"Ops! Maaf sebab tercerita lebih pula," ucap Yeosang terus. Dia tidak sepatutnya cerita fasal itu kepada Yunho kerana dia kalau boleh tidak mahu orang lain tahu bagaimana kisah dia dulu.
"Tak apa. Lagipun kita masih kawan lagi kan?"
Yeosang terdiam dengan kata-kata Yunho tadi. Kawan... Perkataan yang sukar untuk dia percaya sekarang.
Baginya, seorang kawan tidak akan mengkhianati kawan baik sendiri demi kesenangan diri. Tetapi benda itu sudahpun berlaku. Tiada guna juga sekiranya dikenang semula. Makin sakit hati ada lah...
Tatkala mereka sibuk berbual, secara tidak langsung mereka terdengar bunyi yang agak bising di bawah.
"YAH! KORANG OKEY TAK?"
Ya, mereka terdengar jeritan Seonghwa di bawah. Dengan perasaan yang ingin tahu, Yunho dan Yeosang pantas keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk lihat apa yang sudah berlaku.
Alangkah terkejutnya mereka melihat Jongho dan Mingi sudah terbaring lemah di atas lantai dengan darah mengalir keluar dari mulut. Yunho menekup mulut akibat terlalu terkejut.
"JONGHO-YA! GWENCHANA?" tanya Yeosang panik sambil menampar lembut pipi Jongho. Namun tiada sebarang respond yang dibalas.
"Hyung, kenapa dengan diorang?" soal Yunho ingin tahu. Dalam masa yang sama dia cuba untuk membangunkan Mingi.
"Tak tahu! Diorang tadi cuma minum air jer lepas tu tiba-tiba jadi macam ni!" beritahu Hongjoong juga turut panik.
Jongho memandang Yeosang dengan lemah. Darah mengalir keluar dari mulutnya dengan banyak. Dia tersenyum kelat sebelum menghembuskan nafasnya terakhir bersama Mingi. Yeosang mula meraung sambil memeluk jasad Jongho dengan erat.
Kepalanya menoleh melihat Hongjoong di belakangnya dengan pandangan tajam. Dengan kasar dia mula menyerang Hongjoong menyebabkan mereka bertiga terkejut.
"KAU YANG RACUN DIORANG KAN?"
Jerkah Yeosang. Hongjoong sedaya upaya cuba untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Genggaman Yeosang itu cukup kuat sehinggakan dia tidak mampu untuk melawan.
"Lepaskan dia, Yeosang!" Jerit Seonghwa seraya cuba untuk menghalang Yeosang.
Dia mendengus kasar. Genggaman dia tadi terus dilepaskan. Hongjoong mula terbatuk-batuk akibat kesesakkan nafas.
"Gwenchana?" tanya Seonghwa pada Hongjoong. Dia membalas dengan anggukkan kepala.
Pisau yang berada di dapur itu terus dicapainya. Lalu Yeosang mula menghalakan pisau tersebut kearah setiap kawannya yang kini berada di hadapan dia.
"BAGITAHU AKU SEKARANG SIAPA YANG RACUN DIORANG SEBELUM AKU BUNUH SEMUA ORANG KAT SINI!"
Teriaknya nyaring. Tangan dia yang memegang pisau itu mula terketar-ketar. Air matanya yang dari tadi ditahan itu kini pecah jua membasahi pipi.
Yunho cuba untuk menghampiri Yeosang tetapi tidak berjaya. Yeosang semakin agreasif dengan pisau yang dipegangnya itu.
"Yeosang! Kitorang tak berniat pun nak bunuh kawan kau kat sini!" balas Seonghwa juga turut menjerit.
"Oh ya? Habis tu kenapa nama kitorang jer ada kat dalam buku tu? Kenapa nama korang tak ada? Korang masih lagi nak nafikan sedangkan benda tu memang kenyataan yang korang nak bunuh kitorang kat sini!"
Bertubi-tubi Yeosang membalas. Air matanya dari tadi mengalir seperti air terjun. Bunyi esakkan itu mula kendengaran sedikit.
"Korang kata korang nak betulkan kesalahan korang... Tapi sekarang korang tengoklah sendiri! Diorang mati sebab sikap hyung yang tak bertanggungjawab tu! Macam ni ke kita panggil kawan?"
Tambah Yeosang lagi. Esakkan dia semakin kuat didengari. Hongjoong dan Seonghwa terkaku melihat Yeosang sedang menangis teresak-esak di depan mereka. Habis menggeletar badan mereka dibuatnya.
Mata Yunho melirik melihat jam yang tergantung pada dinding. Sekarang sudah menunjukkan pukul 12;59 tengahari. Dia tergamam. Tidak lama lagi akan tiba pukul satu petang... Dimana dia akan mati dibunuh jika dilihat semula dalam buku itu.
Yeosang mula menangis teresak-esak di situ. Luluh hatinya selepas melihat Jongho mati depan mata dia sendiri. Rasa sakit itu sukar untuk diceritakan.
Hongjoong yang dari terdiam itu akhirnya mula bersuara.
"Yeosang, hyung tahu kau masih tak dapat lupakan apa yang aku dah buat dulu. Tapi aku cuma nak cakap yang--"
"Kau nak cakap apa? Kau tak bunuh diorang? Tu jer?"
Tanpa sempat Hongjoong mahu menghabiskan kata-katanya itu, Yeosang terus memotong. Satu senyuman sinis terukir dibibirnya. Dia tertawa berdekah sebelum mengalihkan pandangan dia dengan tajam.
"AKU TAKKAN MAAFKAN KAU!"
Yeosang berlari lalu menikam dengan kejam. Dia seperti hilang kawalan kerana dia menikam orang itu berkali-kali sehingga darah terpercik keluar. Seonghwa segera menghalang Yeosang dengan kuat untuk menghentikan dia.
"PERGI MAMPUS KAU! AKU BENCI KAU!"
"YEOSANG! HAJIMA!"
Jeritan Seonghwa yang agak kuat itu telah menyedarkan dia. Pantas Yeosang mengalihkan pandangan melihat orang yang baru sahaja ditikamnya tadi.
Matanya terbutang luas melihat orang itu. Pisau yang kini berada di genggaman dia itu terus dicampakkan jauh. Tangan Yeosang mula bergetar hebat.
"Yun-yunho..."
Ya, Yeosang tertikam Yunho secara tidak sengaja menyebabkan dia kehilangan darah begitu banyak. Yunho yang sudah terbaring lemah itu telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Seonghwa terkaku. Dia tidak menyangka bahawa dia akan melihat Yeosang membunuh kawannya depan mata dia sendiri. Dalam hatinya sudah dilanda ketakutan.
"Tak... Aku tak bunuh Yunho... Aku tak bersalah!"
"Yeosang?"
Dia memandang Seonghwa sekilas. Jelas sekali air mukanya menunjukkan bahawa dia betul-betul terkejut sekarang ini.
"Hyung bagitahulah kat aku yang aku tak bunuh Yunho!" Teriak Yeosang ketakutan.
"Memang kau tak bunuh dia pun..."
YOU ARE READING
[C] Death Time ♢성중♢
Fanfic❝ Who did this first? ❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's thriller fanfiction Start : 23 July 2021 End : 30 July 2021