"HYUNG! APA SEMUA NI?"
Jerit Jongho membuatkan mereka semua terkejut. Dia masuk ke dalam rumah dengan membawa sebuah buku yang asing bersama. Riak wajahnya juga menunjukkan bahawa dia seperti marahkan sesuatu.
"Kenapa?" tanya Hongjoong dan Seonghwa serentak. Mereka agak terkejut dengan jeritan Jongho secara tiba-tiba tadi.
"Kenapa kau tanya? Korang nak bunuh kitorang kan sebenarnya!" tuduh Jongho melulu membuatkan mereka berkerut dahi.
Pantas Hongjoong merampas buku yang dipegang oleh Jongho itu dengan kasar. Lalu dia mengajak kawan-kawannya yang lain untuk lihat bersama apa yang terkandung dalam buku tersebut.
DEATH TIME :
JUNG WOOYOUNG ( PUKUL 11 PAGI KEMALANGAN )
CHOI SAN ( PUKUL 11 PAGI KEMALANGAN )
CHOI JONGHO ( PUKUL 12 TENGAHARI KERACUNAN )
SONG MINGI ( PUKUL 12 TENGAHARI KERACUNAN )
JEONG YUNHO ( PUKUL 1 PETANG DIBUNUH )
KANG YEOSANG ( PUKUL 1 PETANG MEMBUNUH )
Terbeliak mata mereka selepas membaca tadi. Terus Wooyoung menolak Hongjoong dengan kasar sehinggakan dia terjatuh tersungkur.
"Yah! Kau sengajakan suruh kitorang tinggal kat sini supaya kau dapat bunuh kitorang!" Laungnya.
"Sepatutnya kitorang tak ikut jer kata-kata sampah dari kau tu!"
"Apa salah kitorang sampai kau nak bunuh kitorang?"
Suasana di dalam rumah itu mula kecoh. Hongjoong terdiam seribu bahasa. Bukan dialah yang menulis mahupun yang merancang semua ini tetapi dia dituduh tanpa bukti yang kukuh.
"Ini bukan salah Hongjoong! Dia tak rancang pun semua ni kenapa korang tuduh dia!" Teriak Seonghwa cuba mempertahankan Hongjoong.
Yeosang yang dari tadi terdiam itu mula tersengih. Lalu dia ketawa berdekah membuatkan Seonghwa dan Hongjoong memandangnya dengan tajam.
"Jadi? Kalau bukan Hongjoong mesti kau lah kan? Sebab kat sini nama korang berdua jer yang tak ada kat sini," kata dia sengih seraya mengipas-ngipas buku tersebut. Lalu dia biarkan buku itu terjatuh di atas lantai.
Ketika mereka yang lain sedang berperang mulut, Wooyoung tidak ikut serta. Dia mengurut kepalanya perlahan sebaik sahaja dia berasa kepalanya mula pening.
San disebelahnya itu mula menegur.
"Woo, gwenchana?"
Wooyoung mendengus geram. Dia terus menarik tangan San dengan kasar dan membawanya keluar bersama meninggalkan kawan-kawannya di ruang tamu. Tangan dia pantas menyelak kocek seluar untuk mencari kunci kereta.
"Kita nak kemana?" soal San ingin tahu.
"Pergi jauh dari sini!"
Setelah kunci kereta dijumpai, Wooyoung terus berikan ia kepada San untuk pandu. Dia mula berasa pening yang amat menyebabkan dia tidak dapat memandu sekarang.
San hanya menuruti sahaja lalu membawa kereta mereka keluar dari kawasan perumahan itu tanpa mengucapkan apa-apa. Seonghwa yang perasan akan kelakuan mereka itu mula terkejut.
"Yah! Diorang lari!"
"Mestilah diorang lari! Kau ingat diorang nak sangat ke kena bunuh kat sini?" balas Yunho selamba. Lalu dia berjalan meninggalkan kawasan ruang tamu untuk masuk ke dalam bilik bersama Mingi.
Maka yang tinggal di ruang tamu itu hanyalah Hongjoong, Seonghwa, Yeosang dan Jongho sahaja. Suasana diantara mereka berempat senyap sunyi.
Jongho masih lagi leka melihat apa yang terkandung dalam buku itu. Yeosang pula berpeluk tubuh memerhatikan kedua abang-abangnya itu. Manakala Seonghwa pula cuba menenangkan Hongjoong yang dari tadi terdiam bisu.
"Dari mana korang dapat buku tu?" soal Seonghwa ingin tahu.
"Jongho jumpa buku tu kat tepi pagar rumah ni," balas Yeosang bersahaja. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hanya riak wajah yang mendatar sahaja ditayang.
----------
San membawa kereta mereka laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Suasana diantara mereka berdua senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi yang didengari melainkan bunyi radio sahaja. Wooyoung pula dari tadi mendiamkan diri sambil mengurut kepala. Rasa pening itu amat kuat sehinggakan dia terasa seperti mahu pengsan.
"Kau okey ke Woo? Kalau sakit bagitahu--"
"Stop tanya boleh tak? Aku rimaslah!"
Marah Wooyoung secara tiba-tiba membuatkan San serta merta diam seribu bahasa.
Tidak lama selepas itu, iPhone milik Wooyoung berdering menandakan seseorang membuat panggilan dengannya. Nama Mingi terpapar di hadapan skrin iPhone miliknya. Dia terus memberikan kepada San untuk jawab.
"Yeobuseyo?"
"San? Korang pergi mana?" soal Mingi dalam talian tersebut.
"Kitorang larikan diri dari rumah tak guna tu! Kita tak sepatutnya termakan dengan kata-kata Seonghwa tu!" balas San dengan nada yang kuat. Dia masih lagi fokus dengan pemanduannya itu.
"Aku dengan Yunho sekarang tengah kemas barang. Kitorang tadi ajak Yeosang dengan Jongho untuk balik tapi diorang dua tak nak."
"Lantak dioranglah! Dua budak tu dari dulu lagi tak pernah dengar kata kita! Nak sangat ikut kata-kata Hongjoong hyung tu!"
Ketika San sedang sibuk bercakap dengan Mingi, dia tidak sedar pun bahawa kereta yang dipandunya itu semakin laju. Pantas Wooyoung menyuruh dia untuk memperlahankan sedikit.
"San, perlahankan sikit kereta tu. Selok tajam ada kat depan."
Ujarnya. San yang mendengar itu terus menuruti. Dia cuba untuk memperlahankan tetapi anehnya brek kereta mereka tidak makan. Dia mula berasa pelik.
"Eh? Kenapa brek ni tak boleh berfungsi?"
"San? Kau okey ke?" soal Mingi risau. Yunho yang berada di belakangnya itu juga berasa hairan.
"Kenapa dengan San?" tanyanya. Mingi membals dengan mengangkat bahu.
San dari tadi cuba untuk menggunakan brek untuk memperlahankan kelajuan keretanya. Namun hampa kerana ia tidak berfungsi dengan baik.
"SAN-AH TENGOK DEPAN!" Jerit Wooyoung membuatkan San terkejut.
Kereta mereka meluncur kehadapan sehingga terlanggar selok tajam itu. Lalu mereka terjunam di sebuah bukit menyebabkan seluruh kereta yang mereka naiki itu hancur dan meninggalkan bunyi yang amat ngeri buat Yunho dan Mingi.
"SAN? SAN-AH!"
"WOOYOUNG-AH? KORANG OKEY TAK?"
Itulah panggilan terakhir buat mereka sebelum San dan Wooyoung menghembuskan nafas terakhir disitu.
YOU ARE READING
[C] Death Time ♢성중♢
Fanfiction❝ Who did this first? ❞ ✧*:.。.✎ateez seongjoong's thriller fanfiction Start : 23 July 2021 End : 30 July 2021