02 ::

1K 132 15
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


KRING!

"Weh Haruto. Kau patut duduk bersebelahan dengan aku."

Bel loceng yang menandakan waktu rehat baru berbunyi.

Seorang lelaki yang tidak dikenalinya datang menyuruh Haruto secepat mungkin memukar tempat duduk.

"T-tapi kenapa?" Soal Haruto canggung.

"Maaf tiba tiba gesa kau. Nama aku Yoshinori, kau boleh panggil aku Yoshi. Lebih baik kau tukar deskmate sekarang."

Kata Yoshinori atau buasa dipanggil Yoshi.

"Ini bukan waktu berkenalan. Yoshi, kau sudah beritahu dia tak?"

Sergah seorang lelaki yang baru saja muncul di belakangnya, dia merangkul bahu Yoshi.

"Belum." Jawab Yoshi.

Sekali lagi, Haruto benar benar bingung dengan ucapan mereka. Apa yang sedang berlaku sebernanya?

"Aku Keum."" Ucap pelajar lelaki yang memakai nametag Keum itu.

"Sebernanya aku rasa lebih baik kau tukar tempat. Rakan semeja kau tu berbahaya...." Nada suara Keum mengecil di akhir kata, mujur saja Jeongwoo sudah keluar dari kelas tadi lagi.

"Apa maksud kau?" Soal Haruto, masih lagi bingung.

"Begini..." Yoshi mendekatkan kepalanya pada wajah Haruto.

"Park Jeongwoo tu bukan orang yang baik. Ada gosip mengatakan yang dia tu anak kepada pembunuh, kedua dua ibu bapa kandungnya sedang terperangkap dalam penjara atas kes pembunuhan bersiri..."

Ucap Yoshi dengan nada suara yang cukup perlahan. Haruto diam, masih lagi fokus mendengar cerita dari mereka berdua.

"Setelah itu, dia dibawa ke rumah anak yatim. Aku dengar cerita dia pernah menuang minyak panas pada wajah anak anak yang lain. Selepas beberapa tahun, dia di ambik menjadi anak angkat dari orang kaya."

Sambung Keum sambil menghentak meja dramatik.

Haruto menghela nafas. "Berhenti mengatakan hal yang mengarut. Aku lihat dia orang yang baik-baik saja." Balas Haruto tak terima.

Walaupun ini baru kali pertama Haruto bertembung secara dekat dengan sosok yang selalu dia perhatikan, Haruto percaya yang Jeongwoo orangnya baik baik saja.

Haruto masih ingat lagi, Jeongwoo selalu pulang sendirian seolah olah dia tidak punya sahabat untuk di ajak bersembang. Mungkin ini puncanya, khabar angin yang belum dipastikan tersebar dan membuatkan lelaki itu sentiasa dijauhi.

Tiba tiba Haruto jadi kasihan pada Jeongwoo. Tentu rasanya sesak bila semua orang menjauhinya, Haruto tak boleh bayangkan kalau dia berada di tempat Jeongwoo.

"Haruto... ada rumor yang mengatakan dia tu gila..."

"Cukup, aku tak nak dengar. Jangan percaya sangat khabar angin yang kita belum pasti tu."

Kata Haruto sambil menyilang tangannya ke dada dengan tegas dengan bibir yang mencebik geram.

Yoshi dan Keum terdiam, tidak tahu lagi macam mana hendak memujuk Haruto supaya menjauhi Jeongwoo.

Haruto bangkit berdiri. "Aku ingin pergi ke tandas sebentar." Pamitnya lalu berlalu pergi meninggalkan Keum dan Yoshi yang sedang berpandangan.

"Kenapalah dia terlampau polos." Keluh Keum sambil menggeleng kepala, tak habis fikir tentang classmate baru mereka.

"Entahlah."

"Tunggu sebentar, dia tahu tak arah tandas mana?" Soal Keum, hairan melihat Haruto dengan yakinnya mengambil langkah keluar dari kelas.

"Mungkin tak."

.........


Yoshi berniat untuk mencari Haruto, dia risau yang pemuda itu akan tersesat di sekolah ini. Cikgu Wendy pernah berkata yang Haruto tidak pernah berinteraksi dengan orang luar sebelum ni.

Anak mata Yoshi bergerak gerak melihat keadaan di dalam tandas namun nihil, tiada sosok budak baru itu.

"Ah, dia mungkin pergi tandas yang sudah lama ditutup." Guman Yoshi, dia baru teringat tentang tandas lama yang terletak di belakang bangunan sekolah berhampiran dengan hutan.

Tandas lelaki itu sudah lama tutup atas sesuatu alasan.

Akhirnya Yoshi pergi ke kawasan terlarang itu tanpa ragu ragu. Mungkin dia terlupa dengan amaran Keum tentang khabar angin buruk tentang tempat itu.

TAP!
TAP!

"....meo.....ww....mmmm..."

Alis Yoshi terangkat saat mendengar bunyi yang pelik datang dari tandas lama itu. Dia mengintai melalui celah pintu kerana rasa takutnya mendengar suara seseorang sedang tertawa.

Deg.

Pandangan Yoshi jatuh pada seorang lelaki yang sedang mematahkan leher seekor kucing hitam di dalam singki tandas tanpa rasa bersalah.

Sontak itu Yoshi menekup mulutnya, apa yang baru saja dia lihat tadi?!

Lelaki itu―Park Jeongwoo tertawa perlahan sambil mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu dia menyiat kulit serta bulu kucing itu dengan seringgai kecil.

"Meowww....ww..."

Darah kucing itu memercik pada wajah Jeongwoo saat anak mata pisau menekan permukaan kulit kucing itu dengan dalam. Jeongwoo tertawa gila saat mendengar tangisan kucing kecil itu.

Kucing hitam itu benar benar dibuat jahat oleh Jeongwoo, ekornya ditarik lalu digunting Jeongwoo dengan tawa yang semakin meledak.

KLAK!

Dengan sekali hentakan, Jeongwoo mematahkan kepala kucing hitam itu. Mata bulat hijau milik kucing hitam itu terbeliak kaku.

Jeongwoo mengeliat lalu menghidu bau hanyir darah milik si kucing.

"Ah, menyenangkan."

Ucap Jeongwoo dengan tawa yang tertahan.

Yoshinori―lelaki itu dari tadi lagi tidak bergerak. Tubuhnya terasa benar benar kaku saat melihat kejadiaan ini secara live.

Ianya benar benar menyeramkan....perutnya terasa mual.

Tanpa membuang masa, Yoshi berlari pergi dari kawasan itu dengan dada yang sesak. Rasanya khabar angin itu benar, Jeongwoo sememangnya gila!

Dan sejak hari tu, Yoshi selalu mendiamkan diri saat teman temannya yang lain sedang bergosip tentang Jeongwoo.

Yoshi mengunci mulutnya kerana dia pernah melihat kejadian tu secara live.


Jeongwoo bukan gila tapi...psycho.

Bersambung

27072021

_____
Thanks sangat pada readers yang sudi baca dan vote cerita ni. Double update hari ni ^_^ sebab author agak rajin hari ni.

School Life : PsychoTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang