"Jadi, Haruto. Buka buku sejarah kamu, muka surat 45."Haruto mengangguk perlahan sebelum membelek buku yang diminta guru peribadinya, dia menatap skrin komputer yang mempamerkan wajah gurunya yang sedang mengajar melalui komputer.
Jadi inilah Haruto, seorang remaja yang belajar di rumah sementara remaja-remaja sebayanya pergi ke sekolah dan bergaul dengan rakan rakan yang lain. Bukan pilihan Haruto untuk belajar di rumah dengan guru peribadinya yang dibayar ibunya.
Dia terpaksa.
Dia terpaksa kerana dia sakit. Sudah bertahun tahun keluarganya menghantarnya pergi hospital untuk merawat penyakitnya.
Kata doktor Haruto hampir sihat.
Tapi tetap saja, dia benar benar bosan di rumah.
Haruto membuang pandang ke arah luar tingkap yang berhampiran dengan meja belajarnya. Dia menghela nafas memikirkan nasibnya dan membiarkan gurunya bersuara sendirian.
Netra matanya jatuh pada seorang lelaki beruniform sekolah yang sedang berjalan ke arah berlawanan dengan rumahnya, mungkin lelaki itu baru pulang dari sekolah.
'Dia lagi...'
Bisik Haruto sambil memerhati sosok tersebut.
Memang setiap hari, Haruto dapat lihat lelaki itu pulang dari sekolah dengan wajah dinginnya melalui tingkap bilik Haruto. Lelaki itu selalu berjalan sendirian, mungkin dia tiada kawan....sama seperti Haruto.
Deg.
Pandangan mereka bertemu saat lelaki misterius itu menghentikan langkahnya dan berpaling tepat pada tingkap bilik Haruto di mana pemuda jepang itu sedang duduk.
Anak mata mereka bertemu lama, Haruto jadi hairan kenapa lelaki itu menatapnya lama. Ah, dia mungkin sedar akan kehadiran Haruto yang selalu melihatnya melalui tingkap kecilnya.
Kerana Haruto rasa kurang selesa diperhatikan lama seperti itu, dia melambai tangan ke arah lelaki itu dengan senyuman yang ceria.
Sorot mata lelaki itu berubah dingin melihat reaksi Haruto, dia memasukkan tangannya ke dalam poket lalu meninggalkan kawasan itu tanpa membalas lambaian Haruto.
Haruto berdecit perlahan, sombong punya orang!
"Haruto, berhenti mengelamun."
Sergah si guru yang dari tadi lagi memerhati tingkah lakunya. Haruto menyengir malu. "Maaf, pak."
Si guru menggeleng kepala lalu mengulangi balik apa yang di ajarnya. Dia sudah hafal sangat dengan sikap Haruto yang suka mengelamun saat kelas Sejarah.
.........
Haruto meremat perlahan hujung baju sekolahnya, dia menatap rakan sekelas barunya yang sedang menatapnya balik. Antara rasa gugup dan rasa berdebar itu yang dirasakannya saat ini.Tahun ni usianya meningkat 17 tahun dan ibunya sudah membenarkan Haruto pergi sekolah.
Pada mulanya Haruto fikir ianya berita yang baik tapi bila difikirkan semula....dia tak pernah ada kawan setelah sekian lamanya terkurung di dalam rumah dan ianya pasti canggung untuk dia bergaul dengan yang lain.
Haruto tak kenal mereka semua ni, memang setiap tahun Haruto akan mengambil ujian di rumah saja tapi mungkin tahun ni agak berbeza.
Wendy, guru kelas Haruto perasan tatapan gugup dari pelajar itu.
"Jadi ini Haruto. Kamu mungkin pernah dengar cerita tentang dia dari guru mata pelajaran kalian yang lain. Sebelum ni dia hanya belajar di rumah saja...harap kalian bantu Haruto, ya."
Ucap Wendy sambil tersenyum lembut.
"Baik cikgu!"
Jawab mereka semua.
Haruto menundukkan kepalanya, sungguh ini kali pertama dia berada di khalayak ramai setelah bertahun tahun.
"Haruto. Ada dua tempat kosong dalam kelas ni..." Kata Wendy perlahan.
Haruto mendonggakan wajahnya dan melihat dua tempat kosong di belakang.
"...satu meja bersebelahan Yoshi dan satu lagi bersebelahan Jeongwoo. Kamu pilih meja mana yang lebih selesa."
Ucap Wendy sambil menunjuk dua tempat kosong itu.
Netra mata Haruto jatuh pada seseorang yang cukup familiar di ingatannya. Lelaki itu duduk di tepi tingkat dan meja bersebelahannya kosong.
'Jadi namanya Jeongwoo...' Batin Haruto.
Lelaki itu--Jeongwoo, orang yang selalu Haruto lihat melalui tingkap kecilnya dahulu. Tidak dia sangka mereka sekelas rupanya.
Dengan senyuman yang lebar Haruto menuju ke arah tempat duduk barunya.
"Haruto...pst..."
Haruto melihat ke arah pelajar yang disebut Yoshi tadi--dia menepuk meja bersebelahannya, mengajak Haruto duduk bersebelahannya.
"Maaf."
Guman Haruto perlahan sebelum duduk tepat di samping Jeongwoo yang mendapat tatapan terkejut dari seluruh kelasnya.
Mata Yoshi membesar melihatnya, dia menggeleng laju pada Haruto. 'Dia tentu tak tahu sebab dia masih baru.' Batin Yoshi.
Rakan sekelas nya yang lain sudah memberi isyarat mata pada Haruto berkali-kali supaya cepat menukar tempat duduk secepat mungkin.
Namun Haruto tak melihatnya. Dia lebih fokus melihat deskmate barunya yang sedang membuang pandang ke luar tingkap tanpa mempedulikan kehadirannya.
"Masih ingat aku...Jeongwoo."
Kata Haruto dengan nada suara yang perlahan sambil mengeluarkan buku mata pelajaran.
Jeongwoo diam dengan wajah datarnya.
Jeongwoo lebih memilih fokus ke hadapan daripada mempedulikan Haruto yang sudah mendengus kesal kerana di abaikan.
'Dia masih sama seperti hari-hari yang aku lihat dulu...sombong!' Batin Haruto geram.
Bersambung
26072021
________
Thanks sudi vote dan baca ^_^
KAMU SEDANG MEMBACA
School Life : Psycho
Fanfiction"Haruto, lebih baik kau jauhi Jeongwoo." Orang kata Jeongwoo itu gila tapi Haruto kata pemuda Park itu baik-baik saja. Benarkah? genre; thriller, friendship 🧷notes; harsh word, dark story, bullying scene, psycho character 🧷start; 26/7/2021 end...