Part 14 ~ A KISS?

385 24 3
                                    

" Clear!"

Kelihatan dada dan badan pesakit yg terkulai lemah itu terangkat ke atas bila butang discharge mesin defibrillator ditekan oleh Dr.Adam.

Beberapa pasang mata memerhati  skrin cardiac monitor.

" Asystole! Continue CPR!" Katanya memberi arahan.

" Adrenaline IV 1 mg now! "

"Adrenaline 1mg given!" Rayn yang mengambil alih bahagian pemberian ubat memberi tindakbalas.

Dr. Hazeem kelihatan siap sedia melakukan intubation (prosedur untuk memasukkan tiub pernafasan) . Segala peralatan dan keperluan sudah tersedia. Rissa yang sedang melakukan bantuan pernafasan melalui BVM (Bag Valve Mask) juga telah bersedia.

" Stop CPR." Dr. Hazeem memberi arahan.

Dia mula memasukkan Laryngoscope ke mulut pesakit diikuti dengan satu tiub. Selang kurang dari 10 saat, semuanya selesai. Selepas memastikan tiub pernafasan berada di tempat yang betul, CPR di teruskan.

Resusitasi dijalankan sudah melebihi setengah jam namun pesakit tidak menunjukkan apa-apa respon untuk kembali. Setelah dipersetujui. Akhirnya Dr. Adam bersuara.

" We have done our best. Let him go..."

Serentak CPR di hentikan... Alunan bacaan jantung yang tadinya berombak kini menjadi  hanya satu garis lurus.

" Time of death : 4.22 pm."

Kelihatan kakitangan yang terlibat masing-masing keletihan. Ada yang lencun dengan peluh sendiri, terutama yang mengambil tugasan untuk membuat tekanan dada. Tidak di nafikan proses resusitasi adalah sesuatu yang meletihkan dan memerlukan banyak tenaga dan individu yang terlibat.

Selepas beberapa orang kakitangan selesai 'mengemaskan' badan si mati. Adam keluar dari ruang zon kritikal. Tidak lama kemudian dia muncul semula dengan dua orang ahli keluarga si mati. Kedengaran raungan dan tangisan ahli keluarga yang di tinggalkan mula memenuhi ruang zon kritikal. Kain tabir pemisah ruang antara pesakit di tarik untuk memberikan ruang privasi. 

   Tiba-tiba ekor mata Adam menangkap sesuatu. Dia terpandang sesuatu yang membuatkan hatinya rasa bagai ditumbuk.  Dari satu sudut, kelihatan Dr. Hazeem cuba membetulkan rambut Rissa yang sedikit terjuntai. Walaupun Rissa kelihatan tidak selesa, dia tidak dapat mengelak dari tindakan Dr. Hazeem. Rissa sibuk mengemaskan kembali peralatan yang telah digunakan semasa proses resusitasi sebentar tadi. Adam melangkah menghampiri Rissa.

" Rissa, I need your help with something." Adam memanggil Rissa.

" Yes?" Rissa memandang Adam.

Dalam masa yang sama Dr. Hazeem turut memandang Adam.

" Come. Take off that glove."

" Ah. Okay."  Rissa menurut. Glove di tangannya ditanggalkan. Lalu dia mencuci tangan dengan air dan sabun.

Adam mula melangkah. Rissa menurut langkah Adam dari belakang.

' Dia mau pigi mana pula ni..?' Rissa bertanya di dalam hati.

Adam melangkah masuk ke dalam salah satu bilik. Bilik prosedur. Rissa turut melangkah masuk. Tiada sesiapa dalam bilik itu. Dahi Rissa berkerut.

" Urmm.. Mau minta tolong apa? Tiada pesakit.."

Adam menutup pintu. Kunci di pusingkan.

Rissa memandang Adam.

Adam memandang Rissa tepat di anak mata Rissa. Tanpa sebarang suara. Menolak lembut badan Rissa ke dinding.

Cinta Si Gadis Cleaner ✔️ ( EBOOK published)Where stories live. Discover now