She come back?! (pt.2)

78 9 0
                                    

Harris cuba membuka matanya tapi sakit di lengannya semakin kuat membuatkan dia tak berdaya.

Darah mengalir di dahinya. Dia meraba-raba seat di sebelahnya.
Cuba hubungi Qamaira.

Tetapi Qamaira tak jawab panggilan nya. Hatinya risau dan bimbang kerana Qamaira sorang di rumah.

Tiba-tiba dia berasa tubuhnya diangkat oleh seseorang. Dia tak pasti siapa tapi dia harap salah seorang daripada Traders Agent.

"Encik Harris! Bangun!" Jay...
"Jay...Maira...emmm" dia pengsan.

Jay panik. Dia menghubungi Vernon dan Brian. "Hello,weh tolong aku! Encik Harris ni dia kena langgar lari.
Okay2. Cepat sikit" Jay dengan segera pergi ke kereta.

Tudung Harris dipapah ke dalam kereta. "Ya Allah siapa yang langgar encik Harris pulak ni?!" Dia bengang.

Tadi dia baru keluar daripada pejabat. Tiba-tiba ada satu kereta proton wira melintasi depan dia dengan laju. Sikit lagi nak kena langgar.

Dia keluar dari parking kereta dan tiba-tiba dia nampak kereta tadi langgar bahagian depan kereta Harris. Nasib baik dia cekap. Dia dapat hafal nombor plat kereta tadi.

Kereta dihidupkan dan di bawa Harris ke hospital.

~.

"Joshua?" Suara Qamaira bergetar. Terlihat Joshua sedang berdiri dihadapan nya dengan senyuman lebar.

"Hi Maira! Lama tak jumpa awak" Joshua ketawa melihat wajah Qamaira yang terkejut dengan kehadiran nya.

"Hi. Erm saya ingatkan Harris" Qamaira menolak sedikit pintu supaya Joshua tak masuk ke dalam rumah.

Dia tak dibenarkan untuk membawa masuk lelaki lain selain Tan Sri Herman dan Harris.

"Ouh. Awak tunggu Harris balik ke? Bukan patutnya dia dah sampai ke?" Jam tangan dikerling seketika.

"Tulah. Erm awak tak boleh masuk sebab saya sorang dekat rumah. Harris pun belum balik lagi. Hmm kita borak dekat belakang rumah saya boleh?"

Joshua bersetuju. Qamaira ikutkan malas nak layan Joshua yang datang pada waktu yang tak sesuai. Tapi dia fikir sebab Joshua pun macam kawan satu universiti dengannya.

Mereka ke belakang rumah. Jus oren dituang ke dalam gelas. "Berapa bulan dah kandungan awak?" Joshua dari tadi perhatikan perut Qamaira yang besar.

Qamaria tersenyum. Perutnya diusap lembut. "Hmm dah 6 bulan. Kejap lagi nak pergi check jantina baby ni."

Joshua teruja. "Wah! Nanti kalau dia dah born in this world saya nak dia panggil saya Uncle Josh. Boleh?" Joshua membuat muka comel.

Qamaira ketawa. "Hahaha boleh je" Joshua tertawa. Tiba-tiba telefon Qamaira berdering.

Dia meminta Joshua menunggu sebentar sementara dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Ya? Ha?! Okay-okay saya datang sekarang" Qamaira tersentak.
Batu je Brian telefon dia. Harris accident!

Belum sempat dia nak berpaling ke arah Joshua,Joshua menekup lain ke mulut Qamaira lalu Qamaira pengsan.

Joshua melihat Qamaira yang lemah di dalam pangkuan nya.
"Don't worry baby,your husband gonna be happy without you okay" Joshua mengusap pipi Qamaira.

Beberapa jam sebelum accident berlaku..

Jessica,Joshua,K,dan Kevin berkumpul di satu bilik.

"Okay,macam aku cakap tadi. Aku dengan K akan langgar Harris. Jessica,kau pulak stand by dekst dalam kereta. Joshua,kau buat-buat nak jumpa Maira dan tekup kain dekat mulut dia. Ubat ni kau tuang dulu dekat kain baru tekup. Faham?" Arah Kevin.

Mereka semua mengangguk dan menjalankan plan yang dirancang tadi.

Joshua yang kecewa dengan Qamaira sebenarnya telah dihasut oleh Jessica semasa dia minum arak di kelab malam.

Jessica memberitahu dia boleh tolong Joshua untuk dapatkan Qamaira semula dan dia boleh dapatkan Harris semula.

Mereka buat deal dan akhirnya Joshua termakan hasutan Jessica tanpa sedar dia hanya dijadikan sebagai kambing hitam.

Setelah K dan Kevin berjaya langgar lari Harris,mereka terus ke rumah Harris.

Beberapa anak buah Kevin sedang undercover business dadah dan senjata api nya.

Jadi ini akan membutakan pihak Harris selepas dia perhatikan kebahagiaan rumah tangga Harris dan Qamaira beberapa bulan akhir-akhir ini.

Mereka membawa Qamair ke satu gudang yang tersorok di dalam hutan yang tebal.

~.
"Alhamdulillah,dia stabil cuma tolong sesiapa tenangkan dia. Dari tadi dia asyik tanya saya mana isteri dia' Vernon mengangguk.

Jay dan Brian duduk tersandar lemah ke dinding. "Sabarlah. Aku rasa siapa punya kerja ni kalau bukan Kevin"

Jay berasa tak puas hati. Dia menumbuk dinding hospital. Brian mengeluh. Jay tumbuk dinding itu berkali-kali sampai Brian bangun dan peluk nya dari belakang.

"Jay! Enough!" Brian menenangkan Jay. Jay terduduk di lantai. Kepalanya serabut. Apa yang payah sangat nak tangkap nate beruk Si Kevin ni!

"Brian, bawak Jay keluar. Aku akan tengokkan Harris." Dia memandang wajah Jay yang menahan marah.

"Jay,aku faham apa yang kau rasa. Tapi sekarang ni aku tak nak pisang berbuah dua kali. Kita tunggu arahan dari pihak Danny dan Tina."

"Kita naik sama-sama,kita kalah sama-sama. Aku tahu kau memang bengang gila babi dah kan? Tak apa kita bagi dia menang. Tengok last sekali who gonna be a real winner" Vernon berkata sambil menepuk bahu Jay.

Jay dan Brian dah pulang. Sekarang tinggal dia dan Harris.

"Vernon,mana isteri aku? Kau tahu kan dia kat mana?" Harris nampak serabut sangat. Dengan rambut yang serabai,butang baju hospital nya tercabut dua dari atas.

"Harris. Sabar. Mengucap and istighfar. Macam ni,sekarang ni tadi Brian pergi rumah kau. Pastu Maira tak ada. Sekarang ni pihak  Traders Agent pun tengah cari isteri kau."

"Brian jumpa satu kain yang tiba-tiba ada dekat taman kau. And fingerprint pun kita orang dah jumpa siapa orang yang culik isteri kau sekarang" dia bengang. Tak sangka orang itu sanggup buat benda-benda macam ni untuk dapatkan Qamaira semula.

Harris meraup wajahnya. "Siapa?" Dadanya turun naik menahan marah. Wajahnya merah. Penumbuk tangan di genggam.

Vernon menarik nafas dalam-dalam.
"Joshua"


MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now