07 ::

699 97 6
                                    

Jeongwoo memandang Haruto yang terbaring di atas katil bilik UKS sekolah dengan lena, wajah lelaki itu kelihatan pucat tak lupa juga dengan keringat yang masih membasahi dahinya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Jeongwoo memandang Haruto yang terbaring di atas katil bilik UKS sekolah dengan lena, wajah lelaki itu kelihatan pucat tak lupa juga dengan keringat yang masih membasahi dahinya.

Petugas UKS sekolah yang bernama Rose tadi sempat memberitahunya Haruto ada phobia darah, mungkin itu sebabnya dia kelihatan panik tadi.

Senyuman tipis terpamer di wajah tampan Jeongwoo, dia mengusap surai rambut Haruto perlahan. 'Kenapa dia selalu saja muncul...' Batin Jeongwoo.

Sejujurnya, Haruto adalah orang pertama yang berani mengajaknya berkawan. Jeongwoo sebernanya sudah lama ingin mempunyai kawan lelaki seperti orang lain namun...dia abaikan hasratnya mengingatkan yang dia tidak boleh sesiapa pun dalam dunia ni.

"Hei, Jeongwoo. Ingin berkawan dengan aku?"

Kata kata Haruto tempoh hari yang lalu terbayang berkali kali di ingatannya, pantas Jeongwoo menggelengkan kepala laju. Cuba menepis fikiran baiknya terhadap Haruto.

'Kau tentu sudah gila, Jeongwoo. Berhenti memikirkannya.' Batin Jeongwoo.

Setiap hari, setiap saat dan juga detik Jeongwoo pasti akan mengingatkan dirinya untuk tidak mempercayai siapa pun di dunia ni. Manusia tidak boleh dipercayai, mereka hanya memasang topeng di sebalik wajah baik mereka.

Ini salah satu punca Jeongwoo tidak pernah berkawan, dia tidak pernah mempercayai sesiapa pun. Sudah terhafal di dalam memorinya 'semua manusia jahat' termasuklah dirinya yang telah banyak kali menyentuh darah kotor.

"Argh...."

Perhatian Jeongwoo jatuh pada Haruto yang baru tersedar. Pemuda jepang itu memegang kepalanya yang terasa pening.

Ada sedikit reaksi terkejut terpamer di wajahnya saat menyedari kehadiran Jeongwoo di sisi katil. "H-hai..." Ucap Haruto kekok.

Jeongwoo tidak membalas sampaannya seperti biasa, sebaliknya menghulurkan sebotol air mineral yang ditaruh di atas meja tadi. "Minum lepas kau rasa benar benar tenang...." Ucap Jeongwoo.

Haruto mengangguk kaku sambil menyambut huluran lelaki itu.

Jeongwoo menatap lama wajah damai Haruto membuatkan pemuda Jepang itu terasa risih. "A-ada apa? Jangan menatapku seperti itu." Kata Haruto.

"Aku ada banyak soalan yang ingin di tanya sekarang ni." Kata Jeongwoo serius.

Haruto menyengir.

"Daebak, ini kali pertama kau mahu berbicara denganku." Ucap Haruto dengan wajah yang cerah.



"Macam mana kau boleh tahu aku ada di gudang sekolah tadi?" Soal Jeongwoo.

Haruto menunduk sambil memainkan jarinya dengan senyuman nipis. "Maaf jika aku selalu menyibuk urusanmu....tadi aku tidak sengaja mendengar junior memberitahumu untuk pergi ke gudang sekolah..."

School Life : PsychoTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang