Bab 14

164 12 14
                                    

🌸Vote and comment
for a new update!🌸

🖤🖤🖤🖤

Hazreel bergegas turun dari tingkat dua. Wajahnya tersangatlah cemas. Dua anak tangga dilangkah terus. Lahh nasib tak jatuh.

"Nak ke mana tu, Reel?" Hazreel berpaling melihat empunya suara itu.

"Laila, bu." Hazreel menjawab pendek saja sebelum melangkah ke pintu rumah. Pintu dibuka kuncinya.

Puan Zira mengikuti langkah Hazreel laju. Dia berdiri di muka pintu dengan wajah sedikit gusar.

"Kenapa dengan Laila, Reel?" tanya Puan Zira.

Hazreel sudah berdiri di sebelah pintu kereta Nurin. Keretanya masih berada di bengkel angkara terlibat dengan kemalangan tempoh hari.

"Kami dah jumpa dia. Reel nak pergi hospital dekat Perak. Dia ada sana," ujar Hazreel sebelum membuka pintu Audi milik arwah isterinya dan memboloskan diri ke dalam.

"Hati-hati, anak ibu..." gumam Puan Zira sambil melambai ke arah kereta anaknya yang sudah memecut laju di jalan tar itu.

Hazreel memandu selaju mungkin. Nasibnya baik kerana jarak antara Perak dengan Kuala Lumpur hanya memakan masa lebih kurang sejam hingga dua jam saja.

'Jangan laju sangat, bang... Bahaya.'

Satu bisikan menembusi gegendang telinga Hazreel. Iya, Nurin.

"Okey, okey..." Hazreel mengurangkan kelajuan pemanduannya. Nafas dibetulkan. Jika tadi nafasnya terlampau laju, kini nafasnya berubah sedikit perlahan.

Tiba-tiba, Hazreel dikejutkan dengan bunyi deringan telefonnya. Satu punat pada stereng kereta yang dipandunya itu ditekan untuk mengangkat panggilan itu. Maka panggilan mula bersambung.

"Kau dekat mana?" soal pihak sana.

"Baru masuk highway. Pahal, Zif?" ujar Hazreel bersama soalan dihujung.

"She's unstable, bro. Sedar pun belum lagi. Banyak tanda dia didera tapi... Alhamdulillah tiada tanda dia diperkosa. Sekarang dia dekat ICU," ujar Razif sedikit lega.

"Alhamdulillah..." gumam Hazreel.

"Adan? How is him now?" tanya Hazreel lagi.

Razif di hospital memandang Syahdan yang sedang duduk di ruangan menunggu hospital itu. Dia berdiri sedikit jauh daripada Syahdan agar kawannya itu tidak mendengar perbualannya.

"He's fine and not fine," jawab Razif seperti sedang bermain-main di taman tema air dengan riang gembiranya.

"Alah kambing. Terus terang ajelah, gila." Hazreel mengeluh. Budak single ni kalau orang serius pun masih nak main-main lagi.

"Alah kau ni, Reel. Sabarlah. Dia okey bila nadi Laila ada semula tadi. Tapi dia tak okey bila doktor kata nyawa Laila tu tinggal nyawa-nyawa ikan je," terang Razif sedikit serius.

Hazreel diam saja. Mata mengerling jam pada skrin kereta itu. Dua pagi.

"Reel, kau drive elok-elok. Aku nak pergi tengok Laila," kata Razif apabila Hazreel hanya senyap saja.

2 | Jagakan Dia [✅]Where stories live. Discover now