Setelah selesai menunaikan solat isyak,mereka keluar dari bilik untuk makan malam bersama umi,abi dan Hanif...setelah semua ahli keluarga berkumpul di meja makan,Abi menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa...
'Amin...'-ABI
Dengan serta merta hanif mencapai senduk nasi yang berada di hadapannya...omar hanya tersenyum melihat gelagat hanif yang dari tadi menahan lapar...
'Apa? Tak pernah tengok orang senduk nasi? Ni hah aku senduk...tengok puas-puas...'-HANIF
'Dia bukannya tak pernah tengok orang senduk nasi,tapi dia tak pernah tengok orang senduk nasi gelojoh macam abang ni! Cubalah pelan-pelan sikit senduknya tu...gopoh-gopoh nak gi mana? Kalau nak cari bini tak apa lah jugak!'-SOFEAH
'Eyh diamlah kau! Kau pun sama jer...bila nak ada anak? Asyik membebel kat aku...'-HANIF
'Udah-udah lah tu...hanif...fia...tak elok gaduh depan makanan nih...awak berdua bukannya budak kecik lagi nak bergaduh depan makanan...masing-masing ada akal fikiran...tau adab makan...'-UMI
'Baiklah umi...'-SOFEAH
Satu jelingan tajam dari fia dihadiahkan kepada hanif...
'Apa jeling-jeling?! Jolok mata tu kang!'-HANIF
'Ish! dah lah membebelnya boleh cepat sikit tak? Orang semua dah lapar...ingat abang sorang jer ke yang lapar? Dari tadi senduk nasi! Lauk kan ada...nak sensuk nasi lama-lama buat apa?haih...'-SOFEAH
Hanif hanya berdiam diri...malas nak berdebat dengan adiknya...lagi-lagi depan rakannya...fia mencapai senduk nasi yang diberikan hanif tadi lalu menyendukkan nasi untuk umi,abi dan juga suaminya...setelah selesai makan malam, omar mencari kelibat hanif...dia melihat hanif sedang termenung di luar...dia menghampiri hanif perlahan-lahan...
'Assalamualaikum abang hanifku sayang...'-OMAR
'Ya allah...kau kenapa omar? Malam-malam pulak dia jadi macam ni...buat terkejut aku jer...'-HANIF
'Hahah saja jer...kau buat apa malam-malam ni? Termenungkan apa? Bakal istri ke?'-OMAR
'Ooo...kau...kau dah kawin boleh pulak cakap macam ni ea...dulu sebelum kawin banyak alasan kau bagi kan..cakap belum bertemu jodohlah apa lah...bila dah kawin...aku pulak jadi mangsa!'-HANIF
'Hehe janganlah marah sangat...aku gurau jer...tapi betul lah kau termenungkan apa?'-OMAR
'Takde apa hah...saja amik angin...kau dengan fia macam mana? Okey?'-HANIF
'Okeylah jugak...lebih baik dari apa yang aku sangka..'-OMAR
'Fia tu senang jer orangnya...dia penurut and betanggungjawab...kalau dia seorang istri...maka dia akan pegang amanah seorang istri and akan melakukan tanggungjawab seorang istri...so tak payah risau pasal dia...dia tu orangnya simple...kalau kau nak dia nak kalau kau x nk dia pun x nk...hah lebih kurang macam tu lah...'-HANIF
'Yup...aku pun nampak jugak sifat tanggungjawab dia tu...hurmm...'-OMAR
'Tapi aku nak mintak kau satu benda,tolong jaga fia sebagaimana kau jaga nyawa kau sendiri...yer memang dia banyak menyakitkan hati...tapi percayalah dia sakitkan hati seseorang itu...bersebab...dia ada sebab tersendiri...so terimalah kalau dia sakitkan hati kau...kadang-kadang kau pun perlu tegur dia jugak...bila dia salah, tegurlah dia...jangan biarkan dia melakukan kesalahan yang sama hanya kerana dia tak tahu apa kesalahan dia..okey?'-HANIF
'Baiklah...pasal fia kau tak perlu risau...aku akan cuba yang terbaik untuk hidup dengan dia...'-OMAR
YOU ARE READING
PEMILIK HATI
RandomPerjodohan omar dan sofeah membuat Alif kecewa dengan keputusan keluarganya... ' kalau aku masih kawan bagi kau...maka teruskanlah anggap aku kawan dan tidak lebih supaya kau tak akan kecewa dengan keputusan yang aku buat'-SOFEAH 'aku bukan tak n...