D.Time 02

131 34 4
                                    

Seperti yang telah dikatakan, mereka berempat pergi ke suatu tempat yang telah diberikan oleh seseorang yang tidak dikenali. Walaupun hati ini berasa resah, mereka hanya bersetuju untuk pergi sahaja.

Mana tahu kot-kot ada benda yang menarik nanti.

Langkah mereka terus terhenti sebaik sahaja mereka tiba di sesuatu tempat. Ya, tempat itu amatlah mereka kenali. Sebuah rumah yang kosong dan tidak berpenghuni. Tempat yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit yang tidak mungkin mereka lupakan.

"Betul ke tempat ni? Aku rasa macam salah jer." Wooyoung mula berdalih.

"Tapi kalau nak ikutkan maps, ini lah tempatnya." Ujar Yunho.

Mingi melepaskan keluhan kecil. Dalam hatinya mula terdetik kenapa mereka perlu datang ke sini? Tempat ini sudah tidak berguna buat mereka semua. Begitu juga dengan San.

Tidak lama kemudian, mereka berempat ternampak susuk tubuh yang amat dikenali kini menghampiri ke kawasan perumahan itu. Sama seperti tadi. dua orang itu juga turut terkejut melihat kawasan perumahan itu.

"Oh my God, kita silap tempat kan? Not that ugly house!"

"Patut ke kita berpatah balik?"

"Yeosang! Jongho!"

Panggil Yunho dan Mingi dengan riang. Sungguh sudah setahun lebih mereka tidak berjumpa dengan Yeosang dan juga Jongho. Ia ibarat seperti mereka lost contact.

Mereka berdua memandang bekas kawan lama mereka dengan penuh menjengkelkan. Kalau boleh mahu sahaja mereka pergi tetapi tidak sampai hati. Dengan langkah yang malas, mereka berjalan menghampiri kawasan perumahan itu.

"Korang pun dapat mesej tu juga ke?" soal San. Yeosang membalas dengan anggukkan kecil.

"Kenapa kita mesti pergi ke rumah buruk ni? Patutnya kita robohkan sahaja," kata Jongho selamba. Dalam hatinya berasa kurang senang apabila dia berjumpa semula dengan benda dia tidak suka.

"Jomlah kita balik. Buang masa jer datang si--"

"Akhirnya sampai pun korang semua!"

Pantas mereka berenam menoleh kepala kebelakang melihat pemilik suara itu tadi. Melihat sahaja wajah Hongjoong dan Seonghwa itu cukup membuatkan rasa sakit itu hadir dalam hati.

"Jadi kau ke yang hantar mesej tu kat kitorang?" soal Wooyoung melulu. Tangan dia mula memeluk tubuh.

"Nae. Aku dengan Hongjoong yang hantar mesej tu kat korang," beritahu Seonghwa. Wooyoung menggulingkan kedua bola matanya tanda tidak peduli.

"Apa-apa sajalah. Kami tak berminat untuk kembali kat rumah ni. Jadi hyung bo--"

"Tolonglah! Aku ajak korang kat sini semula atas sebab-sebab tertentu!"

Jerit Hongjoong membuatkan suasana diantara mereka serta merta menjadi senyap.

"Aku nak tembus balik kesilapan aku dulu. Jujur aku tak berani untuk bersemuka dengan korang tapi disebabkan Seonghwa ada disisi aku, aku jadi berani sikit!" tambah Hongjoong lagi dengan nada suara yang kuat. Seonghwa di sebelahnya mengusap perlahan belakang Hongjoong.

Dia faham perasaan apa yang dialami oleh Hongjoong sekarang. Rasa bersalah dan takut itu mula menguasai dalam dirinya tetapi dia cuba untuk kekal.

Yunho yang dari tadi mendiamkan diri itu mula bersuara setelah berbincang dengan Wooyoung, Mingi dan juga San.

"Baiklah. Kalau macam tu kami beri hyung peluang kedua untuk tembus balik kesalahan hyung kat kitorang." ujarnya membuatkan Jongho terkejut.

"Yah! Hyung gila ke?"

"Relax Jjong..." Yeosang menenangkan Jongho dengan lembut.

Dia mendengus geram. Dalam hatinya tidak bersetuju dengan kata-kata Yunho tetapi dia terpaksa mengalah kerana Yeosang menghalang dia.

"Jadi, sepanjang tempoh kitorang kat sini, hyung mestilah berubah tahu." Mingi menyampuk.

Hongjoong menangguk kepala kecil. begitu juga dengan Seonghwa. Dalam hati mereka mula berasa lega kerana tidak menyangka bahawa bekas kawan lamanya itu dapat memberikan dia peluang untuk tembus kesalahan.

Maka bermulalah hari baru mereka di sebuah rumah yang telah lama mereka tingalkan sebagai kenangan itu.

----------

Sudah 2 hari lebih mereka berada di rumah itu. Setakat ini, semuanya dalam keadaan baik-baik. Mereka tidak bergaduh atau menimbulkan sebarang kekecohan cuma rasa kekok itu masih ada.

Yalah, lagipun mereka tidak serapat seperti dulu. Agak sukar bagi Hongjoong dan Seonghwa untuk cuba mengembalikan suasana yang riang seperti dulu.

"Korang semua nanti nak makan apa?" tanya Hongjoong. Namun saying sekali kerana tiada siapa yang menjawab. Mereka seolah-olah mengabaikan soalan Hongjoong tadi.

Yunho bermain video game bersama San dan Mingi. Manakala Wooyoung pula menjadi penonton setia mereka. Hongjoong melepaskan keluhan kecil.

"Tak apalah, Joong. Baik kita pesan kat luar." kata Seonghwa perlahan.

Hongjoong mengangguk tanda faham. Baginya tidak hairan pun mereka mengabaikan soalan dia tadi. Dia faham pasti mereka tidak dapat lupakan apa yang Hongjoong pernah lakukan dulu.

----------

"Hyung, kita tak sepatutnya pergi sini! Rumah ni sampah bagi kita!"

Jongho melepaskan rasa tidak puas hatinya pada Yeosang. Sejak dua hari lalu dia asyik mengurut sahaja. Yeosang pula terpaksa menjadi pendengar setia dia.

"Mana tahu kalau diorang betul-betul menyesal," ujar Yeosang bersahaja sambil membaca novel. Jongho dihadapannya sudah mencebik.

Kemudian, matanya mula tertangkap sebuah buku yang berada di tepi pagar rumah mereka. Dia bingkas bangun untuk mengambil buku tersebut. Lalu dia mula menyelak beberapa helaian pada buku itu.

Matanya serta merta membulat sebaik sahaja melihat isi kandungan yang terdapat dalam buku itu.

"HYUNG!"

[C] Death Time ♢성중♢Where stories live. Discover now