Bab 26

313 22 19
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

Adelia membuang pandangannya ke luar tingkap kereta. Hari ini dia akan pulang ke kolejnya setelah beberapa bulan dia terpaksa mengambil cuti atas masalah kesihatan yang dihidapinya.

Fikirannya tidak berhenti memikirkan tentang Hazreel. Matanya berkaca dan hampir menumpahkan air mata yang sudah bertakung.

"Adik..." Adelia terus memandang si pemilik suara itu.

"Ya, bang..." sahut Adelia perlahan.

"Adik abang ni okey ke tidak...? Macam tak suka je nak balik kolej. Kenapa ni... Cuba share dengan abang..." kata Adwa kepada adiknya. Dia mengerling seketika ke arah Adelia.

"Adik nak tanya boleh?" tanya Adelia.

"Tanyalah," jawab Adwa.

"Cinta tu bahaya ke, bang? Salah ke kalau kita jatuh cinta?" soal Adelia dengan kerutan di dahi.

Adwa senyum kecil. Dia tahu tentang adiknya yang sudah jatuh suka dengan salah seorang anak buah ayah mereka.

"Cinta tak bahaya kalau kita bijak dalam mengawalnya. Jatuh cinta tu tak salah tapi kalau kita terlalu cintakan orang tu, itu yang akan jadi salah. Jangan terlalu cinta dan sayangkan seseorang itu melebihi sayang kita kepada Pencipta dan Rasulullah, dik... Cinta itu yang berbahaya kepada kita. Adik tahu kenapa?"

Adelia menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Adwa hanya senyum kecil sambil mata masih fokus dengan pemanduannya.

"Sebab... kalau tiba-tiba orang yang kita sayang sangat tu tinggalkan kita, kita mesti akan sedih dan menangis sampaikan kita lupa. Lupa yang sebenarnya semua yang ada dekat muka bumi ni, hanyalah pinjaman daripada-Nya buat kita yang jahil ni. Manusia tak akan selamanya ada dengan kita, dik. Manusia tak akan pernah kekal. Yang kekal hanyalah Sang Pencipta kita. Allah..."

Adwa berbicara lembut kepada satu-satunya adik yang dia ada setelah ibu dan adik pertamanya pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Tanpa sedar, Adelia menitiskan air matanya dengan senyuman. Lengan abangnya dipeluk erat dan dahi disandarkan di situ. Lebat air matanya mengalir kali ini.

"Thank you, abang." Adwa membengkokkan tangannya dan mengusap sedikit pipi Adelia yang sudah basah itu dengan tangan yang dipeluk itu.

"Delia adik abang, kan. Tak akanlah abang nak biar je adik abang sedih..." balas Adwa perlahan.

Adelia masih tidak berhenti menangis. Bersyukur rasanya kerana dikurniakan abang sebaik Adwa. Dialah kawan. Dialah lawan. Dialah segalanya. Jika dulu, ayah terlalu sibuk untuk dia, Adwa yang akan menjadi ayah untuk dia. Tetapi, sekarang tidak lagi. Ayah sudah menjadi seperti ayah orang lain.

'Tetapi, ayah masih tak boleh lawan cara abang layan adik sejak adik kecil. Abanglah ayah buat adik...'

🖤🖤🖤🖤

Hazreel termenung sendirian di kafe balai itu. Kopi susu ais yang sudah tinggal separuh itu disedut sehingga habis dan kembali bersandar di kerusinya.

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now