Special Chapter 1

363 23 9
                                    

- Will we able to meet again?-

🖤🖤🖤🖤


Dua garis biru itu dipandang sepi olehnya. Gembira tidak, sedih pun tidak. Perasaannya kosong. Dia keluar daripada bilik air dengan pregnancy test yang masih berada di tangan kirinya.

Dia duduk di birai katil sambil merenung lagi dua garis biru itu. Lantas, air matanya bertakung di kolam matanya.

"Dua bulan, bang... Tapi, kenapa baru sekarang Aida tahu yang abang ada tinggalkan hadiah kecil dalam rahim Aida ni?" Aida mengusap perutnya yang sedikit membuncit itu.

Air matanya jatuh mengalir di wajah. Bergema esakannya di kamar tidur yang dahulunya milik dia bersama suami. Tetapi sekarang hanya miliknya. Sudah sekian lama sejak kali terakhir dia bangun dengan air mata. Tetapi, kali ini. Hari itu kembali!

🖤🖤🖤🖤

Dia terbungkam lalu membulatkan matanya. Double line milik Aida dipandang terkejut bercampur gembira. Tangan Laila automatik naik menutup mulutnya yang terlopong kerana terkejut tadi. Dia memandang Aida dan terus tubuh kawannya itu dipeluk erat.

"Congrats, Da! Aku gembira untuk kau!" ucap Laila teruja. Argh rasa nak nangis pula!

Tetapi, Aida masih kaku. Dia menangis dalam pelukan Laila. Bahu Laila mulai basah dengan air matanya. Sudah dua hari Laila tidur di rumahnya dan menjadi peneman Aida sejak dia sakit tempoh hari.

Hari ketiga, dengan keadaan yang masih sama dan firasat yang kuat, Aida meneruskan niatnya untuk melakukan ujian kehamilan.

"Kuatkah aku nak jaga anak ini tanpa dia, Lel?" rintih Aida bersama esakan yang masih tidak berhenti.

Laila melepaskan pelukan mereka. Wajah sahabatnya yang sudah merah itu dipandang dengan penuh perasaan sebak. Dia menyeka air mata Aida menggunakan lengan bajunya.

"Aida yang aku kenal ialah seorang yang hebat! Dia kuat tempuhi ujian yang Allah turunkan pada dia. Aida yang aku kenal tak mudah mengalah. Aku tahu kau boleh, Da. Aku dah tengok betapa sukarnya perjalanan hidup kau selama dengan dia... Jangan risau, Da... Aku ada dengan kau dekat sini..." ucap Laila sebak.

Nampak saja dia seperti seorang yang kasar tetapi dia masih sama. Dia seorang yang hati tisu!

Aida memandang Laila dengan wajah yang basah. Dia memandang kembali pregnancy test yang berada di tangannya lalu dia melihat semula wajah Laila.

"Janji dengan aku yang kau akan ada dengan aku sepanjang tempoh aku menjaga kandungan ni..."

Aida memegang perutnya yang agak terbentuk bulatnya itu dengan sebelah tangan dan tangan kanannya pula disua ke arah Laila membentuk promise.

Laila tertawa kecil. Dia menyambung jari kelingkingnya dengan Aida.

"Aku sentiasa janji, Da!"

🖤🖤🖤🖤

"Aida pregnant?!" Dia tercengang.

"Nampak muka aku macam menipu ke, Reel?" soal Laila semula.

Razif masih tenang di sebelah Hazreel. Dia menyedut milo ais miliknya sambil mata memandang ke arah Laila.

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now