"Memang kau tak bunuh dia pun..."
"Huh?"
BUK!
Seonghwa terkejut setelah melihat Yeosang rebah dihadapannya secara mengejut. Matanya mula teralih melihat Hongjoong yang baru sahaja memukul Yeosang menggunakan penukul tadi.
"A-apa kau buat ni?" gagap Seonghwa.
Namun soalannya tadi tidak dibalas. Hongjoong mula mengheret Yeosang masuk ke dalam satu bilik lalu dikuncinya rapat. Kunci tersebut terus dicampaknya jauh.
Satu senyuman sinis terukir dibibirnya sebaik sahaja melihat Seonghwa sedang ketakutan itu.
"Kau takut ke?" soalnya sinis. Seonghwa tidak menjawab sebaliknya menyoal semula.
"Yah! Apa kau buat ni? Kenapa kau kurung Yeosang dalam bilik?"
Tertawa Hongjoong dibuatnya selepas Seonghwa menyoalnya bertubi-tubi. Penukul kayu yang berada di lantai itu tadi kini dicapainya. Langkah demi langkah dibuka menghampiri Seonghwa yang sudah terkaku seperti batu itu.
"Tidur dulu ya..."
Selepas sahaja itu, Hongjoong terus memukul Seonghwa menggunakan penukul kayu menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
----------------
SETAHUN LALU...
Pada waktu petang, Seonghwa melangkah masuk ke dalam rumah selepas sahaja pulang dari kolej. Hari ini dia pulang lewat sedikit kerana dia ada kelas tambahan bersama pensyarah dia.
Kelihatan semua kawannya sudah lama berada di rumah. Suasana di sana agak tegang kerana mereka seperti bergaduh sesama sendiri. Dengan perasaan yang ingin tahu, Seonghwa berjalan menghampiri mereka bertujuh.
"Kenapa ni?" Semua kawan baiknya mengalihkan kepala kearahnya selepas sahaja dia bertanya tadi.
"Hah! Sampai pun kawan kau ni," ujar San membuatkan dia berkerut dahi.
Dia lihat semua adiknya kini sedang bergaduh dengan Hongjoong. Dia tidak tahupun apa punca yang menyebabkan mereka semua bergaduh.
"Kenapa?"
"Kau dengan Hongjoong hyung terlibat dengan penjualan dadah kan?"
Terbeliak mata Seonghwa dibuatnya selepas mendengar tuduhan yang keluar dari mulut Yunho tadi. Pantas dia menafikan.
"Apa korang cakap ni? Aku tak terlibatlah!"
"Habis tu apa semua ni?" Jongho terus menunjukkan sejumlah wang yang banyak serta satu bungkusan dadah yang terdapat di sebuah kotak dalam bilik Seonghwa dan Hongjoong.
Dia terkaku. Tidak tahu mahu membalas apa. Matanya terus beralih melihat Hongjoong yang masih tidak berpuas hati itu.
"Korang jangan kecoh boleh tak? Diam diam sudahlah!" kata Hongjoong geram.
"Jadi betullah yang korang terlibat dalam semua ni?" teka Wooyoung tidak mahu mengalah.
Suasana dalam rumah itu menjadi tegang. Mereka tidak habis-habis berperang mulut sehinggakan Hongjoong mula naik rimas. Dalam keadaan terpaksa, dia mengaku kesalahan dia.
"YA! AKU DENGAN SEONGHWA TERLIBAT DALAM SEMUA NI! DAH PUAS HATI?"
Jerit Hongjoong membuatkan mereka semua terdiam serta merta. Seonghwa sudah menundukkan kepala akibat rasa malu yang amat. Dada Hongjoong dari tadi naik turun menahan geram.
Satu keluhan berat mula dilepaskan. Mereka tidak tahu bagaimana Seonghwa dan Hongjoong boleh terlibat dalam penjualan haram ini.
"Kenapa korang buat semua ni? Korang tahu kan semua ni satu jenayah!" Tanya Mingi dengan penuh kesal.
"Kitorang terpaksa..." balas Seonghwa perlahan.
"Terpaksa apa?" tanya Yunho tidak faham.
"Korang tak payah sibuklah! Kalau korang tak ada sekarang, benda ni mesti takkan terjadi!"
Jawab Hongjoong terus tanpa rasa bersalah menyebabkan kemarahan Jongho dalam hati membara. Dia mula menumbuk Hongjoong membuatkan dia jatuh tersungkur. Mereka semua terkejut.
"Jadi kau nak cakap yang apa yang korang buat ni betullah?" soal Jongho tidak berpuas hati. Mukanya sudah merah akibat menahan geram dari tadi.
Darah yang berada di bibirnya itu mula dikesat dengan kasar. Dia memandang Jongho dengan pandangan tajam.
"Ya! Selama ni korang tak pernah pun tolong kitorang untuk cari duit! Korang cuma tahu susahkan kitorang jer!"
"Tak guna kau!"
Jongho mahu membelasah Hongjoong lebih tetapi dia dihalang oleh San dan Wooyoung. Seonghwa segera berlari menghampiri Hongjoong yang sudah terduduk itu.
"Habis tu apa guna kitorang yang kawan kau ni? Kitorang boleh tolong carikan," tanya Yunho perlahan. Sungguh dia tidak faham mengapa abangnya boleh mengambil tindakkan begini.
"Korang semua ni masih mentah. Tak tahu apa-apa fasal semua benda tu," balas Seonghwa sambil menolong Hongjoong untuk bangun.
"Hyung pandang rendah kat kitorang ke?"
"Memang pun! Korang boleh buat apa jer selain susahkan kitorang?"
"Korang ni memang na--"
"DAH CUKUP!"
Suasana di dalam rumah itu terus menjadi senyap sunyi setelah Yeosang yang tadinya diam membisu itu mula bersuara. Tangan dia sudah digenggam erat dan matanya sudah mereka akibat menangis dalam diam tadi.
"Apa guna hyung ambil dan jaga kitorang kalau hyung anggap kitorang semua ni pembawa malang? Kitorang boleh jaga sendiri dan boleh berfikiran waras tak macam korang yang ambil jalan mudah!"
Habis suara garaunya pecah akibat menjerit. Semua kawan-kawannya sudah terdiam bisu mendengar Yeosang bersuara tadi. Tidak tahu mahu berkata apa, hanya mendengar bunyi keluhan sahaja yang keluar dari mulut masing-masing.
Beg yang berada di atas sofa tadi terus dicapainya lalu disandangkan atas bahu. Yeosang berpaling melihat semua kawan-kawannya.
"I'm out. Jangan cari aku lepas ni," ucapnya lalu terus melangkah keluar dari rumah itu.
Yeosang merupakan orang pertama yang meninggalkan semua kawan-kawannya di rumah itu. Dia tidak sanggup lagi untuk tinggal disitu kerana trauma dia mula menyerang.
"Hyung suka kan? Macam ni yang hyung nak kan sebenarnya?"
"Tak sangka macam ni rupanya sisi hyung selama ni."
"So semua persahabatan kita ni palsukan?"
"Aku keluar juga."
Mereka semua juga turut keluar bersama meninggalkan Hongjoong dan Seonghwa di dalam rumah itu tanpa mengucapkan apa-apa.
Jujur mereka betul-betul menyesal dengan sikap kawan mereka yang mementingkan diri sendiri demi kesenangan diri. Kini yang tinggal hanyalah kenangan hitam sahaja.
End flashback...
YOU ARE READING
[C] Death Time ♢성중♢
Hayran Kurgu❝ Who did this first? ❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's thriller fanfiction Start : 23 July 2021 End : 30 July 2021