Kenangan

111 18 2
                                    

Qamaira mengeluh. Sudah 4 jam dia menghabiskan masanya di depan skrin laptop nya. Dia masih kekeringan idea untuk menyiapkan assignment dia.
"Semua ni salah kau!" Dia menjegil matanya ke arah skrin iPhone nya.
"Why guys? Why korang handsome sangat!"

Qamaira tersenyum apabila melihat lelaki yang dia minati. Siapa lagi kalau bukan Kim Namjoon,leader group kpop yang terkenal satu dunia.

Ya Qamaira memang kpop stans lebih-lebih lagi group BTS dan Stray Kids.

"Tapi kenapa kau nak salahkan diorang, salah diri kau melayan sangat! Eiiii! Ni assignment ni lagi penting tau daripada Joonie"
Dia menghamburkan wajahnya ke meja sambil kaki nya menendang ke bawah.

"No Maira! Not now! Okay! Focus!"
Dia menyambung menekan keyboard laptop nya.

~.

Gelap,Yes itu yang dia nampak. Dia bangun lalu melihat sekeliling tempat yang dia berada.

Ouh,yes. Dia mabuk lagi. Dia pandang gadis di sebelahnya yang sedang enak dibuai mimpi. Harris menguap dan bangun dari katil. Dia mencapai baju t-shirt nya lalu disarungkan ke tubuhnya.

"Tak ada makanan ke,lapar ni" Dia mendengus lembut. Rumah itu sunyi dan gelap. Papanya belum pulang dari London. Itu yang dia berani bawak balik Jessica ke rumahnya. Kalau tak mampus dia.

"Masak Maggi je lah. Malas nak Oder"
Dia membuka kabinet dapur dan mencapai sebungkus Maggi kari.

Remote tv dicapai,di alihkan saluran sehingga mencapai seleranya.
Dia mula menikmati Maggi yang dimasaknya. Tiba-tiba dia teringat satu nama membuatkan dadanya sesak.

"Qamaira"

Nama nya saja buat dia tidak selesa apatah lagi bertemu. Tapi dia kena lakukan untuk masa depannya dan perempuan tersebut.
Sebab dia dah berjanji. Yes,dan dia pula bukan jenis mungkir janji.

~.

"Pang!"
Satu tamparan singgah ke pipinya. Peritnya tak usah digambarkan.

"Punyalah aku sudah payah besarkan kau,macam ini kau balas!"

Air mata lelaki tua tersebut mengalir jua. Sakit tangan yang menampar wajah anak bongsunya,sakit lagi hatinya

"Papa.." Harris mencuba bertentang mata dengan papanya tapi belum sempat dia membuka mulut

"Kenapa ni?" Ya Allah suara itu,suara yang amat dia rindui. Harris dan papanya mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.

"You tengok apa yang anak kesayangan you ni dah buat. Buat malu je tahu tak?!"

Puan Rosnah menghela nafas
Tangannya mencapai lembut lengan anak lelaki nya
"Harris sayang,kenapa ni?"

Harris memeluk tubuh Mamanya. "Harris mintak maaf Mama,Harris tahu Harris salah tapi..." Dia mati kata.

Bukan sekali dua dirinya terperangkap malah kali kelima bodyguard papanya berjaya mengikut gerakan nya.

"Harris,apa yang papa buat tadi itu untuk kebaikan Harris jugak.
Harris buat lagi ke? Harris tak kesian kat mama ke?" Suara Puan Rosnah yang sedikit sayu menjadikan Harris berasa serba salah.

"Tak ma, Harris mintak maaf"

"Maaf je kau tahu pastu kau buat balik. Eh kau tu anak bongsu tahu tak. Waris terakhir aku!".
Tengking papanya

"Abang" tegur Puan Rosnah.

"Apa?" Papa Harris menyoal semula Puan Rosnah tetapi dengan nada suara yang sedikit lembut.

"Dahlah tu. Harris janji dengan mama jangan buat lagi okay?"
Puan Rosnah mengelus lembut rambut anaknya sambil tersenyum manis.

Harris memandang wajah mamanya.
Dia mengangguk perlahan.

###


Tapi itu semua tinggal kenangan.
Puan Rosnah meninggal dunia akibat kanser payudara semasa Harris menyambung pelajaran di Korea.
Harris meletakkan kepalanya di lulut.
Perlahan-lahan air matanya mengalir.
Rindunya kepada Puan Rosnah tidak berbelah bagi.
Dia merupakan anak bongsu,sangat rapat dengan mama.
"Ma, Harris rindukan mama, now we are not happy family again."

Bahunya terhincut-hincut menahan sebak di dada.

Dia akui sejak mamanya meninggal dunia dia mula bergaul dengan perkara-perkara yang memudaratkan.
Waktu siang orang boleh nampak dia business man yang normal.
Bila malam dia menghabiskan masa di club and spend one night stand with random girl . Mabuk, perempuan semua itu dah jadi kebiasaan.

Papa dia pulak sibuk menguruskan perniagaan tapi Harris tahu Papanya cuma jadikan itu sebagai alasan supaya tidak bertemu dengannya.
Dalam diam hatinya berbisik.
"Rindu semua"

A/N: Hye guys!
Thanks to read my books,i just want to say Don forget to vote okay!
Have nice day💜

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now