"Au Mix, lamanya kau pergi ambil air" kata Krist sambil mengambil air yang dibawa oleh Mix.
"Aku pergi tandas sekali tadi" balas Mix tapi Krist perasan mimik muka Mix berubah selepas mengambil air di dapur.
"P'Earth, pergi mana tadi?" Tanya Krist kepada Earth yang baru sahaja datang.
"Phi pergi jumpa Mae sekejap tadi, Mae datang dengan Pho" balas Earth. Krist hanya membalas dengan anggukan. Singto sedang sibuk berbicara dengan telefon bimbitnya sambil itu melirik sesekali kepada tunangnya.
"Oh ya Mix, aku dapat mesej dari Gun. Katanya lagi dua minggu dia dan Off akan bertunang" kata Krist.
"Yer eh. Bagus lah tu, dah lama diorng bersama. Tak silap aku,diorang couple pada hari yang sama aku couple dengan si p'Arm dulu. Tapi sekarang aku dengar cerita pula p'Arm dah pindah ke Itali sebab dia dapat kerja di sana" balas Mix sambil memaksa senyum.
"Haah, p'Arm dah pindah ke Itali sebab dia dapat job kat sana. Lagi pun p'Arm kan rapat dengan p'Tay n si Off" kata Krist lagi.
Earth yang berada di situ hanya mendengar ocehan Krist dan Mix sambil tersenyum, tapi dia perasan yang air muka Mix berubah apabila sebut nama Arm.
"Jadi nya kalian memang dah kenal ya dengan Tay, Off, Singto, New dan Gun?" Tanya Earth untuk menceriakan keadaan.
"Haah, kami dah kenal dari tahun pertama di universiti dan tahun kedua untuk p'Tay n p'Singto. New dan Gun pula, mereka baru pindah ke universiti kami masa akhir bulan tahun pertama. Tapi tak silap saya lah Phi, Off n Gun dah kenal lama then diorng terpaksa berpisah sebab Gun pindah ke luar negara" kata Krist panjang lebar.
"Yeap, P'Tay n New couple masa New ditahun kedua dan p'Tay tahun ketiga. Si Krist dan p'Singto pula, diorng dah couple dari sekolah menengah lagi" tambah Mix pula. Krist hanya tersenyum apabila namanya dan Singto disebut.
"Mix pula? Tiada yang melekat di hati ke?" Tanya Earth.
"Mix ni pernah jer couple Phi, dia couple dengan p'Arm tapi diorng terpaksa break up sebab mengikut dari kata p'Arm dia suka pada White iaitu abang Mix ni tapi saya tau yang sebenarnya dia kata begitu untuk buat Mix benci dekat dia, p'Arm terpaksa break up dengan Mix sebenarnya sebab si makcik Jenny Mix ni pergi canang dekat cikgu-cikgu yang Mix pelacur dan akhirnya berita tu sampai ke telinga ibu bapa p'Arm dan ibu bapa p'Arm paksa p'Arm break up dengan Mix atau diorang akan sakitkan si Mix ni. Mula-mula Mix memang percaya dengan kata-kata p'Arm tapi akhirnya abang si Mix ni sendiri yang bagi tau benda betul pada Mix dan itulah jerlah ceritanya" kata Krist panjang lebar. Earth hanya mengangguk mendengar cerita dari sepupunya itu.
"Ish dahlah Krist, benda yang dah lepas jangan di kenang.Aku dah terima keputusan p'Arm dulu but just aku tak percaya makcik Jenny sanggup buat macam tu dekat aku, ape motif dia pun aku tak tahu lah" kata Mix sambil senyum terpaksa.
"Makcik kau tu memang busuk hati,tak boleh tengok kau bahagia sikit" bantah Krist.
"Dah lah tu sayang,biarlah jerlah makcik Jenny tu. Dia kan memang macam tu. Sayang pun tau bermacam-macam yang dilalui oleh Mix kan so ape yang kita boleh buat ialah support Mix" kata Singto sambil merangkul pinggang Krist.
"Ok lah,aku pergi dulu tau Krist. Aku nak pergi basuh pinggan di dapur, baik aku basuh dulu seblum singa tu mengaum" kata Mix dan berlalu pergi menuju ke dapur.
"Tengok tu Phi, Krist dah suruh dia tinggal dengan kita jer but Phi tau lah Mix tu. Keras kepala kalah makcik dia tu. Pastu kena hadap perangai abang dia yang tak semenggah tu,setiap hari ada jer perempuan bawa balik rumah.Kalau perempuan yang sama takpe,ni tukar-tukar.Takde pula si perempuan sihir tu bising,cuba kalau Mix.Bawa Krist pun tak boleh" kata Krist panjang lebar.Singto dan Earth hanya menggeleng mendengar currhat Krist mengenai sahabatnya itu.
__________
Seminggu selepas majlis/selepas Mix dan Earth jumpa buat kali pertama
"Mix,mana kau ni? Aku dah lapar lah. Kenapa lembab sengat eh kau ni?" Kata makcik Jenny sambil duduk bersila di ruang tamu.
"Kejap makcik, Mix tengah goreng telur" balas Mix sesekali melirik kepada makciknya.
"Lain kali kalau dah tahu aku ni jenis makan pagi-pagi, patutnya bangun subuh-subuh masak sarapan.Ni tak, dah tengah hari baru nak masak" kata makcik Jenny lagi.
"Lah,kalau makcik nak makan pagi-pagi. Kenapa makcik tak masak sendiri?Kenapa nak tunggu Mix juga?" Tanya Mix pula.
"Aku memang pandai masak pun, nanti rumah terbakar jangan salahkan aku" tempik makcik Jenny
"Dah tu,.lain kali belajar lah masak sendiri. Umur tu dah 40 tapi goreng telur pun tak reti" balas Mix pula.
"Kurang ajar kau budak.Kau tunggu,kau tunggu situ" kata makcik Jenny lalu berjalan laju ke dapur.
"Kau kata apa tadi? Aku dah tua eh? Aku tak pandai masak? Hari ni memang habis" kata makcik sambil mengambil batang penyapu dan memukul lutut sampai Mix terlutut didepannya dan terus menerus memukul Mix.
"Sakit makcik, sakit. Sudah lah makcik, sudah. Tolonglah, tolong kesian kan Mix" kata Mix sambil tersedu-sedu menangis menahan sakit yang dirasainya. Makcik Jenny tidak mengandahkan kata-kata Mix tetapi makin menguatkan pukullannya. Sesekali dia menarik rambut Mix sampai Mix mendongak dan lagi-lagi dia menampar muka Mix. Mix hanya boleh memohon pada Tuhan sekarang.
"Makcik! Makcik buat apa dekat adik aku?!" Tengking White yang baru pulang dari membeli barang basah untuk Mix masak.
"Kau jangan berani sentuh Mix,.kalau tak aku akan report polis pasal semua perbuatan yang makcik pernah buat dekat adik aku. Makcik ingat aku tidak tahu yang selama ni makcik pukul dia? Jika aku tanya padanya mesti dia kata 'hantu gigit´masa dia tidur. Wujud ke hantu-hantu zaman fitnah dajjal nih?" kata White sambil menolak makcik Jenny dan memeluk Mix dengan kuat.
Makcik Jenny hanya terdiam mendengar kenyataan yang disebut oleh White.
"Sekarang aku nak korang berdua keluar dari rumah aku!" Tengking makcik Jenny sambil menunjuk pada pintu depan rumah.
"Aku dah tak nak ambik tau lagi pasal korang, biarlah korang nak hidup ke nak mati sekarang ni. Aku dah nak ambil tau lah, jadi lah apa yang korang nak jadi!" Kata makcik Jenny dan berlalu pergi masuk kedalam biliknya.
"Phi mintak maaf na Mix, Phi selalu buat Mix sakit. Phi tak pernah ada untuk Mix masa Mix di pukul oleh makcik. Phi dah buat salah besar sebagai abang. Phi dah pernah berjanji untuk jaga Mix semasa kematian Mae n Pho tapi Phi langgar janji Phi" kata White sambil menangis.
"Tak pe Phi, bukan salah Phi pun. Memang salah Mix sebab jadi punca semuanya terjadi. Kalau lah dulu Mix tak degil untuk tetap pergi ke pantai masa tu mesti Mae dan Pho tak mati kan?" Kata Mix.
"Tak sayang, itu bukan salah Mix. Itu memang takdir kita jadi kita hanya perlu melaluinya dan berdoa agar ada hikmah dari semua ini" kata White sambil mengelap air mata yang berada di pipi Mix.
Makin lama makin gelap,Mix tidak nampak apa-apa lagi. Hanya sesekali dia terdengar suara Phinya menyebut namanya.
_________________
"Mix, bangun. Phi ada dengan Mix sekarang, jadi Mix jangan risau. Mulai sekarang Phi takkan tinggalkan Mix lagi" kata White sesekali mengelap butir mutiara yang keluar dari kelopak matanya.
"Sabar na p'White, Mix akan sedar. Percayalah,dia anak yang kuat" kata Singto sambil mengelus bahu White.
"Ni semua salah perempuan sihir tu. Kalau dia tak pukul Mix, Mix takkan ada di sini sekarang" kata Krist pula yang sekang berada di sofa sambil mencengkap sofa menahan kemarannya.
"Sabar nong, ini ujian untuk Mix" kata Earth yang berada di sebelah Krist.
Tiba-tiba pintu dibuka dan menampilkan ibu dan bapa Krist dan juga Off, Gun, Tay dan New.
"Apa yang jadi? Apa jadi pada Mix? Siapa buat dia macam ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan oleh New dan Gun pada White. White hanya mampu menangis.
"Sabar sayang" kata Tay dan Off sambil merangkul bahu pasangan masing-masing.
"Apa yang terjadi? Kenapa saya ada di sini?" Tiba-tiba terdengar seorang yang berada di atas katil mengalih perhatian semua yang berada di dalam bilik itu.
Cukul sampai di sini✌️
![](https://img.wattpad.com/cover/277525781-288-k317253.jpg)
YOU ARE READING
Always for you [ EarthMix ] ✔️
Non-FictionMix Sahaphap, seorang lelaki manis yang masih cuba belajar erti kehidupan yang sebenar berjumpa dengan seorang tampan yang menjadi pusat perhatiannya. Earth Pirapat, seorang lelaki tampan yang berjaya telah melabuhkan hatinya pada seorang lelaki man...