Bab 16

177 11 6
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

Pintu terbuka dari luar. Seorang jururawat wanita memberikan senyuman kecil. Dia memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk si pesakit 'menjamu' ubatnya. Semua keluar sebentar dari bilik itu untuk memberikan ruang buat Laila.

"Keda." Aida yang baru saja ingin melangkah keluar bersama dengan Syahdan itu terus berpaling memandang sahabatnya.

"Temankan aku," pinta Laila. Wajah Laila gusar. Seperti ada benda yang sedah dilindungi atau lebih tepatnya disorok daripada pengetahuan semua umat manusia.

"Abang, boleh tak?" soal Aida dengan pandangan sudah dibawa ke arah Syahdan.

Syahdan yang sedang mendukung Atif yang sudah pun terlena itu mengukir senyuman kecil sebelum mengangguk.

"Thank you," ucap Aida sebelum terlanjur memeluk Syahdan. Syahdan terkaku, sama seperti Laila yang sudah ternganga. Sikit lagi je lalat ke langau boleh masuk. Jururawat wanita tadi hanya tersenyum. Takkan nak masuk campur hal peribadi pesakitnya dan kawan pesakitnya, kan?

Aida yang baru saja tersedar bahawa dia terlepas laku di depan orang lain itu terus berlari dan duduk di sebelah Laila. Darah menyerbu wajah putihnya. Tertunduk malu jadinya. Mak! Adik malu!

Syahdan tertawa perlahan sebelum berjalan keluar dari wad itu. Dia duduk di sebelah Hazreel apabila sampai di ruangan menunggu.

"Dan, pehal ibu dengan anak-anak aku tak ikut?" soal Hazreel sambil tangan mendukung Atif yang sedang tidur itu.

"Ibu tak nak ikut. Payah katanya." Syahdan membalas dengan matanya melihat Hazreel yang sedang memangku Atif yang lena itu.

"Haa?" Hazreel mengerut dahinya. Kepala dipaling memandang Syahdan.

"Apa yang payah?" soal Hazreel.

"Ibu kata payah sebab anak kau tu kembar. Ingat senang ke nak jaga anak kembar. Sama umur, sama besar, sama bentuk. Haa semualah sama. Jantina je tak sama." Syahdan bising. Dia mengeluh sekali.

"Semua salah kau, Reel." Razif yang tadinya senyap, tiba-tiba menyampuk. Kepala dipanggung melihat dua manusia di sebelahnya.

"Apahal salah aku pulak?" soal Hazreel dengan kerutan di dahi.

Razif menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar sebelum memusingkan badannya melihat Hazreel di sebelah.

"Salah kau lah. Siapa suruh bagi Nurin dua benih terbaik. Padan muka dapat anak kembar." Razif dan Syahdan meletuskan tawa mereka.

Syahdan menekan perutnya kerana terlalu terhibur. Razif pula menepuk-nepuk pehanya.

"Encik berdua." Syahdan dan Razif berhenti ketawa apabila seorang jururawat menegur mereka.

"Ya?" jawab Razif.

"Boleh tolong senyap sikit tak? Ini kawasan hospital. Tempat pesakit berehat. Bukannya funfair," kata jururawat itu.

"Er... sorry ya," pohon Syahdan. Tangannya disatukan memohon maaf.

Hazreel mengulum tawanya sambil menatap wajah polos Atif. Razif tertunduk malu jadinya. Tangan kanannya menghalang wajah dari dipandang orang. Woi woi malu!

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now