She come back?!

79 9 0
                                    

Jessica memandu keluar dari hutan di mana bangunan dia dan Kevin berada.

Jessica tak mati. Yes. Dia palsukan kematian dia untuk Harris tinggalkan dia.

Sebenarnya dia punya boyfriend adalah Kevin. Kevin dan dia dah bersama sebelum Harris masuk ke dalam universiti mereka.

Kevin dapat tahu daddy nya nak serahkan syarikat kepada Harris jadi Kevin merancang untuk membalas dendam bersama dirinya.

"Harris Harris, you're so fool baby" Dia tersenyum sinis. Dia menatap skrin iPhone. Gambar menunjukkan Harris dan Qamaira tersenyum bahagia dalam majlis perkahwinan mereka.

"I'm gonna make you mine Harris" dia sebenarnya tak cintakan Harris. Dia cuma nakkan harta dan syarikat Harris.

Dia masih setia lagi dengan Kevin.
Hell no dia nak tinggalkan kehidupan lama dia and convert to Islam.

Jessica selama ini hanya bersembunyi di bawah jagaan Kevin and 'K'.

~.

Qamaria mengalami morning sickness yang teruk menyebabkan Harris tak dapat fokus pada Kevin.
Dalam diam dia menjaga Qamaira,Vernon menghantar banyak maklumat kepada nya.

Baru-baru ni pihak mereka berjaya menangkap beberapa orang suruhan Kevin di kelab malam.

Mereka masih dalam siasatan.
Jay dan Brian pulak menyampaikan maklumat bahawa agent mereka semakin profesional sehingga Traders Agent yang berada di Rom berjaya menangkap tempat proses senjata api milik Kevin.

"Mesti kau bengang sekarang kan Kevin. Kalau kau melangkah ke depan,aku akan 20 kali kedepan daripada kau" Harris melihat video yang Vernon hantar.

Nampak kehebatan Danny dan Tina di dalam menyerang orang suruhan Kevin.

Tidak sia-sia dia memujuk Danny yang merupakan bekas silat gayung.
Tina pula ada black belt dalam Taekwando.

"Abang" Harris mendengar Qamaira yang berada di dalam bilik memanggil nya.

Kandungan Qamaira dah mencecah 6 bulan. Jadi nampaknya dah sedikit besar perut isterinya.

"Ya? Kejap sayang" dia menutup semua fail dan iPad.

Dia berlari ke arah bilik. Qamaira yang sedang baring sambil makan buah anggur memandang Harris.

"Ya, kenapa? Kak lenguh ke? Kepala pening ke? Nak muntah ke?" Qamaira ketawa perlahan melihat Harris yang panik.

"Tak. Ni duduk sini" dia menepuk katil. Harris duduk. "Sayang nak makan something lah" Harris menelan air liur.

"Nak apa sayang? Nanti abang belikan." Sebenarnya dia takut sebab nya minggu lepas Qamaira mengidam nak makan gulai Angsa. Manalah dia nak cari Angsa tengah-tengah bandar KL ni.

Nak yang fresh pulak tu. Nasib baiklah Brian tolong dia pergi cari dekat salah satu kampung di Pahang.
Ada seorang mak cik jual.

Ni satu beban lepas dah. Ni nak tambah pulak dah!

"Hmmm nak buah belimbing. Pastu nak sate,ayam percik,nak Japchae pastu nak-" Harris menekup mulut Qamaira.

"Ya Allah sayang banyak nya. Satu-satu boleh? Okay abang beli sate dulu untuk sayang okay" Qamaira tersengih-sengih.

Ni semua salah baby. Dia tak pernah manja macam ni dengan Harris.
Sejak dia mengandung, muntah tu biasalah tapi yang peliknya dia suka tengok semut dekat tingkap.

Sampai tengah malam duduk lah dekat tepi tingkap tu. Puas Harris pujuk suruh masuk,risau masuk angin badan itu disebabkan malam kan sejuk.

Dia lebih suka menonton movie dan berjalan-jalan di landskap mereka di luar.

Bila Harris ajak keluar dia tak nak. Salah satunya dia tak larat tapi lebih kepada dia tak boleh bau asap kereta.

Dia jadi loya. Berapa kali Harris berhenti tepi jalan sebab kan dia muntah. Jadi dia tak nak susahkan Harris. Mereka banyak makan di rumah dan berada di dalam rumah.

Qamaira jugak tak boleh bau ikan Walaupun ikan itu mentah sekalipun. Dia mesti muntah. Yang dia banyak makan aiskrim,Daging dan Ayam.

Padahal dia fish lover. Harris sejak dia mengandung, Qamaira terasa terharu.

Dia ingat lagi ada satu malam dia terjaga. Dia bangun nak ke dapur. Bila sampai dekat dapur dia nampak Harris comot dengan tepung dan coklat disebabkan masak cupcake.

Qamaria mengidam nakkan cupcake tapi dia nak Harris buatkan. Tak nak yang beli. Harris bukan nya pandai masak.

"Abang? Ya Allah, bersepah dengan coklat tepung berterabur ni kenapa?" Tegur Qamaira dengan lembut.

Harris yang asyik mengacau adunan tepung memandang Qamaira.
"Sayang, dah makan dah ni. Pergi tidur lah. Abang tengah buat cupcake tapi macam tak jadi je" Qamaira ketawa melihat wajah confuse Harris.

Dia membuang tepung dan menyapu serbuk coklat yang melekat di pipi Harris.

"Kenapa tak tanya saya. Saya walaupun macam ni still larat nak bagitau resepi" Harris menarik kerusi lalu dia membantu Qamaira duduk.

"Tak apa,abang tak nak susahkan sayang. Abang nak try sendiri. Lagipun ni kan anak kita. Maira tak pernah susah kan abang." Qamaira meletakkan kepalanya di dada Harris.

"Terima kasih abang. Even Maira mengidam yang pelik-pelik tapi abang layan je." Harris mencium dahi Qamaira.

"Tak apa sayang. Mungkin ini jugak balasan Allah dekat abang" Qamaira mengangkat kepala nya.

"Eh kenapa cakap macam tu pulak?" Dia keliru. Balasan apa?

"Balasan kisah silam abang dulu. Abang selalu tidur dengan mana-mana perempuan. Abang tinggalkan diorang bila diorang mengandung. Abang kejam Maira. Abang tak rasa Maira layak untuk abang" Qamaira mengesat air mata Harris.

"Abang,tak baik lah cakap macam tu. Abang tak kejam. Mungkin masa tu abang terlalu enjoy. Abang lebihkan nafsu daripada tanggungjawab"

"Abang,Maira rasa bertuah sangat abang ada dekat sisi Maira sepanjang Maira pregnant. Abang buat semua benda dekat rumah ni. Maira cuma goyang kaki je" Dia mencuit hidung Harris. Harris ketawa.

Pandai Qamaira memujuk dirinya. Dia memeluk pinggang Qamaira. Perut Qamaira diusap lembut. "Anak Baba buat apa tu? Jangan dengar orang tua borak. Diam je" Qamaira ketawa besar.

Comel perangai Harris yang suka bercakap dengan anak mereka. Kadang-kadang satu hari tu dia mengusap perutnya dan bercerita tentang apa yang jadi hari ni.

"Anak Baba ini tak dengar lah. Dia tidur sebab tadi dia baru makan aiskrim" jawab Qamaira mereka berdua ketawa.

"Sayang, abang janji untuk anak kita abang akan jadi suami dan Baba yang terbaik untuk sayang"

Qamaria tersenyum. "Insyallah"

~.

Harris keluar dari pejabat. Dia menuju ke parking kereta. Tak sabar dia nak balik rumah.

Harini mereka berdua akan pergi scan perkembangan baby.
Sebelum ni Harris tak dapat temankan disebabkan sibuk.

Qamaira pula dah bersiap-siap menunggu kedatangan Harris jemput dia ke klinik.

Dia memakai dress labuh berwarna baby blue Dan shawl chiffon putih.
Dia terdengar ketukan di pintu.

Tiba-tiba hatinya berasa tak sedap. Sebelum ni Harris kalau balik dia masuk terus. Dia tak ketuk pintu.

Qamaira berasa takut tapi dia beranikan diri jugak nak buka pintu.
Dia melihat di screen yang menunjukkan ada seorang lelaki berpakaian pejabat.

"Betullah Harris. Haish Maira kau jangan fikir bukan-bukan." Qamaira menarik nafas lega.

Dia membuka pintu dengan senyuman lebar. Tiba-tiba senyuman nya mati. Dia berundur ke belakang.

Malangnya bukan Harris yang berada di hadapannya.

Harris menghidupkan kereta. Dia mula memandu pulang. Hatinya berasa gembira.

Tiba-tiba satu kereta hitam menuju ke arah nya dan.....

Bummmm!!!!

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now