Chapter 33

1.5K 137 58
                                    

Aku sedang membaca buku manakala Nik sedang menonton televisyen.

"Awak tak kerja ke?"Tanyaku sebelum memandang ke arah Nik.

"Papa bagi cuti, nak bagi saya bermanja dengan isteri"Mukaku memerah sebelum aku memandang ke arah lain.

"Awak nak gi shopping ke?"Aku mengangkat kening sebelahku.

"Shopping buat apa? Barang dah mencukupi"Kataku.

"Awak taknak ke snack dalam rumah ni? Mana la tau awak bosan duduk rumah jadi mulut awak asyik mengunyah je"Aku mencebikkan bibirku.

Nik tergelak sebelum dia mencubit bibirku.

"Eii apo main shubit² ni?"Keningku berkerut kerana aku tidak dapat berkata dengan ayat yang lancar.

Nik tertawa kecil sebelum dia melepaskan cubitannya dan berdiri.

"Jom la keluar, tak bosan ke duduk rumah?"Nik mengangkat kening sebelahnya.

Aku hanya akur sebelum aku berjalan naik ke bilik.

Skip

Kami berada di Giant untuk membeli makanan. Aku melihat setiap barangan manakala Nik menolak troli.

"Awak ada allergic dengan apa² ke?"Tanyaku.

"Nope, tapi awak pandai ke masak?"Aku menjeling ke arah Nik yang tersengih.

"Masa saya dekat London, saya yang masakkan untuk housemate saya tau"Kataku dengan bangganya.

"Tantah awak masak meggi je"Nik tertawa kecil.

"Macam tu awak makan meggi jelah"Kataku sebelum berjalan di hadapan Nik, malas mahu melayan dia.

Sedang aku sibuk mencari spagetti, sebuah tangan melingkar di pinggangku menyebabkan jantungku hampir jatuh.

"Merajuk ke?"Aku menjeling ke arah Nik.

"Awak jangan memacam dekat sini, jantung saya ni pon hampir terberak"Nik tergelak.

"Awak asyik fokus je dekat makanan tu, sedih la saya. Suami awak manusia, bukan makanan"Kata Nik, sinis.

"Kalau saya boleh kawin dengan makanan, dah lama saya buat. Tapi nanti saya makan makanan tu, saya kena kawin baru pula"Kataku dengan selamba menyebabkan Nik tercekik air liurnya sendiri.

Nik berdehem untuk menutup malunya.

"Lepas ni awak nak ke bahagian mana pulak?"Tanya Nik.

"Coklat"Kataku dengan pantas.

Nik tertawa kecil.

"And ice cream?"Tanya Nik.

"And ice cream"Aku menganggukkan kepalaku.

"Saya cari aiskrim, awak nak aiskrim apa?"Aku berfikir sejenak.

"Strawberry Cheesecake"Nik menganggukkan kepalanya sebelum dia berjalan ke arah tempat sejuk manakala aku berjalan ke arah lain untuk mencari coklat.

Aku memilik coklat serta keropok yang aku mahu. Memang binasa kesihatan aku mulai hari ni.

"Well well well, look who's here"Aku memandang ke arah sebelahku.

Ain berpeluk tubuh sambil menjeling ke arahku. Walaweh, asal minah ni ada setiap kali aku tengah happy?

"Do I know you?"Aku menghadiahkan senyuman ke arah Ain dengan nada sindir.

"Asal kau kat sini?"Kacau mak bapak kau ke?

"Bangunan ni kau punya ke? Semua boleh datang sini"Kataku dengan nada yang bosan.

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now