Amanah

100 14 1
                                    

Tepat pukul 12.00 malam tetamu mula bersurai daripada Mansion Daisy milik Tan Sri Herman.

Harris menghempas dirinya di atas sofa. Dia memandang Qamaira yang sedang sibuk mengangkat pinggan mangkuk daripada luar rumah ke dalam rumah.

Daripada tadi dia tak nampak Qamaira duduk. Asyik sibuk je uruskan pinggan di dapur. Selepas mereka turun daripada bilik tadi, usik mengusik daripada abang-abang dan kakak-kakak nya mulai dengar.

"Lama kau dalam bilik? Tak sabar ekkk" usik abang sulungnya, Izzat.
Dia baru sampai dari Australia. Izzat menyambung pengajian ke Australia selepas habis SPM di dalam course business. Afra,isteri Izzat merupakan seorang wanita muslim yang berketurunan Australia. Mereka sudah mempunyai anak seramai 3 orang.

"Eh kau ni bang,melebih pulak. Mana ada" Harris tersengih-sengih. Dia sedikit rapat dengan Izzat berbanding abang-abang nya yang lain.

"Kau ni kan bang,tak habis nak mengusik adik kau dengan adik ipar kita. Meh sini Maira. Jangan malu-malu, kitaorang ni dah termasuk macam family Maira dah." Iman,kakak kedua Harris.

Iman seorang doktor gigi yang bertugas di Singapura. Dia berkahwin dengan Hilman, seorang tukang kebun yang berjaya di Singapura.
Mereka mempunyai anak seramai 5 orang.

Qamaira tersenyum malu lalu duduk di sebelah kakak Harris yang ketiga, Nimra.

"Aah betul apa kak Iman cakap tu Maira. Akak ni tak risau pasal Maira ni adik akak sorang ni Harris. Kau bukan main aku kat Rom panas je telinga tahan orang mengata perangai kau." Nirma mencubit peha Harris. Harris mengaduh sakit.

Harris menyorok di belakang badan Qamaira. Tangannya melingkari pinggang Qamaira.

Qamaira tertawa kecil. Anak bongsu comel betul perangai nya.
"Hahaha,faham je kak." Qamaira mengusap tangan Harris.

"Tak payah menyorok lah dik,kau bukannya kecik. Bini kau lagi kecik daripada kau"Dini yang membawa anak Nirma datang join mereka yang sedang berbual.

Dini seorang je yang belum berkahwin dalam adik-beradik mereka.

"Alah korang ni kecoh lah. Tu dulu lah, sekarang ni aku dah berubah dah. Janji tak buat dah" Tangan kanan diangkat tanda sumpah.

"Ha bagus lah macam tu kalau tak pening si Maira ni. Dia ni dahlah sorang je. Jaga Maira elok-elok" Fawwaz,suami Nirma menyampuk. Kadang-kadang bengang juga dengan perangai adik ipar bongsu nya sorang ni. Budak baru nak matang katanya.

"Okay abang Fawwaz. Kak Indah mana? Tak sampai lagi ke?" Iman bertanya kepada Izzat. Izzat mengeluh. "Belum, faham-faham jelah kalau dah kerja designer interior decoration mana tak sibuk nya. Anak dia tadi pun Rayyan yang pergi ambik. Kalau tak mengamuk lah Wazif." jelas Izzat.

Kalau sibuk pun takkan lah nak ambik cuti untuk kenduri adik sendiri nak berkira. Bukan kerja dengan orang,dia sendiri yang boss.

"Mama!" Suara Nuha menjerit menangis memanggil Afra yang sibuk mengelap meja. Afra merupakan engineer yang berjaya di Jepun.

"Abang tolong kejap tengokkan Nuha. Saya ada kerja ni." Izzat bangun dari sofa lalu mendukung anak nya yang menangis tak berhenti. "Nuha kenapa ni? Abang Mika dengan Abang Muaz buat ke?" Izzat memeluk anak perempuan nya. Payah bila sorang perempuan dua lelaki. Tak ada geng katanya.

Qamaira yang melihat Nuha berasa kesian. Dia mengeluarkan satu batang lolipop daripada seluar Jean nya.
"Nuha" Nuha memandang Qamaira. Bibir kecilnya mengukir senyuman apabila melihat lolipop di tangan Qamaira.

"Kalau Nuha nangis lagi Mak Su Maira tak bagi lah lolipop ni dekat Nuha. Pak Su Harris yang makan nanti" Harris pula membuka mulut nya dengan luas. "Arghhh!! Kalau Nuha nangis Paksu bawak Abang Muaz dengan Abang Mika jalan-jalan petang ni" tambah Harris.

MY LOVE [C] ✓Where stories live. Discover now