Sudah seminggu selepas Mix dibenarkan keluar dari hospital. Sekarang Mix dan White tinggal bersama di rumah sewa, bersebelahan rumah Singto dan Krist kerana Krist yang memujuk Mix untuk menjadi jirannya. Jika ikut hati Mix, dia boleh sahaja tinggal bersama makciknya semula tapi White menolak kerana takut Mix didera lagi.
Mengikut kata doktor sebelum Mix dibenarkan keluar dari hospital seminggu yang lepas, Mix kemungkinan mempunyai sedikit trauma selepas kejadian yang menimpanya jadi White tidak mahu mengambil risiko.
Di luar rumah terdapat gazebo dan terlihat yang White duduk bersila sambil bersandar pada tiang gazebo tersebut.
Dia teringat akan apa yang dikatakan oleh Captain padanya semasa berjumpa di hospital tempoh hari.
[ Flashback on ]
"Sayang, kenapa tinggalkan saya masa tu?" Tanya Captain pada White.
"Lepas lah, aku tak kenal kau. Kau siapa?Siapa sayang kau? Bukankah kau sudah ada Perth?" Tanya White dengan nada bergetar.
"Sayang, pandang sini" kata Captain sambil membalikkan White agar memandangnya.
"Tak nak" balas White tapi masih mengikut membalikkan badannya tetapi matanya tidak memandang mata Captain sama sekali.
"Sayang, pandang mata saya" kata captain lagi. Dalam keadaan terpaksa White memandang mata Captain.
"Sayang,dengar sini. Perth dia hanya jumpa saya untuk minta saya mengajarnya bermain gitar kerana dia mahu buat kejutan untuk kekasihnya. Sayang mesti lupakan yang Perth sudah ada Saint. Mula-mula saya minta dia untuk belajar dari Tilte tapi Title sibuk jadi saya pun setuju jerlah untuk mengajar Perth bermain gitar. Lagipun, takkan saya nak pilih Perth kalai saya dah ada sayang saya ni" jelas Captain panjang lebar dan mencuit hujung hidung White dan dibalas anggukan dari White.
"Jadi, kau tak tipu aku?" Tanya White dengan nada seriusnya.
"Buat apa saya nak tipu sayang? Bukan dapat apa pun" balas Captain.
"Tapi kenapa masa tu kau tak terangkan? Kenapa kau biar jer aku pergi masa tu?" Tanya White lagi.
"Macam mana saya nak cerita kalau sayang masa tu main tinggal jer saya dan tak bagi saya peluang pun nak cakap? Saya ingat nak bagi sayang masa tapi tau-tau jer sayang dah drop. Kenapa sayang drop?" Tanya Captain lagi.
"Dahlah, malas lah nak fikir kejadian tu. Aku nak pergi tengok adik aku, bye" kata White dan berlalu pergi meinggalkan Captain dengan tanda tanya besar di fikirannya.
"Apa yang pada awak sayang? Kenapa sayang tak nak kongsi dengan saya?" Gumam Captain dan menyusul White.
[ Flashback off ]
"Jauh termenung Phi" sergah Mix kepada White dan duduk disamping abangnya itu.
"Ish Mix ni, nasib Phi takda sakit jantung" kata White sambil mengusap dadanya.
"Phi, Mix nak tanya something boleh tak?" Tanya Mix ragu.
"Tanya jerlah, bila pula Mix nak tanya mintak izin?" Kata White sambil terkekeh.
"Mix serius ni Phi" kata Mix sambil mengerut keningnya.
" Dai, tanyalah" kata White,dia tertanya-tanya apa yang akan ditanya oleh adiknya itu.
"Phi dah lama kenal ke dengan P'Captain? Bukanlah apa tapi hari tu Mix tengok Phi macam tak selasa jer hari tu masa ada P'Captain" Terang Mix.
"Oh,dulu Captain dengan Phi pernah bersama" Terang White.
"Hah?!" Kata Mix kerana terkejut.
Hah? Diorang couple?
Seriuslah?
Macam mana pulak tuh?
Pandai-pandai lah fikir😂
Alang-alang tuh, duple up lah kan
Tehah Weerayut
28 June 2022
YOU ARE READING
Always for you [ EarthMix ] ✔️
SachbücherMix Sahaphap, seorang lelaki manis yang masih cuba belajar erti kehidupan yang sebenar berjumpa dengan seorang tampan yang menjadi pusat perhatiannya. Earth Pirapat, seorang lelaki tampan yang berjaya telah melabuhkan hatinya pada seorang lelaki man...