♛ Bab 70

1.4K 62 0
                                    

UWEK! Uwek!

Bunyi tangisan Airis menyedarkan Edirul Fahmi. Terpisat-pisat dia membuka mata. Kepala Adreanne yang sedang nyenyak tidur di atas lengannya diangkat dengan penuh berhati-hati sebelum diletakkan di atas bantal Adreanne.

Edirul Fahmi bangun dari perbaringan lalu kakinya diatur untuk mendekati Airis yang sedang menangis di dalam baby cot.

"Kenapa Airis nangis ni, sayang? Airis lapar ya?"

Tubuh kecil Airis digendong. Pipi Airis yang masih kemerah-merahan diusap lembut menggunakan ibu jarinya sebelum dikucup penuh kasih. Tangisan Airis masih belum berhenti namun sedikit perlahan berbanding tadi.

Edirul Fahmi menepuk perlahan punggung Airis yang masih berbedung lampin. Sedikit sebanyak, Airis mula memberikan respons. Terkebil-kebil Airis memandang Edirul Fahmj.

Edirul Fahmi mengendong Airis ke arah katil. Sebelah tangan kanan Edirul Fahmi menggoyang bahu Adreanne perlahan.

"Sayang... Bangun..."

Tatkala merasakan Edirul Fahmi tak menepuk punggungnya, Airis menangis kuat.

"Ya Allah, Airis... Sabar sayang. Papa nak kejut ibu ni. Awak nak susu kan, Airis?"

Gelabah Edirul Fahmi dibuatnya. Sudah lah Adreanne langsung tak mahu menunjukkan tanda-tanda untuk terjaga. Airis pula langsung tak mahu mengalah. Makin lama makin kuat tangisan puteri kecilnya.

"Sayang... Bangun, please? Airis lapar ni, yang..."

Dari goyangan yang perlahan, Edirul Fahmi mula menguatkan sedikit gerakan tangan di bahu Adreanne. Sumpah, dia sendiri tak faham macam mana Adreanne boleh tidur dalam keadaan Airis yang makin lama makin kuat melalak ini.

"Abang..."

"Ya, sayang... Bangun kejap, ya? Kesian Airis. Dia lapar ni."

Adreanne perlahan-lahan bangun lalu bersandar di kepala katil. Tubuh kecil Airis yang masih berada dalam gendongan Edirul Fahmi diambil lalu disuakan ke dada. Airis yang sememangnya sudah lapar itu terus terdiam apabila mendapat susu.

"Abang minta maaf sebab terpaksa kejut sayang. Airis tu memang dah lapar sangat agaknya. Tu yang kuat je dia menangis tu," ujar Edirul Fahmi.

Edirul Fahmi duduk di sebelah Adreanne. Wajah Airis yang sedang ralit menyusu dipandang sebelum pipi Airis dicuit geram.

Dengan mata yang kuyu menahan kantuk, Adreanne angguk faham.

"Abang! Jangan lah kacau Airis nak menyusu. Nanti menangis lagi anak abang ni."

Adreanne menepis lembut jari Edirul Fahmi yang sedang menari-nari di pipi Airis. Edirul Fahmi tersengih. Nak buat macam mana... Airis tu comel sangat! Geram dia dibuatnya.

"Aira pun nak minta maaf juga pada abang. Kesian abang kena layan Airis tadi..." tutur Adreanne. Entah kenapa dia rasa letih sangat malam ni. Tu yang nyenyak je dia tidur tu.

"Eh, tak apa lah, sayang! Abang tahu sayang mesti letih, kan?"

Edirul Fahmi menarik kepala Adreanne untuk disandarkan ke dadanya. Sebelah tangan Edirul Fahmi naik untuk memeluk bahu Adreanne. Sekejap-sekejap tangan kasarnya naik membelai rambut si isteri sebelum tangannya ditepis lembut.

"Abang ni... Airis nak menyusu pun tak senang tau macam ni."

"Ala, relaks lah sayang! Airis tu kalau dah dapat susu, mana dia kisah apa jadi. Asal perut dia kenyang, senyap lah anak kita tu."

"Bukan anak kita. Airis tu anak abang je. Sikit-sikit nak papa dia," cemberut Adreanne.

"Eh, tak habis lagi ke cemburu dengan Airis! Abang ingat dah habis dah cemburu sayang tu."

Gadis Idaman Hati ©Where stories live. Discover now