Chapter 38

734 61 18
                                    

Eryn POV

"Assalamualaikum"Aku yang sibuk menghirup teh menjawab salam dan bangun daripada tempat dudukku.

Nik berjalan masuk ke dalam dapur sambil melonggarkan tali lehernya.

"Penat?"Nik menganggukkan kepalanya sebelum dia meletakkan kepalanya di atas bahuku.

"Ada ramai buat masalah ke sampai awak penat semacam ni?"Tanyaku sambil menepuk belakang badannya dengan lembut.

"Not really"Kata Nik dengan suara yang perlahan sebelum dia mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah mukaku.

"Awak masih ada nombor ex awak?"Aku mengerutkan dahiku.

"Saya dah lama block dia, kenapa? Dia ke masalah tu?"Nik menggelengkan kepalanya sebelum Nik menghadiahkan senyuman kecil.

"Saya nak tau kalau dia kacau isteri saya lagi. Nanti boleh lastik cicak dalam hidung dia"Aku tergelak.

"Apo lastik cicak, baik lastik mercun dalam hidung. Biar meletup hidung dia tu"Kataku dengan nada yang sinis.

"Cicak kecik, senang nak lastik"Aku menggulingkan bebola mataku.

"Iyelah, dah pergi mandi. Nanti baru segar kalau nak siapkan kerja awak"Nik hanya akur sebelum dia mendaki tangga untuk masuk ke dalam bilik mandi.

Skip

Kami berdua duduk di meja makan sambil menikmati makan malam.

"So, apa agenda awak yang sebenar?"Nik mengangkat kepalanya dan memandang ke arahku.

"What agenda?"Nik mengangkat kening sebelahnya.

"Pasal nombor ex saya la. Kenapa awak mintak sebenarnya?"Nik mengeluh.

Akhirnya Nik menceritakan bermula dari A hingga Z tentang apa yang dia bualkan bersama dengan Rayyan.

"Oooohhh, so dia memang tau saya nak pergi ke kedai la ni? Sebab tu dia kacau saya"Aku memberikan senyuman kepada Nik walaupun di dalam hatiku telah membara manakala kepalaku sudah memikirkan cara untuk mencincang jin yang bertopengkan manusia tesebut.

"Sebab tu saya dengan Ray fikir nak balas dendam"Terang Nik dengan senyuman jahat miliknya.

"How are you going to do that?"Tanyaku sebelum sambung mengunyah nasi.

"Ray tengah cari tempat yang dia suka melepak, nanti dah jumpa baru kami bincang untuk buat dia tak kacau awak lagi. But..."Aku memandang ke arahnya sambil mengangkat kening sebelah.

"But?"Tanyaku, menyuruh Nik menyambungkan ayatnya.

"Ray mintak tolong saya halau cousin lelaki yang awak berdua benci sangat tu"Ah, mamat cekodok basi tu ke?

"Dia kacau Hani ke?"Nik menganggukkan kepalanya.

"Ray kata mamat tu datang rumah mama masa Hani dengan mama bergosip. Then dia mintak nombor Hani masa mama pergi tandas, nasib baik takde pape terjadi"Urat merah muncul di dahiku.

Mikail kau memang cari nahas!

"He really think he's good for my honey? Oh no, my honey is too good for any man"Gumanku, perlahan manakala Nik tertawa kecil.

"Pastu Ray tak bagus la untuk Hani?"Nik mengangkat kening sebelahnya.

"Yes!"Kataku dengan selamba.

"But Hani pilih Ryl, kita sokong jelah. At least dia dapat jadi kakak ipar saya"Aku tersengih manakala Nik hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

"Dah cepat makan, nanti sejuk makanan tu"Aku hanya akur sahaja sebelum kami sambung makan.

Hani POV

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now