"Apa kau nak lagi sial?!" Tengking Mix pada Arm tangisannya dan juga perasann marahnya.
.
.
.Sekarang semua pasangan iaitu TayNew, OffGun, SingKrist dan juga WhiteCaptain masih lagi duduk di ruang tamu di rumah Singto dan Krist.
"Kenapa kalian bawa Arm datang sini?" Tanya Singto mula membuka perbicaraan. Mata White, Krist, Captain dan Singto menuju kepada dua pasangan didepan mereka dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.
"Kami mahu mereka bersama semula. Aku tahu benda ini terdengar pentingkan diri dan berat sebelah tapi apa salahnya jika Mix beri Arm satu lagi peluang?" Tanya dan jelas Off.
"Tapi kau juga tahu yang berapa lama Mix cuba untuk move on dari Arm kan. Lepas dia break up dengan Arm, dia berubah tapi usaha aku dan Krist juga lah yang membuat sekarang Mix jadi seperti Mix yang sekarang" kata Singto
"Aku tahu aku tak patut cakap macam ni tapi aku rasa korang kena fikir perasaan Mix juga, aku dah kenal dia lama even dia tak rapat atau tak kenal langsung dengan" sampuk Captain yang dari diam.
"Tapi aku nak tengok dia bahagia dengan orang yang dia sayang" tambah Tay.
"Orang yang dia sayang? Jangan buat lawak p'Tay. Kau tahu kan phi yang selepas si Arm tu tinggalkan dia, dia terus tertutup dan jarang bersama dengan kita. Dia juga lah punca yang Mix hampir bunuh diri! Jadi sekarang jangan nak pandai-pandai suruh kawan baik Phi berani panggil Mix 'sayang' lagi!" Tengking Krist pada Tay dan Off. New dan Gun terkejut tetapi mereka faham maksud Krist.
Selepas seminggu Arm menghilang,Mix menjadi lebih tertutup dan jarang masuk kelas.Alasannya makcik Jenny tidak beri keizinan untuk ke universiti.Pada hari Ahad,Krist dan Singto pergi melawat Mix di rumah kerana Krist amat merindui Mix.
Tetapi bukan senyuman yang menawan dari Mix mereka dapat selain dari melihat ada seorang lelaki yang terbaring di atas katil dengan tangan terkulai mengeluarkan darag segar yang cukup banyak.Sejak dari itu Krist jadi lebih protektif tentang Mix.Setiap hari bahkan setiap jam Krist akan menemani Mix bila cuti hujung minggu sampai sempat dia melupakan kekasihnya.
"Tapi aku nak tengok kawan aku bahagia juga ai'Krist" balas Off.
"Kau fikir kebahagiaan Arm jer?Kebahagian Mix macam mana? Kau nak tengok Mix berkorban lagi ke ha?! Tidak cukup ke dahulu dia sudah berkorban terlalu besar. Sekarang beri lah dia peluang untuk bahagia dengan P'Earth. Aku penat berusaha untuk satukan Mix dengan P'Earth, dan sekarang syukur pada tuhan yang mix mula membuka hati untuk P'Earth tapi kalian mengganggu rancangan aku!" Tegas Krist dengan penekanan setiap patah perkataan.
"Earth?Macam mana pula?Jadi tadi Mix kejar Earth sebab mereka dah bersama?" Tanya Tay dan dibalas anggukan dari Singto. Lagi sekali TayNew dan OffGun terkejut dengan kenyataan Krist.
"Iya, adik aku suka pada Mix. Tapi bukan sejak majlis itu lagi tetapi sejak dulu lagi.Tetapi masa itu Mix bersama dengan Arm jadi dia terpaksa pendam perasaannya. Earth sengaja untuk merahsiakannya kerana katanya dia sudah biasa diperlakukan sebegitu. Bila Krist memberitahunya tentang mereka sudah berpisah, alangkah bahagianya dia kerana dia sudah ada peluang untuk dapatkan Mix" jelas Captain panjang lebar dan sekali lagi TayNew dan OffGun terkejut dengan penjelasan Captain. White sudah tahu kerana dia sudah diberitahu awal-awal oleh Krist selepas mereka pulang dari hospital tempoh hari.
Mereka tidak perasan ada dua orang yang tidak asing mendengar semua perbincangan mereka berlapan.
"Jadi, P'Earth sudah suka aku dari dulu?" Tanya Mix perlahan tetapi masih boleh di dengar oleh seorang lagi di belakangnya.
YOU ARE READING
Always for you [ EarthMix ] ✔️
SaggisticaMix Sahaphap, seorang lelaki manis yang masih cuba belajar erti kehidupan yang sebenar berjumpa dengan seorang tampan yang menjadi pusat perhatiannya. Earth Pirapat, seorang lelaki tampan yang berjaya telah melabuhkan hatinya pada seorang lelaki man...