu.
Walaupun sekarang sudah lewat malam, dia tidak terasa untuk masuk tidur. Matanya masih lagi terasa segar seperti orang yang baru sahaja bangun daripada tidur selama berjam-jam. Mungkin kerana kopi yang dia minum itu mempunyai kandungan kafein yang tinggi punca menyebabkan dia tidak rasa mengantuk.
Tekun dengan kerjanya, dia tidak sedar pun bahawa teman baiknya iaitu Park Seonghwa masuk ke dalam bilik dia. Tanpa memberi sebarang salam, dia menegur Hongjoong.
"Tak nak tidur ke?"
Hongjoong membalas dengan gelengan kepala.
Seonghwa mendiamkan dirinya. Dia mula merebahkan dirinya di atas katil Hongjoong yang empuk. Kemudian dia mula termenung akibat terlalu bosan.
Entah mengapa bayangan kawan-kawan dia itu mula muncul dalam kepalanya. Satu persatu memori manis dan pahit mula bermain di mindanya. Dia tersenyum kelat sebelum mengalihkan kepalanya kearah Hongjoong yang masih tekun membuat kerja.
"Aku rindu diorang..." itulah perkataan yang keluar dari mulut Seonghwa membuatkan Hongjoong serta merta menoleh kebelakang.
"Kau rindu siapa?"
"Kawan lama kita tu. Agaknya apa khabar diorang sekarang?"
Hongjoong terdiam. Dia amat mengerti siapa yang Seonghwa maksudkan. Tidak lain dan bukan, bekas lama kawan baiknya sendiri iaitu 99line dan juga Jongho.
Mereka terpisah bukan kerana hal pindah randah. Akan tetapi ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka yang menyebabkan mereka terpisah dan tidak berjumpa lagi. Perkara itu tidak mungkin dia akan lupakan walaupun ia amat perit.
Seonghwa terus membangkitkan dirinya. Lalu dia memandang Hongjoong dengan pandangan sayu.
"Agaknya boleh tak kita tembus kesalahan kita dulu kat diorang?" tanya Seonghwa ingin tahu. Hongjoong menggelengkan kepala.
"Aku tak rasa. Diorang mungkin tak mahu berjumpa dengan kita lagi."
"Tapi atleast kita cuba untuk betulkan semuanya."
Hongjoong melepaskan keluhan kecil. Bukan kerana dia tidak mahu tetapi dia sekarang tidak cukup berani untuk berhadapan dengan bekas kawan baiknya itu.
Walaupun terpisah, Hongjoong masih lagi dapat melihat perkembangan mereka melalui sosial media. Yunho dan Mingi sekarang sedang menuntut pelajaran sama di sebuah pusat tarian yang terkenal di bandaraya Seoul. Manakala Wooyoung dan San kini bekerja sambilan di sebuah kafe yang berdekatan dengan rumah mereka. Jongho kini menjadi seorang pemain bola keranjang di sekolahnya manakala Yeosang pula hanya belajar seperti biasa.
"Hongjoong, aku ada satu cadangan yang menarik ni!" ujar Seonghwa sambil menarik kerusinya.
"Ada apa?"
"Kita ajak diorang untuk tinggal bersama macam dulu."
Cadangan Seonghwa tadi mengejutkan Hongjoong.
"Kau gila? Aku tak naklah!"
"Hongjoong please! Sampai bila kita nak biarkan benda ni berlaku? Kita kena selesaikan juga!"
"Tapi masalahnya benda tu dah berlaku setahun lepas! Diorang mesti akan lupa juga."
Seonghwa kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Hongjoong itu. Bukan mahu setuju pun. Makin ditolak dia.
"Aku belum cukup berani untuk berjumpa dengan diorang semula. Macam mana kalua diorang akan marahkan aku fasal kes tu?" ungkap Hongjoong dengan penuh risau.
"Apa guna aku sebagai kawan kau ni? Aku boleh jelaskan semuanya kat diorang nanti." Balas Seonghwa dengan penuh yakin.
Setelah lama memujuk, akhirnya Hongjoong bersetuju juga dengan cadangan dia itu. Seonghwa tersenyum lega. Kini dia perlu memikirkan satu cara untuk mereka berkumpul di sini semula.
---------
Kelas pada hari ini tamat lebih awal berbanding hari sebelumnya. Yunho bercadang mahu mengajak MIngi untuk keluar berjalan seketika sebelum kembali ke rumah masing-masing.
Memandangkan esok merupakan hari cuti, dia mahu meluangkan masa lebih dengan Mingi. Nanti di rumah dia akan bosan kerana tiada siapa akan menemaninya.
"Hari ni kita karaoke, lepas tu kita pergi ke kafe WooSan dan--"
"Yah, cuba tengok ni."
Mingi pantas memberikan iPhone dia kepada Yunho. Matanya mengecil selepas sahaja membaca satu mesej yang dihantar oleh orang tidak dikenali itu pada mereka berdua.
"Song Mingi dan Jeong Yunho, sila munculkan diri anda di tempat xx dengan membawa beg pakaian."
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Berasa pelik dengan mesej itu tadi.
"Macam mana orang tu dapat nombor kita?" tanya Mingi sedikit kehairanan. Yunho membalas dengan mengangkat bahu.
"Eh? Korang pun ada kat sini juga?"
Terus mereka berdua mengangkat kepala. Kelihatan Wooyoung dan San kini berada di hadapan mereka sambil memegang iPhone masing-masing.
"Korang tak pergi kerja ke?" soal Mingi. Serentak mereka balas dengan gelengan kepala.
"Korang dapat mesej dari unknow kan?" teka San.
"Haah. Baru jer dapat tadi."
"Samalah kita."
Wooyoung menunjukkan mesej yang dia terima tadi pada Yunho. Ya, dari orang yang sama... Suasana diantara mereka menjadi senyap buat seketika.
"Kita kena pergi ke?" San bertanya dengan penuh keraguan.
"Entahlah..." balas Mingi juga turut ragu-ragu.
"Mungkin kena kot. Sebab dia tahu nama kita semua. And mungkin juga dia tu orang yang kita kenal?" cadang Wooyoung.
Mereka tidak tahu sama ada patut ikut kata Wooyoung atau tidak. Memandangkan hanya mereka berempat menerima mesej yang sama, itu sudah membuatkan mereka berasa tidak sedap hati.
YOU ARE READING
[C] Death Time ♢성중♢
Fanfiction❝ Who did this first? ❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's thriller fanfiction Start : 23 July 2021 End : 30 July 2021