D.TIME 07

136 32 3
                                    

Seonghwa mula tersedar setelah lama pengsan tadi. Pandangan dia agak sedikit samar-samar. Dia mula lihat keadaan di sekeliling dia.

Kosong dan sunyi... Dia tertanya di mana semua kawan-kawannya yang lain?

Dia cuba untuk menggerakkan badannya. Tetapi tidak berjaya. Dia terkejut apabila dia baru sedar bahawa dirinya sudah diikat di sebuah kerusi. Seonghwa mula bingung.

"Apa semua ni? Siapa yang ikat aku?"

"Kau dah bangun rupanya..."

Seonghwa berpaling melihat pemilik suara itu tadi. Ya, teman baik dia sendiri Kim Hongjoong.

"Kau... Apa kau buat ni? Kenapa kau ikat aku huh!" marah Seonghwa namun Hongjoong sekadar tersenyum nakal sahaja.

"Saja. Nak ajak kau berbual buat kali terakhir sebelum semua ni musnah," balas Hongjoong bersahaja tanpa sebarang reaksi yang ditayang.

"Huh? Apa kau ca--"

"HYUNG KAU BUKA PINTU NI SEKARANG!"

Seonghwa terkejut setelah mendengar teriakkan dari suara garau Yeosang. Pintu bilik itu habis diketuk-ketuk dengan kasar.

Hongjoong tersenyum sinis. Lalu dia mula memandang kearah Seonghwa yang kini tepat berada di hadapannya.

"Kau lepaskan Yeosang sekarang!" arah Seonghwa tegas.

"Kenapa? Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma kurung dia jer," balas Hongjoong sinis.

Dia mengetap gigi tanda geram. Dengan tanaga yang masih berbaki, dia cuba untuk meloloskan diri tetapi tidak berjaya. Ikatan Hongjoong tadi cukup kuat untuk dia melepaskan diri.

"Semuanya sia-sia jer, Hwa. Kau pun akan mati macam mana diorang tu mati," tambah Hongjoong lagi membuatkan Seonghwa terkedu seketika.

"Ka-kau ke yang buat semua ni?" gagap Seonghwa meneka.

"Binggo! Tak sangka kau bijak rupanya!"

Selepas sahaja itu Hongjoong mula tertawa seperti orang tua. Tiada rasa kasihan mahupun menyesal pada dia. Yang ada hanyalah kegilaan sahaja.

Terbutang mata Seonghwa dibuatnya. Dia tidak menyangka bahawa semua kematian kawannya ini berpunca oleh Hongjoong sendiri. Lalu dia mula meraung.

"Yah! Kenapa kau buat semua ni? Bukan ke kau dah janji yang nak betulkan semua kesalahan kau dulu? Kenapa kau mungkir?"

"Sebab semua tu tak guna! Diorang takkan percaya kat aku lagi!" Hongjoong membalas dengan suara yang keras. Jelas sekali bahawa air mukanya menunjukkan bahawa dia seperti marahkan sesuatu. Seonghwa terdiam bisu.

"Aku dah agak benda ni akan berlaku. Kita takkan dapat kembali ke masa lalu kita yang gembira tu. Semuanya dah musnah serratus peratus," luah Hongjoong sambil menundukkan kepala.

Buku asing yang berasa di atas lantai itu terus dicapai. Walaupun buku itu sudah terkena kesan darah milik kawan-kawannya itu, namun Hongjoong masih lagi dapat baca dengan jelas.

"Buku ni aku main conteng jer sebenarnya. Tak sangka pula dia jadi kenyataan. Kau tak rasa ke semua ni menarik?" ujar Hongjoong lagi dengan sinis.

"Sanggup kau bunuh kawan kau sendiri! Kau ni memang tak berhati perut ke hah!" Seonghwa mula memprotes. Marah dalam hatinya mula membara selepas mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Hongjoong.

"Ya! Korang yang tinggalkan aku! Masa aku susah tak ada sesiapa pun yang tolong! Kau pun tak ada kat sisi aku!" jawab Hongjoong tidak mahu mengalah. Buku yang berada di pegangan Hongjoong tadi terus terjatuh.

"Tapi masa tu aku tetap jumpa dan tolong kau!"

"Kau diam sekarang sebelum aku bakar rumah ni!"

Ugut Hongjoong sambil menyalakan pemetik apa membuatkan mata Seonghwa terbutang. Adakah dia tersilap dengar? Hongjoong disitu sudah tersenyum suka.

"Kau terkejut? Ya, aku nak bakar rumah ni supaya aku dapat lupakan semua kenangan kita tu!" kata Hongjoong dengan riang.

Tanpa sempat Seonghwa mahu berkata, Hongjoong sudah pun menjatuhkan pemetik api tersebut lalu rumah mereka kini mula terbakar. Bau asap yang agak tebal itu cukup membuatkan mereka sesak nafas. Seonghwa mula terbatuk-batuk.

"Sam-sampai hati kau..." ujar Seonghwa perlahan.

"Sekarang aku cuma perlu ucapkan se--"

BUK!

Hongjoong terus rebah di atas lantai setelah dirinya dipukul kasar oleh Yeosang. Seonghwa terkejut. Dia tidak tahu sejak bila pula Yeosang boleh melepaskan dirinya daripada terkurung dalam bilik itu.

"Seonghwa hyung!"

Yeosang berlari mendekati Seonghwa lalu dia mula membuka semua ikatan tali itu dengan cepat.

"Yeosang..."

"Cepat kita kena keluar dari sini!"

Setelah itu, mereka berdua berlari keluar dari rumah dengan pantas kerana api semakin kuat membara sehinggakan ia telah menelan sebilangan besar perabot dalam rumah itu.

Pihak bomba mula tiba di depan kawasan rumah itu selepas sahaja mendapat panggilan kecemasan dari orang awam. Yeosang dan Seonghwa dapat diselamatkan tetapi mereka jatuh pengsan akibat asap yang tebal tadi telah masuk dalam peparu mereka.

Dan, rumah milik Hongjoong dan Seonghwa itu tidak dapat diselamatkan walaupun bantuan tiba kerana ia telah ditelan oleh api yang besar.

Kini, yang tinggal hanyalah kenangan yang pahit dan juga sejarah hitam buat mereka berdua.

[C] Death Time ♢성중♢Where stories live. Discover now