Please play this song while reading this chapter
Hari ni sudah masuk 3 hari Haruto bersekolah di sini dan dia masih lagi tiada kawan! Bagaimana dengan Keum dan Yoshi?Ah, Haruto rasa kurang selesa berkawan dengan mereka berdua kerana Keum dan Yoshi mengatakan hal yang buruk tentang Jeongwoo tempoh hari. Padahal Park Jeongwoo itu kelihatan normal saja di matanya.
Ya, Jeongwoo mungkin bersikap dingin dengan Haruto tapi itu tidak bermakna dia jahat, kan?
Kerana terlalu asik di dalam fikirannya sendiri dia tidak sedar yang dia sudah berada di atas rooftop bangunan sekolah.
Di mana dia sekarang ni?
Deg.
Anak mata Haruto jatuh pada sosok yang cukup dikenalinya sedang merokok di rooftop dengan santai sambil menghembuskan asap rokok berkali-kali. Mata haruto membesar, lelaki ini tentu sudah gila! Merokok? Di kawasan sekolah macam ni?
"Park Jeongwoo!"
Sontak itu, Haruto berlari mendekatinya lalu menepis batang rokok yang berada di dalam gengaman pemuda Park itu. Dia memijak benda haram itu bagi mematikan apinya.
"Kau dah tak sayang nyawa, hah?!Merokok tidak baik untuk kesihatan kau." Kata Haruto dengan nada suara yang tinggi.
Jeongwoo mendengus kesal lalu menolak kasar tubuh Haruto hingga terhimpit pada dinding.
BANG!
Sorot mata Jeongwoo memandang datar ke arah wajah Haruto, tangannya yang lain bergerak mengcekam pergelangan tangan Haruto.
Jeongwoo mendekatkan mulutnya pada telinga Haruto lalu membisikkan sesuatu.
"Jika aku mati kerana rokok, itu bukan urusan kau, kan?"
"J-Jeongwoo...." Sial nafas Haruto tidak teratur saat ini. Dapat dia rasakan hembusan nafas Jeongwoo menyapa hangat telinganya.
"Jawab, itu bukan urusan kau, kan? Hmm?" Soal Jeongwoo lagi sambil mendekatkan jarak antara wajah mereka berdua.
Haruto meneguk ludahnya kasar sambil menatap anak mata Jeongwoo dalam sebelum menggeleng perlahan.
"Jadi berhenti menganggu urusanku, budak baru."
Jeongwoo melepaskan tangannya dari lengan Haruto dan setelah itu Jeongwoo berlalu pergi meninggalkan Haruto yang sedang mengatur nafas sedalam yang mungkin.
"Kasihan Jeongwoo, dia tentu rasa stres sebab tiada kawan hingga menghisap rokok bagi menghilangkan rasa kesunyiannya."
Cibir Haruto perlahan.
Haruto yang malang, dia masih lagi berfikir Jeongwoo itu orang yang baik.
.........
Pelajar lelaki yang bernama Wish itu membuka kelopak matanya, netra matanya jatuh pada kedua belah pergelangan tangannya yang terikat kemas pada kepala katil. Badannya terbaring kaku di atas katil yang tidak berlapik itu."Sudah bangun, hmm?"
Pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang sedang memakai sarung tangan sambil menyusun sesuatu di atas meja.
'Tunggu--itu bukan kapak?!' Batinnya.
Melihat keadaanya sekarang dia tahu ajalnya akan tiba tak lama lagi. Melihat dari uniform sekolah lelaki itu--Wish tahu yang lelaki itu bukan dari sekolahnya.
Mereka bersekolah di tempat yang berbeza. Itu bermakna Wish memang tidak mengenalnya.
"T-tunggu, s-siapa k-kau?"
Soal Wish dengan nada suara yang terketar ketar, anak matanya membesar saat matanya bertembung dengan anak mata milik Jeongwoo.
Lelaki itu tersenyum. "Sudah ingat aku?"
"K-Kau!" Wish cuba untuk bangun namun ikatan pada kaki dan juga tangannya terlampau kemas.
Wish ingat lelaki ni--dia tidak sengaja memijak kasut pemuda ini waktu pergi ke kedai buku semalam, memang salah dia sebab pijak kaki pemuda ini dan berteriak marah pada lelaki ini tanpa sebab yang logik.
T-tapi...bukankah membunuh orang kerana kesilapan kecil itu melampau?!
Jeongwoo mendekatinya dengan seringgai kecil lalu meraih dagu pemuda itu. "Kau patut mati kerana berpelakuan kasar kepada aku semalam." Tawanya sambil meraih sebilah pisau yang dia letak di atas meja.
Kepala Wish tergeleng geleng dengan tubir mata yang panas. "T-tak! Kau gila! Itu hanya kesilapan yang kecil saja! T-tenang...ini bukan cara yang betul--"
PLAK!
Jeongwoo memutar bola matanya malas lalu menampar keras pipi Wish bagi mendiamkannya.
"Kesalahan tetap kesalahan! Kau harus dihukum!"
"Kau fikir dengan membunuh aku ini cara yang benar?! Kau juga melakukan kesalahan!" Wish berteriak marah pada Jeongwoo.
"DIAM!"
Jeongwoo menarik bibir Wish kasar lalu menyiatnya dengan anak pisau yang baru saja di asahnya tadi.
"Arghhmmm...."
Wish memekik kesakitan, bibirnya berdarah bercampur dengan air matanya. S-sungguh...ini benar benar menyakitkan.
Jeongwoo tertawa keras melihat Wish menjerit kesakitan. "Tenang, aku baru bermula kau sudah menangis. Dasar lembik."
SKATH
Baju uniform lelaki itu ditarik hingga berkoyak, Jeongwoo menyentuh permukaan kulit Wish dengan senyuman lalu mengukir sesuatu menggunakan pisau yang berada di dalam gengamannya.
"J-jika...a-aku m...mati...k-keluarga...a-aku p-pasti...mencariku!" Lirih Wish dengan dada yang sesak, cuba menahan rasa sakit saat anak mata pisau menyentuh seluruh kulitnya.
Jeongwoo tertawa psikopat. "Jangan risau...keluarga angkat aku telah menyelesaikannya. Mereka telah mendiamkan ibubapa kau hanya dengan wang."
Kata Jeongwoo dengan tawa yang tertahan.
Ya, keluarga angkatnya menyokongnya membunuh orang. Mereka benar benar menyangi Jeongwoo hingga merahsiakan semua bukti dan juga jejak yang ditinggal Jeongwoo saat dia membunuh seseorang.
Tubir mata Wish semakin panas, jadi nilai wang lebih penting dari nilai nyawanya bagi keluarganya.
"Hiks...b-bunuh saja a-aku...tak guna!"
"Dengan senang hati."
Jeongwoo mengambil kapak kesayangannya lalu menghayungnya kuat...
KLAKCK!
Dan setelah itu darah memercik hingga membasahi wajah Jeongwoo. Sorot matanya yang dingin menatap tubuh badan Wish yang kaku dengan kepala yang terbelah dua.
Bersambung
27072021
_______
Maaf jika cerita ni agak erm...pelik. Author dapat ilham idea ni semalam lepas bangun tidur ^_^
KAMU SEDANG MEMBACA
School Life : Psycho
Fanfiction"Haruto, lebih baik kau jauhi Jeongwoo." Orang kata Jeongwoo itu gila tapi Haruto kata pemuda Park itu baik-baik saja. Benarkah? genre; thriller, friendship 🧷notes; harsh word, dark story, bullying scene, psycho character 🧷start; 26/7/2021 end...