"Cik Rissa kan?"
Encik Adam bersuara bila melihat Rissa yang seolah-olah hilang panduan arah di dalam rumahnya." Ah, Iya sir. Eh, Mr. Adam."
"Awak perlu apa-apa bantuan ke?"
"Err... Maksud Mr. Adam"? "
" Awak buat apa tercengat dekat situ dah hampir lima minit? Nak saya buat 'Tour de Langkawi?'. " Encik Adam berkata separuh menyindir Rissa.
" Eh, tidalah.. "
" Awak buat kerja awak macam selalu. Anggap saya takde dalam rumah ni"
Adam berdiri dari tempat duduk sambil membawa bersamanya gelas yang sudah kosong menuju ke dapur. Kedengaran bunyi berdenting dalam dapur. Gelas kosong diletakkan di dalam sinki. Lalu kelihatan Adam melangkah keluar dari dapur dan memandang ke arah Rissa."Bila awak nak mula? Jangan lambat sangat. Saya pun tak selesa ada orang lain dalam rumah ni." Adam mengingatkan Rissa lalu berjalan menuju ke bilik.
'Cis! Ingat saya mau sangat kah datang rumah dia kalau bukan sebab kerja. Macamlah saya suka dia ada dalam rumah ni. Ih, bikin panas pula ni lelaki ni!' Rissa sekadar meluahkan rasa marahnya dalam hati.
Bila melihat encik Adam tidak kelihatan di depan matanya lagi, Rissa memulakan kerja-kerja pembersihan rutin seperti yang dia lakukan setiap kali membersihkan rumah itu. Namun hari ini dia bekerja dengan perut yang lapar, dia berharap agar kerja-kerjanya segera selesai pada hari ini agar dia dapat mengisi perutnya dengan segera
Selesai kerja-kerjanya diruang tamu, Rissa masuk ke bahagian dapur. Dia melihat gelas di dalam sinki. Tanpa banyak bicara, Rissa turut mencuci gelas tersebut dan meletakkan di rak pengeringan. Membungkus sampah. Mengelap bersih dapur. Sememangnya dapur rumah ini jarang kotor, jadi kerja Rissa tidaklah susah sangat.
Rissa berpuas hati dengan kerjanya dan berkira-kira untuk mengakhiri kerja-kerja pembersihan dalam rumah itu bila tiba-tiba Adam yang tiba-tiba keluar dari bilik dengan rambut yang masih basah. Baru lepas mandi agaknya.
"Awak. Tolong saya bersihkan bilik tu.Tapi jangan sentuh atau baca apa-apa benda dalam bilik tu. Cukup sekadar bersihkan habuk dan buang sampah." Adam memberikan amaran awal.
'Adei...baru sa ingat mau balik sudah...'
Rissa berkata dalam hati."Baik Mr. Adam..." Rissa berkata sambil membawa peralatannya masuk kedalam bilik yang dimaksudkan.
'Wahhh!' Rissa terpengun bila melangkah dalam bilik tersebut.
Kelihatan buku-buku koleksi Adam tersusun kemas. Sebuah katil sofa, meja laptop. *Bean bag* yang berhadapan dengan TV LCD dan konsol *game* Playstation juga kelihatan diatas lantai.
Keadaan dalam bilik ini sangat selesa. Terasa santai dan bersahaja.
'Mungkin inilah tempat dia buang masa selalu. Bestnya kalau saya ada ruang begini. Buli membaca sambil baring-baring. Dengar muzik...' Kata Rissa dalam hati sambil berangan-angan.Rissa mula membersihkan bilik tersebut. Sedikit berhabuk. Sambil membersihkan bilik tersebut Rissa menjeling kearah koleksi-koleksi buku Encik Adam.
' Wahh.. Bestnya! ' Rissa seronok melihat barisan-barisan buku dalam bilik itu. Ada pelbagai jenis bacaan. Termasuklah komik.
DING! DONG!
Kedengaran lonceng pintu unit tersebut berbunyi. Tidak lama kemudian, kendengaran suara berbual-bual di ruang tamu.
' Alamak, ada tetamu pula dia. Padanla dia suruh saya cepat-cepat buat kerja' Rissa yang mendengar dari dalam bilik mempercepatkan gerakan tangannya agar kerjanya selesai dengan secepat yang mungkin.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Cleaner ✔️ ( EBOOK published)
Romance"Eh!" Rissa merentap baju lelaki itu. Kuat. Sehinggakan lelaki tersebut terundur kebelakang dan hampir terjatuh. " Macamana saya mau tau yang encik memang tuan rumah ni? Saya first time datang rumah ni . Saya tidak kenal tuan rumah, Kalau.." BAM! J...