Chapter 44

102 10 3
                                    

"Weh nak bawak baju lebih?"

"Does she need snacks?"

"Bro just take them all!"Kedengaran suasana yang kecoh di dalam rumah milik Eryn.

"Sekarang ni cuba jangan serabut? Kita dah lambat ni!"Farah menjeling ke arah kami yang berada dalam mod panik.

"Awak, start enjin kereta"Farah memberi arahan kepada Fahmi sebelum dia memandang kami semua.

"Ya lain, bawak je barang. Perlu ke, tak perlu ke, kita bawak semua!"Farah memberi arahan.

"Yes ma'am!"Kata kami. Kenapa kitorang gelabah? Korang tengoklah nanti.

Selesai sahaja kami memasukkan semua barang ke dalam kereta Toyoto Veloz putih milik Danish, akhirnya kami memulakan perjalanan.

Setelah setengah jam, akhirnya kami sampai di hospital. Kami semua berlari anak ke arah kaunter pertanyaan.

"Hai, boleh saya tahu di mana bilik bedah?"Tanya Rayyan kepada staf di kaunter manakala kami memegang barang yang diperlukan.

"Encik boleh naik ke tingkat tiga, lepas tu pergi ke kanan. Encik akan nampak papan bilik bedah di hadapan Encik"Terang staf wanita tersebut.

Rayyan berterima kasih sebelum kami berjalan ke lif. Nasib baik ruangan lif besar.

Ting!

Kami keluar daripada lif setelah kami sampai di tingkat 3. Kelihatan Aliff dan ibu bapanya sudah berada di kerusi yang disediakan.

"Mak Ngah"Panggilku menyebabkan mereka memandang ke arah kami.

"How's Eli?"Tanya Rayyan kepada Aliff.

"Dalam bilik bedah lagi"Mata Nik meliar ke persekitaran kami.

"Fadhil mana?"Tanya Nik.

"Tu, tengah tak senang duduk"Kami memandang ke arah Fadhil yang berjalan sambil dari tadi jalan ke hulur ke hilir.

"Weh Fadhil, cuba bertenang kejap. Eli okay je tu"Panggil Rayyan menyebabkan Fadhil sedar akan kehadiran kami.

"What's with the snacks?"Fadhil memandang ke arah satu beg jajan yang dipegang oleh Fahmi. Muka mamat ni dah la macam tak cukup tidur.

"Untuk Elina la, siapa lagi"Kata Danish.

"Sorry la kitorang tak tahu makanan apa yang boleh kitorang bagi untuk wanita lepas bersalin. So kitorang beli semua jenis jajan"Terang Fatin.

"Dah-dah, kau duduk tenangkan fikiran-" "Taknak"

Urat merah muncul di dahi Rayyan tatkala dia cuba menenangkan Fadhil dengan senyuman, tetapi Fadhil menolak pelawaan tersebut.

"You little-"Aliff dan Nik menutup mulut Rayyan daripada mencarut.

"Tenang, Ray. Dia tengah gelabah sebab dia bakal jadi bapak tu"Nik cuba menenangkan Rayyan yang bakal meletus.

Seorang doktor lelaki keluar daripada bilik bedah menyebabkan kami semua menumpukan perhatian terhadap doktor itu.

"Tahniah, Encik. Isteri serta anak lelaki Encik dalam keadaan yang sihat dan selamat"Kami melepaskan nafas yang lega.

"Sekejap lagi kami akan membawa isteri dan anak Encik ke bilik biasa"Fadhil menganggukkan kepalanya sambil berterima kasih kepada doktor sebelum doktor beredar.

"Fadh, kamu cuci la muka tu dahulu. Takkan nak jumpa isteri dengan anak dalam keadaan macam tu?"Fadhil hanya akur sebelum beredar ke tandas.

Skip

Encik Headprefect SengetWhere stories live. Discover now