Bab 12

161 14 10
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

Prang!

Dua kepala terus memandang bunyi itu. Syahdan terus bangun dan menuju ke luar rumah.

Kelihatan sebuah pasu bunga telah pecah di lantai luar rumah Syahdan itu. Syahdan melangkah ke arah serpihan pasu bunga yang berterabur itu.

"Kenapa tu, ab-- awak?" soal Aida yang sedikit kekok apabila mengubah ganti nama Syahdan.

"Something is going to be wrong," ujar Syahdan dingin.

Bagaikan deja vu, sesuatu mula bermain di benak fikiran Syahdan.

"Aida," dingin suara Syahdan memanggil.

"Ya?" perlahan saja Aida menjawab. Tidak pernah dia melihat Syahdan dingin seperti sekarang.

"Kau masuk dan jaga baby tu. Aku nak keluar sekejap. Nanti apa-apa, aku call kau," ujar Syahdan dengan nada dingin.

"Okey," Aida berlalu masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci daripada dalam.

Aida mendapatkan Atif yang sedang bermain di mini playground untuk bayi yang berada di satu sudut ruang tamu rumah mereka. Aida membawa anak lelakinya itu masuk ke bilik mereka.

'Lindungi dia ya Allah. Dia adalah nyawaku...'

🖤🖤🖤🖤

"Kau dekat mana?" soal Syahdan yang sedang menelefon Hazreel itu.

"Rumah, kenapa?" Hazreel menjawab dengan soalan.

"Lel ada dengan kau, kan? Minta dia hantar kau pergi kafe yang seingat aku kita selalu lunch dekat situ," ujar Syahdan berbaur arahan.

"Okey,"

Panggilan dimatikan oleh Syahdan. Telefon pintarnya dilempar ke tempat duduk penumpang disebelahnya. Dia memandu ke kafe yang dikatanya tadi.

Hazreel berjalan perlahan-lahan turun ke tingkat bawah untuk mencari Laila.

"Ibu, nampak Lela?" tanya Hazreel kepada Puan Zira yang sedang menjaga Naufal dan Haura.

Puan Zira memalingkan wajahnya untuk melihat Hazreel.

"Laila ada dekat bilik dia. Ada kerja sikit katanya," jawab Puan Zira.

"Okey, masyeh ibu..."

Hazreel berlalu ke bilik yang terdapat berdekatan dengan dapur. Pintu bilik diketuk beberapa kali.

"Kejap!" Laila mencapai selendangnya yang berada di birai katil dan dililit di kepala.

Laila membuka pintu dan terjegul wajah Hazreel yang sudah calar dek kemalangan yang terjadi beberapa hari yang lalu.

"Ada apa?" tanya Laila.

"Kau sibuk ke? Aku nak minta tolong hantar aku pergi jumpa Adan. Kaki aku tak elok lagi ni. Adan pun tak bagi aku drive sendiri," kata Hazreel. Tangannya yang masih elok dibawa naik menggosok belakang tengkuknya kerana segan.

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now