"Cik Rissa Dien Armin?"
" Ya, saya"
Rissa duduk berdepan dengan 'boss' Kilat Cleaning Service. Encik Azman. Seorang lelaki seumur dengan ayahnya sedang menemubual Rissa.
"Betul ka Rissa mau kerja dengan kami? " Encik Azman meminta kepastian sambil membelek-belek fail milik Rissa.
"Betul encik."
" Keputusan SPM cik ni boleh tahan cemerlangnya, kenapa mau kerja sebagai cleaner? Lagipun saya tengok kamu berwajah menarik, tidak berminat untuk bekerja di hotel sebagai customer service? Atau apa-apa pekerjaan yang lebih sesuai untuk perwatakan kamu?"
"Kenapa encik? Saya tidak sesuai bekerja di sini kah? Tolonglah encik, saya betul-betul perlu kerja" Rayu Rissa.
" Baiklah, kalau kamu betul-betul mau kerja, saya ambil kamu bekerja. Tapi saya pesan sedia dengan kamu, kebanyakan pelanggan kami ni dari kalangan orang-orang berada. Kadang-kadang tingkah dan komen mereka menyakitkan hati dan menguji kesabaran. Namun bukan semua. Kesimpulannya, kerja ini tidak mudah." Panjang lebar penerangan Encik Azman kepada Rissa, risau gadis cantik depan matanya ini tidak tahan dengan kerja-kerja dan cabaran dalam pekerjaan sebagai seorang *cleaner* yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.
"Terima kasih banyak-banyak Encik Azman. Secara ikhlas, bagi saya, pekerjaan sebagai seorang *cleaner* tu tidak hina, malah mulia. Dorang ni lah *hero* di sebalik tabir. *Company* paling gah ternama pun perlu *cleaner*, hampir semua tempat perlu *cleaner*. Kalau tidak, mesti tu lantai tidak kilat, tu dinding cermin penuh cap jari, sampah-sampah tida terurus, habuk pun mungkin tebal sudah. Bagi saya apa pun pekerjaan ada dia punya kepentingan sendiri. Yang paling penting, tu pekerjaan halal encik. "
Encik Azman diam mendengar hujah gadis menawan di hadapannya sambil tersenyum. Hatinya berbunga-bunga bila mendengar pendapat Rissa tentang pekerjaan sebagai seorang *cleaner*.
" Baguslah Cik Rissa kalau kamu punya pendapat tentang cleaner begitu. Sebab sekarang ni kebanyakan anak muda malu mau kerja sebagai cleaner"
"Apa yang mau malu? Bukannya buat salah. Bila saya boleh mula bekerja Encik Azman?" Rissa bertanya tidak sabar untuk mengetahui bila dia boleh mula bekerja.
"Hari ini kamu biasakan diri dengan jadual-jadual pekerjaan di sini. Ambil tahu bagaimana jadual disusun, alat-alat yang kita pakai, berkenal-kenalan sama pekerja yang sedia ada di sini. Kalau kamu mau, boleh ikut juga pigi ikut buat cleaning service di rumah customer. Supaya kamu tau cara-cara kami buat kerja. Uniform saya minta Puan Mira sediakan untuk kamu sebelum balik petang nanti"
Masih kedengaran pelat semenanjung Encik Azman bila bercakap. Dia menetap di Sabah sudah lama, malahan sudah beristerikan dengan orang Sabahan. Usahanya untuk bertutur dalam pelat bahasa sehari-hari Sabah boleh kedengaran setiap kali dia berbual dengan para pekerjanya.
"Trima Kasih Encik Azman. Kalau macam tu saya kira sudah kena ambil bekerja lah ni kan? Trima kasih banyak-banyak!" Rissa berdiri dari tempat duduk sambil tertunduk-tunduk tanda sangat berterima kasih diambil bekerja.
"Baiklah, jom kita keluar. Saya bawa kamu jumpa dengan Puan Mira. Biar dia bagi kamu orentasi dan kenal-kenalkan kamu dengan pekerja yang lain." Encik Azman bangun dari tempat duduk, menyerahkan fail sijil Rissa, berjalan menuju ke pintu. Membuka pintu dan memberikan isyarat kepada Rissa untuk berjalan keluar mendahuluinya.
*Ladies first! *
" Terima kasih tuan "
Rissa menundukkan kepalanya lalu berjalan keluar dari *Office*. Dia kemudian mengekori langkah Encik Azman menuju ke *office* kecil milik Puan Mira. Puan Mira lah yang menguruskan kebajikan staff dan juga mengambil tempahan dan mengatur jadual para pekerja dalam *company* kecil ini. Tanpanya, boleh haru biru jadinya tempat ini.Rissa berasa sangat gembira. Kelihatan senyumannya hingga ke telinga. Encik Azman turut tersenyum, dia merasa sedikit kagum bila gadis cantik seperti Rissa dengan keputusan SPM yang boleh dikatakan cemerlang tapi tidak kisah mencuba dari segi pekerjaan. Tidak ramai anak muda sebegini.
'Bertuah ibubapa kamu Rissa'. Puji Encik Azman di dalam hati.
" Dapat juga ko kerja Rissa?"
Abangnya terus bertanya bila melangkah masuk kedalam rumah dan melihat Rissa sedang duduk di ruang tamu sambil menonton drama korea. Dengan muka yang ceria sebegitu , dia mengagak, pasti ada berita gembira.
"Dapat juga abang, saya dapat kerja cleaner sana di bangunan Api-Api dia punya 'office' . Cleaning service. Bisuk sa mula kerja sudah."
" Nah, bagusla tu. Macamana kamu punya jadual kerja? Office hour?"
" Ia, kira-kira begitu la.Tapi masuk pukul 7.30 pagi, habis 4.30pm cuma *day off* tu yg tidak tentu. Sekali seminggu sebab *weekend* pun ada yang kerja"
" Oh, bagus juga tu, sekurang-kurangnya masa ko pigi kerja dan balik belum telampau jem. Bas pun masih banyak yg masih operasi masa tu"
" Ya..tula abang, syukurlah."
Tidak lama kemudian, Ruth, Kakak ipar Rissa masuk kedalam rumah dan melihat dua beradik masih berbual. Dia bekerja sebagai seorang cikgu.
" Ada berita baik?" Tekanya sambil memandang Rissa dan Ruddy.
Rissa mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Dapat juga dia kerja sayang" Jelas Ruddy pada isterinya yang tercinta.
"Ohh...baguslah. Rissa, sudah makan ka?" Ruth segera bertanya kerana jam sudah menunjukkan 6.40 petang, beginilah rutin mereka seharian. Kalau awal keluar dari pejabat, maka awal lah sampai ke rumah, lewat beberapa minit, hadap jem lah jawabnya.
" Sudah kak, awal lagi saya dinner. Ada tu saya masak, tapi masakan kampung-kampunglah" Jelas Rissa.
"Terima kasih Rissa, syukurla ko ada masak, nda payah sudah kakak masak" Kata Ruth sambil tersenyum. Dia sememangnya senang dengan kehadiran Rissa kerana sifatnya yang sangat ringan tulang, mungkin sudah terbiasa dari cara didikan ibu mertuanya.
"Mandi dulu kami Rissa, kalau ko mau tidur awal, masuk tidur saja ah. Tidak payah tunggu kami ni. Nanti lewat bangun ko pi kerja besok."
"Ok kak" jawab Rissa pendek. Sudah dalam rancangannya untuk masuk tidur lebih awal malam ini supaya lebih bertenaga esok pagi. Dia melihat jam di dinding.
' Awal lagi. Saya tingu dulu ni rancangan masak-masak korea. Macam sedap-sedap masakan dorang ni. Pukul 9 saya pi tidur.' Risa berkata pada dirinya sendiri sambil mejeling jam yang tergantung di dinding.
Rissa menyambung aktivitinya menonton television. Sementara abang dan kakak iparnya bersiap-siap untuk mandi dan makan malam.
Terdetik dalam hati Rissa.
'Cepatlah saya dapat panggilan kerja, tidak sabar sa mau prkatis skill nurse saya ni' katanya sambil tersenyum nakal.Tidak tahu apa yang mencuit hati Rissa.
YOU ARE READING
Cinta Si Gadis Cleaner ✔️ ( EBOOK published)
Romance"Eh!" Rissa merentap baju lelaki itu. Kuat. Sehinggakan lelaki tersebut terundur kebelakang dan hampir terjatuh. " Macamana saya mau tau yang encik memang tuan rumah ni? Saya first time datang rumah ni . Saya tidak kenal tuan rumah, Kalau.." BAM! J...