09 ::

611 90 75
                                    

"Jeongwoo, kau tak rasa Cikgu Bobby itu bersikap aneh hari ni? Kenapa hari ni dia tidak denda Andwew seperti biasa

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Jeongwoo, kau tak rasa Cikgu Bobby itu bersikap aneh hari ni? Kenapa hari ni dia tidak denda Andwew seperti biasa."

Kata Haruto sambil mencebikkan bibir, hairan dengan sikap gurunya yang tidak semarah seperti biasa.

Jeongwoo terkekeh. "Mungkin mood dia elok hari ni." Kata Jeongwoo.

Rasanya sudah masuk 1 bulan mereka bersahabat dan Jeongwoo semakin bersikap baik dengan Haruto walaupun dia masih lagi bersikap dingin terhadap rakan sekelas mereka yang lain.

Seperti biasa, mereka berdua akan melepak di anak tangga setelah waktu sesi pulang.

"Betul jugak, aku dengar dia akan kahwin tak lama lagi. Mungkin itu sebabnya." Balas Haruto sambil tersenyum aneh.

Jeongwoo tersenyum manis sambil mengusap surai rambut Haruto hingga lelaki itu berdecit perlahan kerana rambutnya berantakan atas perbuatan sang sahabat.

Deg.

Senyuman yang terpamer di wajah Jeongwoo perlahan-lahan pudar saat anak matanya jatuh pada permukaan leher Haruto yang terlihat kesan jari seolah olah ada seseorang yang baru saja mencekik leher pemuda itu.

Jeongwoo menyentuh leher Haruto dengan tatapan datar. "Siapa yang lakukan ni?" Soal Jeongwoo perlahan namun kedengaran tegas di telinga Haruto.

Yang ditanya meneguk ludahnya kasar, apa yang harus dia katakan pada Jeongwoo?

"T-tidak ada apalah. Ini hanya kesan jari dari rakan kelab buku aku, mereka suka bergurau."

Ucap Haruto sambil tertawa paksa dengan senyuman yang dibuat-buat, cuba menyembunyikan kebenaran dari ucapannya tadi.

Kebenaran bahawa dia dibuli oleh budak kelas sebelah tanpa pengetahuan Jeongwoo.

Haruto tak nak Jeongwoo terlibat dalam masalahnya, cukup saja Jeongwoo dijauhi penghuni sekolah kerana dia anak pembunuh.

"Oh, mereka tentu sungguh nakal hingga bergurau mencekikmu seperti ini." Jeongwoo ikut tertawa atau lebih tepat menyindir.

"J-jeongwoo....ini bukan kesan kena cekik. I-ini cuma...erm..."

Sial, Haruto kehabisan alasan untuk berbohong. Apa yang harus dikatakannya sekarang ni?

"Haruto, lebih baik jujur dengan aku. Hmm, apa yang terjadi?"

Soal Jeongwoo serius sambil meraih dagu Haruto lalu mendekatkan wajah mereka, menatap intens anak mata Haruto.

Sungguh, Haruto tidak boleh menipu jika begini tapi...mengatakan kebenaran juga dia tak sanggup.

DEG!

Sontak itu, Haruto menolak kasar tubuh badan Jeongwoo supaya menjauh darinya lalu dia bangkit berdiri dengan anak mata yang bergetar.

Yang ditolak hanya mendiamkan diri sambil menatap datar Haruto.

"Tiada apa-apalah, ini hanya luka kecil. Tak serius." Ucap Haruto penuh penipuan di sebalik wajah tampannya.

School Life : PsychoTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang