"Ama, bagus saya pigi cari kerja dulu la ni sementara. Mau anam bulan sudah sa sini kampung, belum lagi ada apa-apa panggilan"
Rissa mengutarakan hasratnya kepada ibunya yang sedang sibuk menganyam bakul yang ditempah di ruang kaki lima rumah mereka.
"Em..bah, kalau ko rasa mau cari kerja. Pigi saja bah, pandai-pandai saja jaga diri. Perempuan ko tu oi Dien. Kalau ko mau pigi kerja, kasi tau abang ko sana KK, ko tinggal sama dia. Supaya mama tidak juga susah hati mau pikir-pikir keadaan kamurang sana jauh"
Rissa Dien Armin. Nama penuh Rissa diberi. Ibunya lebih gemar memanggilnya dengan nama keduanya. Dien. Walaupun berdarah asli keturunan Dusun. Rupa paras Rissa yang sempurna, berkulit cerah dengan mata yang bundar boleh membuatkan seseorang tertarik bila memandangnya. Bila tersenyum, terserlah lesung pipit di pipi kanannya, dengan gigi taring kiri yang kelihatan. Sungguh manis sekali.
Rissa bukanlah berasal dari keluarga yang senang, namun ibubapanya tidak pernah putus asa untuk mencari pelbagai sumber rezeki supaya mereka empat beradik dapat melanjutkan pelajaran. Mungkin sebab itulah kesemua adik beradik Rissa ringan tulang untuk membantu ibu bapa mereka dari segi apa pun untuk meringankan beban yang dipikul.
Rissa berjaya masuk ke Kolej Kejururawatan peringkat diploma dan telah pun selesai menduduki Peperiksaan untuk Lesen Kejururawatanya. Namun, bukan rezekinya dipanggil untuk bekerja dalam masa terdekat.Abangnya, Ruddy. Sudah bekeluarga kini bertugas sebagai Juruxray di sebuah Hospital Besar di Kota Kinabalu.
"Bah, kalau saya jalan pi kerja tinggal dorang si Ken sama si Kina la sini rumah kasi kawan kamu ama."
"Jangan la ko risau pasal tu Dien, basar sudah dorang tu. Pandai sudah befikir. Rajin juga dorang tu tulung-tulung bapa sama mama. Tingu ni hari pun sana sudah dorang pigi kebun bubut si bapa"
Senyum-senyum Rissa mendengar jawapan ibunya.
" Yalah ama. Nanti bisuk la sa kasi tau si abang Ruddy. "
"Emmm" jawab ibunya sambil meraut rotan yang bakal dijadikan bakul.
" Sa pi masak dulu ama, nanti inda lama mau balik sdh dorang si bapa. Sa masak tu tutan saja mah ni, sama sup kodop"
Rissa berdiri meminta diri menuju ke dapur.
" Bah,masak la apa-apa yang ada sana dapur tu Dien, asal ada makan malam kita. Bulii sudah tu.." Jawab ibunya.
"Bah..ok ama"Jawab Rissa lembut sambil berlalu pergi menuju ke dapur.
Bab masak memasak Rissa tiada masalah namun,dia hanya tahu memasak makanan kampung dana makanan tradisi bangsa Dusun. Kalau di suruh memasak masakan Melayu, Rissa kurang arif tapi boleh merujuk resepi jikalau teringin makan masakan Melayu. Masakan ala barat jauh sekali.
❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎❄︎
"Mana suda ko Rissa?"
Kedengaran suara Ruddy, abang kepada Rissa dihujung telefon. Telefon pintar yang dihadiahkan oleh abang nya tiga tahun yang lepas semasa mula memasuki k
olej k ejururawatan, untuk memudahkan bagi mereka sentiasa berhubung." Sini sudah saya ni, baru turun dari bas." Jawab Rissa.
"Ko tunggu ja saya sana ah. Inda lama abang *lunch* sudah ni. Nanti sa pigi ambil ko "
" Bah." Jawab Rissa pendek.
Dia mengangkat beg pakaianya dan mencari tempat yang sesuai untuk berlindung dan juga tidak menghalang laluan orang ramai sambil menunggu ketibaan abangnya.
20 puluh minit kemudian, kelihatan susuk tubuh abangnya melambai-lambaikan tangan dari jauh. Rissa mengangkat beg pakaiannya lalu berjalan menuju ke arah abang sulungnya. Ruddy.
"Lapar ko Rissa?"
"Indalah" Jawab Rissa pendek.
"Bah, mari kita pigi makan dulu. Sa lapar ni. Apa kabar dorang mama sama bapa? Si Ken sama si Kina?" Ruddy tahu adiknya belum makan lagi, sebab itu dia terus bergerak mengambil Rissa dahulu sebelum makan tengahari.
"Sihat juga dorang semua tu abang. Si mama sekarang banyak di rumah saja, dia buat bakul-bakul sama tikar. Banyak urang *order*. Si bapa saja yang selalu pigi kebun, dorang si Ken sama si Kina yang tulung-tulung bapa". Jawab Rissa.
"Jadi, enam bulan di kampung, apalah ko buat?"
"Tulung mama masuk hutan, ambil rotan, ambil bambu. Tulung-tulung dorang cuci kain. Masak.Pigi cari sayur."
"Emm..baguslah tu, tulung-tulung dorang. Kesian dorang, berumur sudah. Bulan depan abang mau balik kampung pigi tingu dorang, mau beli barang-barang kasi top up keperluan dorang mama." Jelas Ruddy. Setiap dua bulan dia akan balik mengunjungi ibubapanya di kampung. Walaupun sudah bekeluarga, dia merasa adalah tanggungjawabnya sebagai anak sulung untuk memastikan kebajikan ibubapanya terjaga.
"Di mana ko *plan* mau kerja?" Sambung Ruddy.
" Inda tau ni abang, tingula. Apa-apa kerja sa buat. Bisuk sa mula cari kerja. Asal ada sumber pendapatan sikit-sikit. OKlah"
Ruddy mengangguk tanda setuju. Lalu memberhentikan keretanya. Rupanya mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju.
"Bah, mari turun" Ruddy mengajak adiknya sambil mematikan enjin kereta.
Rissa turun dari kereta dan mengekori langkah abangnya masuk ke sebuah restoran. Dia cukup faham dengan selera abangnya, selain dari makanan dan masakan tradisi bangsa Dusun, abangnya suka dengan masakan Jawa dan Melayu. Rissa ikut sahaja, sudah lama dia tidak makan duduk di restoran.
**Restoran Abang Anje**
Rissa memandang nama restoran yang dimasuki abangnya.
'Abang Anje?' Rissa berkata dalam hati sambil mengerutkan kening. Pelik dengan nama restoran tersebut. Tapi bila melihat ramai yang duduk makan di restoran tersebut, dia mengagak pasti hidangan dalam restoran itu sedap.Rissa kemudian duduk di meja makan berhadapan dengan abangnya. Pelayan restoran datang ke arah mereka.
"Makan boss?"
"Bagi sa tuna Bakso *special* kasi banyak sikit mee dia." Abangnya memesan sambil memandang Rissa, dengan isyarat 'nak makan apa?'
"Kasi yang samalah, tapi tida mau tu bulat-bulat. Kasi saya biasa punya saja" Jawab Rissa, dia memang kurang gemar dengan bebola daging tersebut.
"Ko ni Rissa, bagus ko minta mee sup ayam kalau tidak mau tu bebola daging . Tapi tidak apalah, kasi abang saja tu bulat-bulat ko" Kata Ruddy separuh bergurau sambil mengajuk cara adiknya bercakap.
"Haha!" Pelayan tadi tertawa kecil terhibur dengan gelagat pelanggan di hadapannya.
"Bah, iyalah" Jawab Rissa sambil tersenyum macam kerang busuk.
"Nanti lepas kita lunch, abang hantar ko balik rumah, ko ingat juga kan tingkat berapa tu rumah? Nanti abang bagi kunci juga. Ko di rumah sajalah tunggu kakak balik, mungkin petang ni abang lambat sikit balik tapi tidaklah lambat telampau." Pesan Ruddy kepada Rissa.
" Bah, ingat juga. Si kakak tau ka sa mau datang. Nanti tekejut dia tiba-tiba ada orang di dalam rumah *time* dia masuk nanti"
" Tau sudah tu. Semalam lagi sudah abang kasi tau dia" Jelas Ruddy.
"Ohhh..ok" Rissa tersenyum sambil memandang pesanan mereka sudah pun sampai di meja makan.
❥︎❥︎❥︎❥︎❥︎❥︎❥︎❥︎❥︎
𝙷𝚒 𝚁𝚎𝚊𝚍𝚎𝚛𝚜 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚛𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊.
𝚃𝚑𝚊𝚗𝚔 𝚢𝚘𝚞 𝚏𝚘𝚛 𝚛𝚎𝚊𝚍𝚒𝚗𝚐.𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚔𝚕𝚒𝚔 ★ 𝚝𝚊𝚗𝚍𝚊 𝚜𝚘𝚔𝚘𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚢𝚊. 𝙿𝚠𝚒𝚣𝚣𝚣 🥺
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Cleaner ✔️ ( EBOOK published)
Любовные романы"Eh!" Rissa merentap baju lelaki itu. Kuat. Sehinggakan lelaki tersebut terundur kebelakang dan hampir terjatuh. " Macamana saya mau tau yang encik memang tuan rumah ni? Saya first time datang rumah ni . Saya tidak kenal tuan rumah, Kalau.." BAM! J...