Epilogue (Last Chapter!)

162 11 0
                                    

Joshua mengeluh. Dia melihat gambar di dalam wallet nya. "Joshua!" Dia berpaling. Dia tersenyum lalu memeluk tubuh lelaki yang menyapa tadi.

"Wah Harris! Nampak makin handsome ya sejak anak 3 ni" usik Joshua.

Harris ketawa. "Alah kau pun apa kurang nya ha! Dengan rambut kemas kalah James Bond! Reena apa khabar?" Joshua menepuk-nepuk bahu Harris.

"Alhamdulillah dia sihat. Sejak dia pregnant ni aduh sakit kepala aku" sabar jelah melayan perangai Reena yang mengandung baru sebulan.

Joshua sebenarnya tak terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan manusia milik Kevin, Jessica dan Khalid. Joshua dalam diam merupakan polis Interpol dari China.

Umur Joshua bukannya sebaya dengan Qamaira. Joshua berumur 31. Dia merupakan seorang polis Interpol yang bekerjasama dengan negara Malaysia. Dia dapat arahan untuk undercover menjadi seorang student di UPSI untuk menyiasat kes Kevin.

Kevin merupakan suspek paling diburu oleh pihak polis disebab kan kes 3 tahun lalu yang iaitu sepucuk pistol di jumpai di semak semasa Joshua menguruskan satu kes kemalangan di yang berlaku berdekatan.

Selam ini dia cuba memikat Qamaira kerana dia dapat tahu yang beberapa anak buah Kevin memerhatikan Qamaira dari jauh. Ini salah satu taktik yang diguna olehnya.

Tentang penculikan Qamaira,dia hanya mengikut arahan pihak atasan. Sebab tu dia menghilang kan diri selepas pihak Harris mengebom satu bangunan di kawasan gudang.

2 bulan kemudian, dia dibawa ke Traders Agent untuk menjelaskan segala yang terjadi kepada Qamaira. Dia tahu semua rahsia Harris memandang kan dia perlu menyiasat kes kematian puan Rosnah.

Dari situ Joshua berbaik semula dengan Harris dan Qamaira. Qamaria agak terkejut yang sebenarnya Reena merupakan isteri kepada Joshua.

Mereka dah berkahwin dulu daripada Qamaira dan Harris. Mereka berdua merupakan polis Interpol yang menyamar sahaja. Semasa perkahwinan Qamaira,Reena memberitahu semua perkara kepada Joshua. Joshua berasa lega. Tak ada lah lepas ni dia perlu menjaga Qamaira setiap masa.

Mujurlah Reena memahami kerja nya yang lebih kurang sama. "Lah yeke. Biasalah tu. First anak memang mencabar sikit. Nak tips tak?" Harris mengangkat keningnya.

Joshua ketawa. "Boleh jugak. Sejak dia mengandung ni dia tak boleh dekat dengan aku kau tahu tak. Asyik nak muntah je. Semalam aku tidur luar" Harris ketawa.

Dia tak ada lah macam Reena. Teruk sangat alahan tu. "Hahaha macam-macam lah perangai perempuan bila dia mengandung. Sabarlah bro" dia menggeleng kepala.

Tentang kes pembunuhan arwah mama nya,Joshua memberitahu dia ditugaskan untuk menyiasat siapa suspek utama nya.

Joshua terkejut apabila Khalid membunuh Puan Rosnah saat Puan Rosnah sedang tidur. Dia dapat lihat dari CCTV hospital yang dijumpai.
Khalid telah mencabut wayar oksigen yang disambung ke Puan Rosnah.

Harris menangis apabila dapat berita tersebut. Memang padan mahkamah jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bila ditanya,Joshua kata motif Khalid membunuh Puan Rosnah kerana dendam kepada keluarga Tan Sri Herman.

Keluarga Tan Sri Herman mempunyai syarikat yang besar dan maju. Jadi Khalid tidak puas hati apabila salah satu syarikat milik keluarga nya dibeli oleh Tan Sri Herman sehinggakan papa nya jatuh muflis.

Dia dan keluarganya menjadi susah sedangkan papa nya yang mempunyai hutang piutang keliling pinggang.
Jadi dia salahkan keluarga Tan Sri Herman.

Harris betul-betul tak percaya kedua-dua kawan yang dia anggap seperti adik-beradik sendiri menikam belakang nya.

Joshua turut simpati apa yang menimpa Harris. Dia berdoa supaya Harris dan orang-orang yang dia sayang sentiasa kuat dalam ujian Allah.
(Psttt... Joshua sebelum kahwin dengan Reena dia agama Christian tapi dia convert ke Islam selepas dia fall in love with Reena. Kiranya dia macam chinese muslim haaa gitu 😂)

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now