Bab 5

252 19 17
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

More than 5 votes untuk new chapter!

🖤🖤🖤🖤

Bum!

"Reel!" Hazreel menekan brek sekuat yang boleh.

Sreeetttt!

Dua buah kereta berlanggar betul-betul di hadapan Hazreel dan Laila. Nafas mereka sudah tidak teratur. Mereka saling berpandangan dan memastikan keadaan Atif, Naufal dan Haura di belakang masih selamat.

"Re-reel... A-aku takut..." Laila menggenggam kuat tangan Hazreel yang berada di stereng kereta.

Lantas, Hazreel memandang Laila dengan dada yang berdebar. Laila menutup mata kerana ketakutan.

Hazreel mengumpulkan sedikit kekuatan. Dia ingin cuba menenangkan Laila.

"Le-la... Kau bertenang... Aku turun pergi tengok kejap apa jadi. Kau tengokkan budak-budak dekat belakang."

Hazreel mengusap kekura tangan Laila bagi menenangkan si gadis walaupun dia tahu itu tidak patut terjadi. Haram woi!

Laila mengangguk laju. Hazreel keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku. Sebelum itu, dia berdiri di sebelah pintu keretanya. Dia mengangkat kedua belah tangannya. Iya, tangannya menggeletar.

Hazreel menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Usai itu, dia melangkah ke arah tempat kejadian itu.

"Astagfirullahalazim..." Hazreel terus mengeluarkan telefon dari seluarnya dan membuat satu panggilan.

"Helo, ada kemalangan di depan simpang Taman Saujana. Minta datang dengan bantuan perubatan, ya? Seorang daripada mangsa kemalangan dalam keadaan tidak sedarkan diri sekarang ni. Terima kasih..." ucap Hazreel.

Kemudian, Hazreel menelefon pula pihak polis. Setelah itu, dia kembali ke arah keretanya. Pintu dibuka dan Laila disapa.

"Laila, okey ta-- eh, Lel! Lel? Lel!"

Terbuntang mata Hazreel melihat Laila seakan tidak bernyawa apabila Laila kaku dengan kepala sudah tersandar ke tingkap kereta.

Ninoninonino!

Sebuah kereta polis menghampiri tempat kemalangan tersebat bersama sebuah ambulans. Hazreel mengangkat kepalanya melihat dua buah kenderaan kerajaan itu sampai ke situ.

"Lel! Kau pun nak tinggalkan aku ke, bodoh? Bangun bodoh!" Hazreel menggoncang tubuh Laila yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.

Hazreel memandang ke arah dua orang anggota polis yang berada di kawasan kemalangan itu. Dia merengus kasar.

Hazreel berdiri dan berjalan menuju ke arah anggota polis tadi.

"Encik..." sapa Hazreel kepada salah seorang daripada anggota polis itu. Dia bersalaman dengan mereka.

"Encik ke yang melaporkan kejadian ni pada pihak kami tadi?" soal seoramg daripada mereka yang bernama Fatih.

"Ya, saya. Saya Inspektor Hazreel dari Bukit Aman. Saya sendiri tahu prosedur bila ada kemalangan macam ni jadi saya nak minta keizinan daripada encik berdua. Saya nak ke hospital sekejap sebab kawan saya dalam kereta pengsan. Nanti saya akan beri keterangan dekat balai. Boleh ya?"

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now