Share

72 11 1
                                    

Harris dan Qamaira check out hotel pagi ni.

Mereka berdua berbincang untuk duduk di rumah atau dan nenek Qamaira buat masa sekarang.

Qamaira memandang Harris yang sedang melihat iPad. Harris nampak handsome pulak bila dia pakai baju t-shirt lengan pendek berwarna putih dan seluar track suit berwarna hitam.

Qamaira nak bertanya kepada Harris tentang semalam. Selepas kena bebel dengan Brian,mereka terus pulang ke hotel. Dia pulak dah terlelap di dalam kereta. Bangun-bangun dah pagi.

"Awak" panggil Qamaira. Harris memandang Qamaira. "Ya? Awak lapar ke?" Qamaira menggelengkan kepala.

"Bukan cuma saya nak tanya ermm pasal semalam tu kan..." Brian yang memandu kereta memandang cermin depan kereta.

Harris menelan air liur. Macam mana dia nak bagitahu ni. Complicated sangat!

Brian membuat syarat supaya dia memberitahu hal yang sebenar kepada Qamaira. Tak elok rahsiakan lama-lama.

Harris meletakkan iPad nya ke tepi. Tangan Qamaira dicapai.

"Okay,pasal semalam lelaki yang culik awak tu nama dia Kevin. Dia ni musuh ketat papa,saya dan jugak arwah ayah awak"

"Ha? Dia bukan orang Malaysia ke? Muka dia nampak macam Korea" Harris mengangguk.

"Sebenarnya saya dengan dia kawan baik. Kitaorang jumpa masa dekat Korea. Awak ingat tak saya pernah cakap yang saya sambung belajar dekat Korea?" Qamaira mengiyakan.

"Dia lah punca kenapa saya terlibat dengan Playboy. Dia yang ajar saya.
Dan dia jugak punca mama meninggal." Qamaira terkejut.

"Jahatnya! Tapi apa kena mengena dengan arwah ayah pulak?"

Harris mengeluh. "Ayah awak ada buat business dengan ayah Kevin. One day, ayah dia ada bagitau papa yang dia nak serahkan syarikat dia dekat saya. Kevin ni terdengar. Dia bengang sebab sepatutnya dia lah yang ambil alih sebab tu dia ambil course business dekat Korea."

"Ouh, business apa yang ayah Kevin dengan ayah saya buat? Dadah? Senjata api?" Harris memandang mata Qamaira.

"Bukan tapi penyeludupan manusia" Qamaira tersentak.

Ya Allah dia tak sangka. Dia tak tahu papa nya sekejam ini. Patutlah Kevin nak balas dendam.

"Apa yang paling teruk, Kevin tak tahu business ayah dia dengan awak. Dia bukan tak puas hati sebab nya dia tak diberitahu tapi dia marah sebab nya benda tu salah!"

Qamaira memegang dada nya. Masyallah. Kuatlah dia. Semakin banyak Harris kongsi rahsia yang dia simpan semakin sakit kepala dia.

"Sebab tu saya tak nak bagitau awak. Nanti awak susah hati." Harris mengurut belakang badan Qamaira.

"Tak saya tak kisah pasal Kevin tu. Dia cuma nak hak dia balik. Kenapa ayah Kevin tak serahkan je syarikat tu dekat dia? Kalau tak benda macam ni tak berlaku."

"Sebab masa dekat U dulu prestasi dan pencapaian saya lebih tinggi berbanding Kevin. Tu yang Ayah dia bandingkan saya dengan dia. Saya pernah pesan jangan bandingkan saya dengan Kevin. Dia macam berharap yang saya boleh handle syarikat tu berbanding anak dia sendiri"

Qamaira faham sekarang. Tapi sepatutnya ayah Kevin didik lah Kevin perlahan-lahan. Tu lah jadi nya bila berharap sangat dekat anak.

Mereka sampai di rumah atuk dan nenek Qamaira.

"Nenek dengan atuk saya tak pandai cakap bahasa Melayu tau. Diorang reti cakap bahasa inggeris dengan Turki je." Harris meneguk air liur.

Ha sudah! Dahlah bahasa Korea pun dia tak sepandai Qamaira even dia duduk 4 tahun dekat sana.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now