Earth dan Mix masuk ke dalam restoran sambil berpegangan tangan. Banyak mata yang memandang mereka. Ada tatapan kagum dan juga tatapan jijik tetapi Earth dan Mix tidak pernah kisah. Bagi mereka, mereka tidak perlu memikirkan pandangan orang bagi hubungan mereka, cukuplah pandangan rakan-rakan dan keluarga mereka.
Earth dan Mix memilih duduk ditempat yang agak tertutup kerena kata Mix mahu bermanja dengan Earth dan Earth tidak menolak sama sekali.
Mereka dipersilakan duduk dan dilayan oleh pelayan dengan cukup memuaskan. Pelayan itu sempat bertanya yang mereka sudah lama bercinta atau baru sahaja dan hanya dibalas anggukan dari keduanya.
"P'Earth, selepas ini Mix nak pergi menonton wayang lah" kata Mix pada Earth selepas pelayan itu beredar.
"Tapi Mix kan masih sakit. Macam mana nanti kalau Mix tertiba pengsan ke? Kan susah nanti" balas Earth.
"Ala...bolehlah phi" mohon Mix sambil menunjukkan puppy eyes nya. Earth yang tidak sanggup melihatnya akhirnya bersetuju.
"Boleh, tapi kita pergi bila Mix sudah betul-betul sembuh. Jika Mix belum sembuh, phi tidak izinkan Mix pergi ke mana-mana kecuali berada di rumah" kata Earth.
Mula-mula Mix menolak tetapi akhirnya dia bersetuju juga kerana malas untuk bergaduh mulut dengan Earth sebab dia tahu hanyalah sia-sia.
(ᵔᴥᵔ)
Selepas makan, mereka pun pulang ke rumah atau lebih kepada Earth menghantar Mix pulang kerana katanya masih ada perkerjaan yang perlu dilakukannya.
"Terima kasih Phi tolong hantarkan" kata Mix selepas sampai di destinasinya dan Earth sudah pun menghantar barang-barang ke biliknya.
"No promblem sayang, jangan lupa makan ubat na dan juga jangan susahkan p'White. Kasihan dia kena layan perangai adik dia yang manja tidak bertempat ni. Jika mahu apa-apa hanya hubungi phi, nanti phi terus ke rumah Mix" Earth peringatkan Mix sambil membelai rambut Mix.
"Auu phi...Mix tidak manja dengan p'Wihte,dengan Phi sahaja Mix manja begini" kata Mix merajuk.
"Yer ke? lepas tu yang Singto beritahu itu apa?" Tanya Mix sambil mengingati ucapan Singto.
"Ish dahlah, malas layan phi" kata Mix lalu meninggalkan Earth.
"Auu merajuk pula, ok lah. Phi pulang dulu. Nanti jangan lupa call nanti malam" kata Earth dan berlalu masuk ke dalam perut keretanya. Dia pun mula menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan rumah taman yang didiami oleh Mix dan abangnya.
(◍•ᴗ•◍)❤
Jam berganti jam, hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Sudah dua bulan Earth dan Mix bersama dan juga sudah dua bulan itu jugalah bermacam-macam yang dilalui oleh Earth dan Mix.
Bermula dari permasalahan White dan Captain sampai membabitkan mereka. Jangan lupa masalah Arm yang sampai sekarang masih mengganggu Mix walaupun sudah berribu-ribu kali Mix menolaknya.
Sekarang Mix sedang berada di depan sebuah bangunan yang boleh dikatakan besar untuk didatanginya. Dia tidak pernah pergi ke mana-mana kecuali hanya berada di rumah, tetapi semuanya berubah selepas dia berjumpa dengan Earth. Baginya Earthlah yang membawa tuah dan juga membawa kesan yang besar pada dirinya.
"Semangat Mix, su su na" kata Mix pada dirinya untuk menguatkan semangatnya. Ini adalah hari pertama untuk dia interview bekerja di sebuah syarikat walaupun dia hanya mempunyai ijazah buseniss selepas habis belajar di universiti hampir lima tahun. Kerana di tahun ke tiga dia terpaksa drop disebabkan oleh masalah kewangan.
Mix masuk ke pintu utama syarikat itu dan terus menuju ke resepsinis untuk mendaftar diri.
"Sawadekhap khun, saya Mix Sahaphap" kata Mix memperkenalkan diri kkepada seorang wanita yang berada di meja resepsini itu.
YOU ARE READING
Always for you [ EarthMix ] ✔️
Non-FictionMix Sahaphap, seorang lelaki manis yang masih cuba belajar erti kehidupan yang sebenar berjumpa dengan seorang tampan yang menjadi pusat perhatiannya. Earth Pirapat, seorang lelaki tampan yang berjaya telah melabuhkan hatinya pada seorang lelaki man...