♛ Bab 48

2.6K 151 16
                                    

"ABANG!"

Edirul Fahmi bertinggung. Sakit perut dia sebab terlampau banyak ketawa. Wajah Adreanne yang masam mencuka kerana terjatuh ke dalam sawah padi itu dipandang berselang tawa.

"Teruk lah abang ni! Habis basah baju Aira. Dah lah kotor," bentak Adreanne geram.

Semasa disergah oleh Edirul Fahmi tadi, Adreanne tak dapat mengimbangi badan di atas batas. Dan disebabkan itu juga lah dia terjatuh ke dalam sawah padi itu.

Edirul Fahmi apa lagi, makin sakan lah dia ketawakan Adreanne. Bukan nak ditolong Adreanne untuk naik ke darat kembali.

"Sayang... Abang tak boleh tahan lah. Lawak sangat cara Humaira jatuh tadi. Macam nangka busuk je abang tengok." tutur Edirul Fahmi sebelum dia kembali ketawa.

Berkali-kali adegan Adreanne terjatuh ke dalam sawah padi bermain-main di kotak ingatannya. Dan setiap kali dia teringatkan hal itu, Edirul Fahmi tak boleh berhenti ketawa.

"Hah, gelak lah lagi. Gelak puas-puas. Selagi tak puas, jangan berhenti gelak. Malam ni abang tidur luar. Aira nak conquer katil tu sorang-sorang," bidas Adreanne.

Berkali-kali dia cuba untuk naik semula ke atas batas, namun tanah yang berselut itu menyukarkan pergerakannya. Edirul Fahmi yang terlihatkan perilaku Adreanne mula menghulur tangan.

"Alololo kesian dia tak boleh keluar dari situ. Meh pegang tangan abang meh," canda Edirul Fahmi.

Adreanne menjeling tajam. Namun, huluran tangan Edirul Fahmi tetap disambut. Kuat sekali pegangan tangan dia pada tangan Edirul Fahmi.

"Eleh, jeling-jeling pun nak juga abang tolong. Tak malu ke?" usik Edirul Fahmi lagi seraya menarik Adreanne ke atas.

Adreanne berpura-pura tak dengar dengan usikan Edirul Fahmi. Naik saja dia ke atas batas, tautan tangan mereka dilepas kasar.

Nampak saja Adreanne menonong berjalan meninggalkan dia, Edirul Fahmi menegur.

"Nak pergi mana tu?"

"Balik."

"Tunggu lah abang. Laju-laju lepastu jatuh lagi baru tahu,"

Adreanne mendengus kasar. Mengada! Tiba-tiba dia berhenti melangkah.

Edirul Fahmi kerut dahi. Dah kenapa isterinya berhenti tiba-tiba? Tadi bukan main laju lagi melangkah.

"Kenapa berhenti?"

Adreanne diam. Dia tunduk melihat kakinya. Entah kenapa kaki kanan Adreanne tiba-tiba saja terasa pedih.

Berkerut dahinya tatkala terlihatkan sebuah benda hitam yang bersaiz agak panjang dan gemuk sedang menghisap darahnya. Tergagap-gagap Adreanne memanggil Edirul Fahmi.

"Ab... bang."

"Ya, sayang. Kenapa ni gagap-gagap?" Bertambah hairan Edirul Fahmi.

"Tu... Benda apa warna hitam tu?"

Edirul Fahmi kerut dahi. Dia berjalan menghampiri Adreanne.

"Mana?"

Adreanne berpaling. Lurus jari telunjuknya menghala ke arah kaki kanan. Edirul Fahmi melihat ke arah yang ditunjukkan isterinya.

"Oh, pacat ni! Mesti dia naik masa Humaira jatuh tadi," balas Edirul Fahmi.

"Sa.... Sakit," adu Adreanne dengan suara yang ingin menangis.

"Memanglah sakit. Pacat tu kan hisap darah Humaira," jelas Edirul Fahmi.

"Habis tu, macam mana nak bagi pacat tu tak hisap darah?" Naif Adreanne bertanya.

Gadis Idaman Hati ©Where stories live. Discover now