Bab 25

330 23 4
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

Tubuh kaku Syahdan dipandang sepi oleh Hazreel dan Razif. Puan Zira masih menangis apabila mengetahui keadaan sebenar tentang kesihatan anak kawannya itu.

Hazreel dan Razif yang berdiri di hujung katil itu masih cuba untuk menerima berita yang disampaikan oleh doktor yang merawat Syahdan.

"Reel." Hazreel terus memusingkan kepalanya memandang Razif di sebelah dan kening terangkat sedikit. Tangannya masih mendukung anak lelakinya manakala Razif mendukung anak perempuannya.

"We need to talk," kata Razif serius tetapi dalam masa yang sama matanya berkaca. Aww soft-hearted man.

Hazreel faham. Dia mampu membaca mata Razif. Dia memandang Puan Zira dan ibunya diseru. Seraya itu, dia melangkah ke arah ibunya dan dia melabuhkan punggung di birai katil hospital.

"Reel keluar kejap dengan Razif. Ibu stay sini kejap tau," ujar Hazreel sambil mengusap bahu ibunya lembut. Puan Zira mengangguk perlahan dengan senyuman lemahnya. Tangan anaknya yang berada di bahu diusap lembut.

"Okey... Hati-hati ya, anak ibu. Ayyan pun sama..." pesan Puan Zira kepada anak-anaknya.

Hazreel dan Razif sama-sama mengangguk faham. Razif sudah mula membuka langkah untuk keluar daripada wad Syahdan seraya Hazreel sempat melabuhkan bibir di dahi ibunya. Dia tahu ibunya sedih kerana Syahdan sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Dan, aku keluar kejap..." ucap Hazreel perlahan. Dia menganggap Syahdan mendengar bicaranya kerana di matanya terbayang wajah ceria lelaki itu yang sedang tersenyum riang.

Sempat Hazreel mengusap pipi Puan Zira sebelum dia berlalu keluar dan mengikuti Razif. Naufal yang sedikit merengek di bahunya didodoi perlahan. Kelibat Razif di bangku menunggu menarik pandangannya.

"Zif!" Razif melihat Hazreel yang sedang melangkah ke arahnya. Hazreel terus duduk di sebelahnya. Tangannya turut gatal ingin menepuk paha Razif.

"Aku dah nampak muka dia pucat tadi... dia banyak kali sesak nafas depan aku... Batuk tak henti-henti dan paling ketara yang aku perasan, suara dia memang makin garau. Lagi garau dari kebiasaan. Kenapa aku tak sedar semua tu, Reel? Kenapa aku tak sedar perubahan dia?"

Razif mengetap bibirnya menahan esakan daripada terus berbunyi. Haura yang berada di bahunya diusap lembut belakang tubuh bayi kecil itu. She can makes me feel calm eventho she just a little baby girl.

"Takdir Allah kita tak boleh tolak, Zif. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Ini ujian kita. Ujian kita semua. Don't blame yourself, Razif. Adan won't say anything about what had you see on him. Dia sayang kau, dia sayang kita. Adan takkan salahkan kau hanya disebabkan penyakit dia..." bicara Hazreel sambil senyuman pahit cuba diukir di bibirnya.

Razif masih setia bersama air matanya. Dia susah ingin menangis tetapi sekali dia menangis mungkin mengambil masa yang agak lama untuk dia berhenti. Esakannya semakin kedengaran di ruang itu. Matanya dibuka selepas Hazreel menepuk bahunya. Pandangan dikalih ke arah Hazreel.

"Yang pahit ini yang perlu kita telan, Zif. Kita kena kuat untuk dia. Walau apapun yang jadi kita tetap perlu ada dengan dia. Janji dengan aku kau akan setia dengan kami sampai mati, Zif!" kata Hazreel dengan butir-butir jernih yang jatuh ke rahangnya.

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now