Secret

117 12 0
                                    

"Boss watch out" Vernon menembak seorang lelaki yang menghala ke arah Harris.

Harris terkejut. Dia melepaskan lelaki yang berada di genggaman nya.
"Vernon, mana Dayyan? Aryan?" Harris bangun lalu dia meredah kawasan yang kurang terbakar. Matanya melihat keadaan sekeliling.
' Hampir 60% musnah bangunan ni! Kurang ajar kau Kevin!' Dia mengetap giginya.

"Diorang ada,dekat bilik bawah tanah. Bro,now how? Kau ada apa idea-idea nak balas balik kat Kevin?" Vernon sendiri pun sudah tak tahan dengan permainan dengan Kevin ni. Sakit hatinya.

"Nanti aku bagi keputusan." Hatinya panas sekarang. Panas macam mana api yang sedang marak di dalam bangunan dia.

"Aku dah contact Fina untuk dia cari punca bom itu datang dari mana" Harris mengangguk.

Vernon sememangnya seorang yang sangat cekap dan tangkas dalam kerja nya.

"Bro,pasal benda ni kau bagitau belum dekat Maira?" Mereka keluar daripada bangunan yang sudah dijilat api. Harris berjalan ke satu jalan yang ditutup dengan pokok yang besar dan tinggi.

"Belum" Vernon terkejut.
"Bro,kau kena bagitau cepat. Maira ada hak. Aku tahu kau buat semua ni sebab mama kau. Tapi aku tak rasa kau perlu rahsia kan dekat Maira." Harris mengeluh.

"Yes I know Vernon. Just bagi aku sedikit masa. Kalau aku bagitahu dia sekarang,aku takut dia berubah keputusan. Baju semua dah settle,fikir lah air muka papa aku jugak weh."
Terang Harris panjang lebar.

Vernon berubah muka. Macam mana lah dia lupa semua tu! "Sorry bro, aku cuma risau Maira tu je."

Harris tersenyum,dia faham. Bukannya dia tak pernah ada pengalaman yang macam tu, cuma semua tu dah tinggal kenangan.
Dia mengeluarkan satu kad yang diselit di celah lengan bajunya lalu di letakkan di batang pokok.

Kalau orang normal mesti pelik,apa benda lah budak dua orang ni buat tengah malam kat pokok besar ni.
Tapi sebenarnya dalam bahagian bawah pokok ni lah semua nya akan terbongkar.

Satu petak diukir secara automatik dan batang kayu tersebut bertukar kepada satu skrin yang tertera nombor dan tempat kosong.

Lincah jari Harris menekan pin untuk membenarkan pintu utama itu dibuka.

Selang beberapa minit kemudian,pintu dibuka dan Harris dan Vernon berjalan masuk.

Kira-kira lebih 200 orang berdiri berpakaian kemas berwarna putih lengkap bersenjata di hadapan nya sekarang.

"Welcome back our Mr.Harris!" Jerit Dayyan, ketua segala pelatih di situ.

"Welcome back our Mr.Harris!" Bergema kawasan tersebut dengan suara pelatih-pelatih. Harris mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Great to see you guys! Ingat walaupun kita kalah tadi,tak semestinya kita kalah selamanya! Remember?" Pelatih-pelatih tersebut mengangkat kaki kanan ke sisi sedikit dan menjerit "Yes Mr. Harris!"

Harris tersenyum bangga.
Yes,dia sedar dia leka sebelum ni.
Tapi bab kerja dia sangat tegas.
Dalam senyap-senyap dia membuka satu agensi agen rahsia yang sudah berdaftar kan di bawah PDRM.

"Okay! You guys can back you your work." Dengan itu semua pelatih berlalu pergi ke bilik masing-masing.

Harris dan Vernon berjalan turun melalui tangga secara membulat di satu kawasan yang kecil.
Satu ruang yang akan membawa mereka ke kawasan pengaksesan.

Harris meletakkan tangannya di skrin. Beberapa minit kemudian pintu dibuka.

Skrin besar di lihat sedang menjejak langkah musuh-musuh mereka. Pelbagai bentuk titik, nombor,peta tertera di skrin tersebut.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now