Promise

103 14 0
                                    

22 Januari 2017
Location: Full White Caffe

"So Dato nak saya jaga dia? Dato' tahu kan dia macam mana?" Haris meraup wajahnya.

Dato Azman menarik nafas dalam-dalam. Harris sahaja yang boleh dia minta bantuan tentang ni.

"Saya merayu dekat Harris. Harris je yang boleh harap. Saya tak tahu nak harapkan siapa lagi. Maira itu nak kata perempuan tak perempuan jantan tak jantan. Kasar sangat"

Anak gadis tunggal nya selalu membuat dia resah. Degil,panas baran tapi satu je perangai Qamaira yang dia hormat sehingga kini.
Agama,solat, mengaji tudung labuh dan batas pergaulan sangat Qamaira jaga.

"Dato,kenapa ramai-ramai saya yang Dato pilih saya. Dato sendiri tahu perangai saya macam mana kan?" Harris akui dia bukan lelaki yang baik. Solat pun dia tinggal apatah lagi anak Dato Azman.

"Ye,tapi saya tak pernah kisah semua itu. Saya yakin Harris dengan Maira boleh jadi suami isteri yang sempurna. Perangai Harris itu insyallah berubah perlahan-lahan. Allah tak suruh kita beribadah 24 jam ."

Nasihat Dato Azman tertusuk ke dalam hati Harris. Dia tahu dirinya tidak sempurna, tanggungjawab sebagai seorang suami bukan mudah. Walaupun dia kurang bab-bab agama ni,tapi dia masih tahu tanggungjawab halal, haram semua.

"Macam ni lah Dato,bagi saya masa. Saya akan cuba fikirkan. Tapi Dato jangan berharap sangat" Dia risau hati tua Dato Azman terguris jika dia memberi tahu jawapannya sekarang.

Dato Azman mengangguk kepalanya. Dia faham soal kahwin ini bukan mudah bagi Harris. Lagi-lagi Harris dan Qamaira masih muda.
Dia tahu Harris kurang bab-bab agama ini tapi ada satu perasaan yang menyakinkan Harris akan didik Qamaira menjadi perempuan yang baik.

Qamaira pula bab-bab agama dia okay cumanya dia tidak yakin bab-bab adab ni. Mulut Qamaira ni pedas. Savage. Nampak pendiam,lembut.
Bila bukak mulut kalau ada cicak,cicak terasa apa yang dia cakap.
Mulut tak ada filter langsung!

~.

"Terima kasih Maira datang office uncle. Sorry lah kalau Maira sibuk dengan assignment." Tan Sri Herman berasa serba salah pula bila Qamaira datang waktu hari dia berada di pejabat.

Bukannya dia jenis melekat di rumah atau pun pejabat. Dia banyak menguruskan cawangan keempat mereka di Singapura.

"Eh tak apa uncle lagi pun Maira cuti sem. Tidak siapa yang ada kat UPSI tu."

Dia tersenyum kelat. Padahal dalam hati bengang. 'kau ingat aku banyak duit nak habiskan masa dari Perak ke KL. Walaupun banyak pengangkutan awam senang nak dapat tapi duit ringgit bukan main banyak dia kena bawak keluar semata-mata dia nak tahu kebenaran arwah ayah nya.

"Ehem!" Suara deep Harris menyapa mereka berdua.

"Cik Maira,saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh? Pa?" Dia meminta izin dari Tan Sri Herman.

Perkara yang mereka bincang tadi membuatkan hati dia meluap-luap menahan kemarahan.

"Okay, Maira kalau free datang je rumah uncle. Banyak lagi uncle nak bagitau ni" usik Tan Sri Herman.

Qamaira tersenyum malu. Dia faham apa yang Tan Sri Herman cuba katakan.

Setelah Tan Sri Herman meninggal kan mereka berdua,dengan pantas Hariss menarik lengan kanan Qamaira dengan kasar. Mereka masuk ke satu bilik yang berdekatan.

"Oii apa ni! Tarik-tarik pulak!"
Qamaira cuba menarik balik tangan Harris tetapi tenaga Harris lebih kuat daripada dia.

Harris mendengus lalu menghempas Qamaira diatas sofa. Qamaira mengaduh sakit sambil mengusap tangannya.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now