♛ Bab 8

4.1K 202 2
                                    

"NANTI Aira balik dengan Edy," arah Encik Khuzairi usai bersarapan.

Adreanne yang sedang menghirup teh terbatuk kecil. Dia tak salah dengar, kan. "Papa cakap apa?" 

"Papa cakap, nanti Aira balik ke hostel dengan Edy," ulang Encik Khuzairi.

Adreanne tersandar lemah ke kerusi. "Tapi... kenapa pula, papa?" tanya Adreanne tak puas hati.

"Papa dengan mama nak pergi ziarah kawan papa yang meninggal malam tadi," terang Encik Khuzairi ringkas. Dia tahu Adreanne mahu membantah, tapi dia tak punya cara lain selain meminta tolong Edirul Fahmi.

"Along dengan angah kan ada, kenapa kena balik dengan dia juga?" Adreanne masih tak berpuas hati dengan jawapan Encik Khuzairi. Kalau suruh dia balik naik Grab pun dia sanggup, asalkan bukan dengan Edirul Fahmi.

Adzim cepat-cepat menyampuk. "Eh, tak boleh! Along dah janji nak lepak dengan member. Lama dah along janji nak jumpa dengan kawan along tu."

Adreanne menghela nafas berat. Nampak gaya macam Aryan je talian hayat yang dia ada sekarang ni. Aryan yang asyik menikmati makanan Adreanne pandang dengan riak muka simpati. "Angah boleh, kan?"

"Boleh apa?" tanya Aryan, tak faham.

"Hantarkan Aira dekat hostel, please," pujuk Adreanne. Tolong la cakap boleh, tolong la. Aira merayu-

"Oh, yang tu tak boleh!" Aryan sengih. 

"Kenapa pula tak boleh? Angah bukan ada nak buat apa pun."

"Eh, banyak benda angah nak buat tau! Aira je yang tak tahu."

Adreanne berdecit. "Banyak benda la sangat, padahal nak tidur. Macam la Aira tak tahu."

Melebar sengih Aryan. "Hah, tahu pun!"

"Tidur tu esok-esok pun boleh. Jom la, hantarkan Aira," pujuk Adreanne sekali lagi.

"Tak nak la, angah malas nak drive harini." Aryan mengirup kopi panas sedikit sebelum menyambung. "Balik je la dengan Edy tu, bukannya ada apa pun."

Adreanne mengalah. "Takpa la, Aira order Grab je nanti."

"Jangan nak memandai naik Grab. Papa dah minta tolong Edy dah, dia pun okey je. Kan Edy, kan?" Encik Khuzairi mula mengheret Edirul Fahmi untuk ikut campur dalam perbualan mereka anak beranak.

Edirul Fahmi angkat kepala, diangguk sekali. "Haah, Edy tak kisah pun kalau nak hantarkan Humaira. Lagipun, sekali jalan je nanti. Lepas hantar Humaira, boleh la Edy terus gerak ke Johor," jawab Edirul Fahmi.

"Edy tak balik rumah mummy Edy dulu ke?" sampuk Puan Aminah yang baru tiba. Tadi, walaupun dia ke dapur untuk membancuh air teh yang dah habis, dapat dia dengar dengan jelas perbincangan hebat yang berlaku di ruang makan.

"Erm..." Edirul Fahmi melirik mata ke arah jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan kiri. "... tak sempat rasanya aunty kalau Edy singgah jumpa mummy," sambung Edirul Fahmi.

Walaupun baru pukul 9 pagi, namun perjalanan ke Johor yang memakan masa selama lima jam akan buatkan dia sampai pada pukul 2 petang. Itu pun, kalau jalan tak sesak.

"Hah, tak apa la kalau macam tu."

Puan Aminah melirik ke arah Adreanne yang meencuka.

"Aira dah habis kemas kan barang yang nak bawa balik hostel nanti?"

Mahu atau tak, Adreanne jatuhkan kepala sekali. Dia benar-benar dah tak ada jalan lain selain balik dengan Edirul Fahmi.

"Dah, mama. Aira dah habis kemas semalam lagi."

Gadis Idaman Hati ©Where stories live. Discover now