♛ Bab 52

2.6K 173 44
                                    

INARA bersantai di tepi kolam renang. Kaki direndam ke dalam kolam renang dan tangan melurus ke belakang bagi menampung badannya.

Langit yang berwarna hitam gelap itu dipandang. Kelihatan bulan sabit berselindung di sebalik awan berwarna kelabu. Inara senyum.

"Fahmi. Edirul Fahmi," ujar Inara berkali-kali. . Kaki dihayun perlahan di dalam kolam.

"Nama yang unik untuk lelaki yang tampan," puji Inara.

Inara pejamkan matanya, erat. Perlahan-lahan wajah tampan lelaki bernama Edirul Fahmi yang dia jumpa petang tadi menerjah ruang fikirannya. Edirul Fahmi yang tersenyum. Edirul Fahmi yang sangat fokus pada perjumpaan mereka tadi. Dan...

Edirul Fahmi yang sentiasa tenang walaupun mukanya beku tanpa sebarang reaksi.

"Handsome," puji Inara lagi sambil tersenyum miang.

Tiba-tiba senyuman Inara mati. Sebaris ayat yang dituturkan oleh anak kepada pemilik syarikat Creative Corporation itu terngiang-ngiang di halwa pendengarannya.

"Saya dah kahwin. Dah nak masuk empat bulan saya kahwin."

Inara menghela nafas kasar. Dadanya berombak laju.

"Tapi sayang, kalau I jumpa you empat bulan sebelum you berkahwin, mesti you dah jadi milik I," keluh Inara.

Dato' Kamal berjalan melewati ruang makan. Bik Yanti yang sedang mengemas meja makan ditegur.

"Bik Yanti, Inara mana?" tanya Dato' Kamal sambil meliarkan mata mencari kelibat Inara.

Yanti dongak. Wajah majikannya dipandang.

"Saya tak tahu, Dato'. Kalau tak silap saya, cik Inara berjalan keluar tadi," terang Bik Yanti takut-takut.

Dato' Kamal angguk sekali. Pintu sliding door yang sedikit terbuka menarik perhatiannya.

Dato' Kamal berjalan melepasi pintu sliding door yang menghubungkan laman tepi rumah dengan kolam renang. Tubuh Inara yang sedang termenung diperhati sebelum dia mendekati Inara.

"Nara buat apa dekat luar ni malam-malam? Tak sejuk ke?" tanya Dato' Kamal memulakan perbualan.

Inara yang sedari tadi merenung kosong permukaan air kolam menoleh. Dia senyum segaris. Inara geleng kecil.

"I tak ada buat apa-apa, daddy. I saja nak ambil angin malam."

Dato' Kamal angguk. Dia langsung tak ambil hati dengan kata ganti nama yang digunakan oleh Inara. Baginya, selagi Inara tak beraku-kau dengannya, dia dah bersyukur.

"Inara nampak macam rungsing. Kenapa? Ada apa-apa yang mengganggu fikiran anak kesayangan daddy ke?"

Inara geleng. Malas dia mahu membuka mulut tentang apa yang difikirnya. Nanti mesti Dato' Kamal akan melenting dan seterusnya membebel.

"Inara fikirkan Fahmi?"

Inara terkedu. Perlahan-lahan dia angkat muka memandang wajah Dato' Kamal yang sedang berdiri tegak di tepi.

"Tak ada lah. Buat apa I nak ingat dia tu. He's nobody to me."

"Inara, Inara. Inara ingat daddy ni bodoh sangat ke tak dapat nak baca fikiran Inara? Dah 24 tahun daddy jaga Inara. Luar, dalam, semua daddy tahu pasal Inara. You don't have to lie to me."

Inara diam. Ya, sudah 24 tahun dia hidup dan dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah.

Dan selama 24 tahun ini juga lah, dia langsung tak pernah melihat wajah ibu kandung yang melahirkannya. Kata Dato' Kamal, ibunya meninggalkan mereka berdua sebaik saja wanita itu selamat melahirkannya. Inara berdongkol marah. Ibu? Tiada istilah ibu dalam kamus hidupnya.

Gadis Idaman Hati ©Where stories live. Discover now