Third Chapter

352 18 3
                                    

Sudah seminggu selepas kejadian Mix dipukul oleh makcik Jenny dan sudah seminggu jugalah Mix ditahan di hospital. Di dalam bilik yang bernombor 0058 iaitu bilik VIP di hospital, terlihat Mix yang sedang memandang ke luar tingkap tetapi tatapannya kosong.

Pintu kamar di buka di orang yang masuk ialah White, dia membawa beberapa plastik. Di dalam plastik, terdapat beberapa biji epal hijau dan merah.

"Mix, phi ada bawa epal ni. Mix nak tak?" Kata White sambil menunjukkan plastik epal tersebut. Tetapi tiada jawapan dari Mix. Dia masih memandang luar tingkap dengan tatapan kosong.

"Sayang, jomlah makan. Dalam seminggu ni Mix jarang sangat makan, kalau phi paksa baru makan. Nanti sakit lepastu macam mana Mix nak sihat?" Kata White lagi. White hanya mampu menggeleng melihat kelakuan adiknya itu, sudah seminggu Mix menjadi seperti ini. Dia menjadi lebih tertutup. Adik White yang dia kenal ialah yang selalu happy tetapi adiknya yang berapa didepannya sekarang ini tak ubah seperti ayam kehilangan anak.

"Phi, phi rasalah kan. Sekarang ni mae dan pho happy tak eh?" Mix mula bersuara tanpa memandang kepada abangnya. White yang dipanggil memandang adiknya.

"Kenapa Mix tanya begitu? Mae dan pho mesti tak happy sekarang ni. Sebabnya, tengoklah Mix. Makan tak nak, minum tak nak bercakap pun tak nak. Mesti mae dan pho sedih tengok Mix macam ni" balas White sambil menahan air mata yang mula bergenang di pelupuk mata.

"Kalau Mix nak ikut mae dan pho, phi marah tak?" Tanya Mix dan dibalas gelengan dari abangnya.

"Apa yang Mix cuba cakap ni? Mix kena ingat tau yang Mix ada phi dan phi hanya ada Mix" kata White dan langsung memeluk adiknya.

White mengusap punggung adiknya dan dia merasa ada getaran yang datang dari adiknya. Dia tahu adiknya sudah lama tahan untuk menangis, adiknya hanya perlu tempat untuk bersandar dan melepaskan rasa sakit di hatinya.

"Mix mintak maaf na phi, Mix selalu susahkan phi. Dari mae dan pho meninggal sampai sekarang Mix hanya susahkan Phi jer" kata Mix sambil teresak.

"Mix tak pernah susahkan phi sayang, memang tanggungjawab phi untuk jaga MixPhi yang salah sebab tak pernah ada untuk Mix masa Mix dipukul, didera oleh makcik Jenny dulu" balas White sambil mengusap punggung Mix untuk mengurangkan rasa sedihnya.

"Sudahlah, tak payang sedih-sedih. Mix dah ikhlaskan dah. Lagi pun,takkan Mix nak berdendam dengan phi pula. Tak logik lah" kata Mix sambil terkekeh dan melepaskan pelukan keduanya.

"Ok sekarang ni Mix nak epal tak?" Tanya White sambil menunjukkan epal hijau dan merah di dalam beg plastik yang di bawanya.

"Nak,dah lama tak mkan epal" kata Mix sambil menunjukkan bibirnya manja.

"Kenapa adik ni comel sangat?" Tanya White sambil mencubut pipi Mix geram.

"Au phi, sakit lah" kata Mix sambil mengusap pipinya.

Pintu dibuka dan menarik perhatian adik beradik. Menampilkan Singto,Krist,Earth dan seorang lelaki asing yang Mix tidak kenal tetapi White memandang lelaki itu dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Ohho pemandangan apa ini?" Tanya Krist melihat Mix dan White yang duduk begitu rapat. Nasib mereka adik beradik. Jika mereka hanya kawan mungkin Krist akn fikir mereka sepasang kekasih.

"Ish kau ni, abang aku jer kan" balas Mix.

"Earth, siapa dia?" Tanya lelaki asing itu kepada Earth sambil menunjukkan jarinya pada Mix tetapi matanya masih terkunci pada White

"Oh phi, lupa nak kenalkan. Mix dan p'White, ini p'Captain. Abang kepada P'Earth" kata Krist.

"Captain?" Tanya White kepada Lrist dengan keadaan terkejut.

"White?" Tanya pula lelaki asing yang bernama Captain itu.

"Jadi p'White dan p'Captain dah kenallah" kata Krist.

"Haah, kami dah lama kenal. Kami ambik jurusan yang sama dan belajar di universiti yang sama" kata Captain.

Mix perasan yang air muka abangnya berubah selepas bertemu semula dengan Captain.

"Krist,mana si Off, Gun, P'Tay dan New?" Tanya Mix menceriakan keadaan.

"Kau dah lupa ke? Lusa kan si Off dan Gun bertunang, jadi diorng busy lah uruskan majlis diorang. Si New dan p'Tay pula, biasalah pergi dating lah mana lagi" kata Krist.

"Mix, Phi pergi beli makanan sekejap kat cafe kat bawah sekejap eh" kata White kepada Mix dan dibalas anggukan oleh Mix.

Captain hanya memandang White meninggalkan kamar Mix.

"Earth, Phi nak pergi tandas sekejap tau" kata Captain pada Earth dan dibalas anggukan dari Earth.

"Kemana pula P'Captain tu?" Tanya Singto pada Earth tetapi Earth hanya mengngangkat bahunya menunjukkan yang dia pun tidak tahu kemana pergi sebnarnya abangnya itu.

Sambil di luar terlihat seperti Captain mengejar White dan menarik tangan White.

"Sayang,kenapa tinggalkan saya?" Tanya Captain selepas berhasil menarik White masuk kedalam pelukannya.

Jeng jeng jeng 😂

Hah pahal si Captain panggil White dengan panggilan sayang nih?

Apa jadi nih?

Nak flashback or explain jer nih?

Janganlah jadi silent reader 😭

Tehah Weerayut
28 June 2022

Always for you [ EarthMix ] ✔️Where stories live. Discover now